Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
3

TRIP TO KOTA KINABALU: DAY 1- MAKAN SEAFOOD & SAYAP


Selepas melintasi Pasar Basah,akhirnya sampai juga kat area Philipines Market. Betul-betul bersebelahan ada satu pasar macam pasar malam jugakla. Dibuka setiap hari. Pelbagai jenis seafood ada yang sudah siap dibakar. Sampai kitorang payah jugakla nak decide mana satu kedai nak makan..huhuh..Basically, semua seafood yang dibakar dimakan sekali dengan nasi putih. Kalau nak yang goreng2 kena pegi sebelah sana punya kedai.


aku sangat tertarik dengan rumpai laut ni!


sepanjang jalan banyak kedai jual ikan bakar..fresh punya!!pilih saja mana satu nak..

sayap kat kedai ni memang terrbaaikkk!!dalam banyak2 kedai sayap yg kitorang try sepanjang kat KK ni,kedai ni punya sos yang paling sedap!

pinggan semua dibungkus ngan plastik,senang kan? tak payah basuh..

ada beberapa jenis kuah cicah ada..kalau nak buat sendiri pon bole sebab diorang ada jugak sediakan kicap manis,garam,gula & cili padi

sotong ni harganya RM12 aje..

ikan kerapu harganya RM15 sekor,besar jugak tau!!

kitorang amik juga rumpai laut sebagai sayur,sepinggan rm1 je..rasenye bestttt,crunchy gitew..

sayap yang mabeles!!kami beli 5 ketul=RM6..licin!!

pelbagai hidupan laut siap sedia untuk dimakan..nyummm..nyumm..

satu side lagi ada pasar basah pulak jual sayur-sayuran & ikan

cili padi kat KK ni sangatlah comel..tapi pedas giler hokehh!!!



 Kat sini memang tak dinafikan,seafood diorang memang sangat murah!!diorang kat sana jual longgok2 je..harga selonggok lebih kurang RM3-RM10 je..

Sabar jelah aku tengok kann..patutlah ramai orang semenanjung suka bawak balik seafood dari Sabah. Aku pon sebenarnya teringin jugak nak bawak balik tapi tak confident takut tak lepas kat airport. Kalau nak beli frozen memang lepas tapi harganya mahal sikitlah.

Lepas da jalan2 sekitar area berdekatan..kami da tak larat & penat yang amat!!masa ni baru je kol 8 malam. Aku ajak hubby balik lodge sebab kepenatan. Bole tahan jugakla jauh nak berjalan kaki balik ke Gaya Street. Sampai je lodge, kami terus tertidur sampai keesokan pagi..perjalanan jauh untuk hari kedua!

3 comments:

sepul said...

rembesnya tengok sotong itu

@xiM said...

memang merembes tengok sotong!!

aritu kami ke KK just makan sayap ayam..tak sempat nak makan sotong bakar ni..

Ceritera Kami said...

sis nk tanya kalau sewa kereta kat mna ye? tau x org yg dikenali blh jdi tour guide?

Post a Comment

Back to Top