Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts
4

Resipi Nasik Arab Mandhi


ni nasik arab damsyik kt Senawang, Seremban

Time2 tengahari nih mmg macam2 ngidam nk makan kan?. So tetiba adik aku suggest nk makan Nasik Arab pulak arini..kebiasaannya mmg kami pi makan kat restoran jek,kalu buat sendri taktaulah apa rasa ekk..bila tgk resipi kt bawah ni mcm senang je nk buat,ape kata kita wat. Mana tau kalu sedap xyah pi restoran bayar mahal2,sepinggan mau RM20++ woo..hahahah...resipi ni aku amik kt BLOGRESIPI 

Cara Penyediaan Nasi Mandhi
  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 cawan air atau secukupnya – **tambah air supaya nasi lembut
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
  • 1/3 cwn kismis
  • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning- guna
  • 1 sk kunyit campur dgn sikit air
  • Garam secukup rasa.
  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  4. #Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  5. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  6. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
Cara Penyediaan Ayam Bakar Untuk Nasi Mandhi
  • 1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )- Akak pn letak rempah kari mcm Mamasya gak..
  • 2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
  • 2 biji lemon ~ dihiris bulat
  • Garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • Aluminium foil.
  1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
  2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
  3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250′c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas. **suhu oven tak sampai 250′c, jadi bakar suhu 220′c selama 1 jam…kemudian buka bakar bawah grill selama 15-20 minit…tu yg nampak sikit2 hitam….
  4. (untuk kambing, kite cuma bakar tak sampai sejam, bila nampak air dah kering dah daging dah lembut, kite tutup oven. Lebih kurang 30 minit gitu)
Cara Penyediaan Sos Untuk Nasi Mandhi
  • 1 biji tomato ~ hiris
  • 5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
  • 1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
  • Garam
  • Gula
  • Perahan lemon.
  1. Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Ulam:
Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung
5

Resipi Roti Chicken Pita

Kali ni aku nak kongsi resipi ringkas tp lazat yang baru aku dapat menggunakan roti Gardenia atau High5. Resipi bergambar jelah ekk,senang korang nak amik gambaran nanti..aku dah try tadi memang menjadi & disukai ramai!!So menu2nya adalah;

Main ingredients : isi ayam,bawang besar,capsicum(lada benggala),salad,roti,mayonis

untuk roti pulak harus ada bread crumbs & telur (utk salut)

cara2 nak buat rotinya, mula-mula amik dua roti & penyekkan guna roller sampai jadi mcm kat atas..

tekapkan dua keping roti yg sudah nipis dengan menggunakan cawan..kalau bole maximizekan penggunaan roti supaya xde pembaziran berlaku. kalau adepon bole buat puding roti pulak!heheh

roti akan jadi seperti diatas...=)

celupkan roti dengan telur

lepas tu, gaulkan dengan bread crumbs

gorengkan sekejap & toskan

untuk intinya pulak, panaskan minyak dan gorengkan bawang & capsicum sehingga sedikit layu

masukkan isi ayam & lada hitam serta garam untuk penambah rasa

goreng sampai masak,kalau nak letak serbuk kari pon ok gak so ada pedas sket..
lepas isi ayam dah masak, tutup api & baru gaulkan dengan mayonaise. Kalau ikut resipi sebenar,ada taruk cream cheese. So kalau nak taruk pon bole aje...



potong dua roti yang da siap digoreng tadi

masukkan daun salad

last sekali....baru masukkan isi ayam yang tadi & siap dihidang!sesuai dijadikan hidangan pagi & petang!
sedap u olls!!!

SELAMAT MENCUBA!!!
4

Sheperd's Pie (resipi ZZ)

Atas permintaan Cik Wai kita, meh aku sharekan resipi Sheperd's Pie dari Chef Ziana yang terbaik dari ladang!! Aku sendiri dah cuba resipi nih & ramai yg gemarkannya!! cewahh perasan tol..Sebenarnya resipi ni lagi sedap kalau ada sos. Jadinya aku buatla sos Blackpepper yg actually resipi mak aku untuk kuah chicken chop.
Nak buat sos blackpepper ni pon pakai kentang ngan carrot tau sbb nak bagi kuahnya pekat & manis.

Sheperd Pie versi ZZ

For isi dalam
- bawang putih 2 ulas ( hiris2)
- bawang besar 1 biji ( potong2)
- kentang 4 biji (potong dadu)
- carrot 1 batang (potong dadu)
- daging (cincang halus) (if malas.. pkai yg dh siap hancur tuh)
- garam
- sos tiram 2 sudu - aku taruk byk sket sbb lagi sodap!!
- lada hitam (tumbuk halus)

Cara-cara :
- tumiskan bawang putih and bawang besar..
- masukkan daging & masukkan air skit..
- masukkan carrot and kentang..
- masukkan lada hitam, sos tiram and garam
- biarkan sampai daging , kentang and carrot masak and empuk..
- kacau sampai kuah jadi pekat and tidak terlalu berkuah..
- just nice if kuah tuh basah2 skit jek..
- ok done..!!

For topping
- kentang (rebus) -mungkin dalam 4-5biji

Cara-cara:
- rebus kentang sampai empuk (i put garam skit mase rebus)
- toskan.. then lenyek2 kan kentang masa tgh panas2 tuh.. senang skit..
- kacau rata
- ok done..!!

Final before bakar..

- sapukan lebihan butter dkt dinding2 bekas nk bakar tuh
- masukkan isi daging yg dh masak tadi.. (half bekas)..rata2 kan..
- masukkan topping nya.. ratakan kentang dlm bekas tuh.. tutup isi daging tuh..
- bakaq dlm microwave (or oven) selama 15-20min.. depends on size bekas..
- DONE..!! lets hidang..!!

Selamat Mencuba..!! :)


ni sheperd's pie Chef ZZ

yg ni pulak aku yg buat..muahahah..letak cheese sbb tu pelik je rupenye!

ni pulak aku bawak g keje utk operator rasa..abes licin!!!sedap sgt katanya!
tocey2!! =p

Pasni aku rasa xnak letak cheese kt ataslah..apa kata kita cuba letak mozarella cheese atas isi dalam then baru coverkan ngan mashed potato tuh..mesti cheesenya cair didalam & bila angkat haruslahh bertali macam kat pizza hut tuh!!ye tak kawan2??hahahaha
Back to Top