Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts
0

Menjadi tetamu Allah



Tarikh Entry: Apr 2013....berhabuk dalam draft rupanyaaaa...huhhu

Sesungguhnya kita hanya merancang & Tuhan yang menentukan...Alhamdulillah kami terpanggil untuk menunaikan Umrah sejak tahun lepas...niat untuk beribadah,mensucikan diri & memohon kepada-Nya agar dikurniakan zuriat. Sungguh tak sangka, rezeki itu sampai sebelum kami jejakkan kaki ke sana.

Niat ke sana kami teruskan juga sebagai tanda bersyukur yang amat sangat kepada Allah SWT. Walaupun pada mulanya ramai yg bimbangkan kesihatan-ku selama berada di sana al-maklumlah berbadan dua tapi Alhamdulillah setakat ini kesihatan masih dalam keadaan baik...sudah masuk 2nd trimester pon, jadi taklah risau sangat.

Ya Allah Ya Tuhan ku...berikanlah aku kekuatan untuk mengerjakan Umrah & beribadah di rumah Mu...Aminnn...



******re-post Alhamdulillah sudah genap setahun kami meninggalkan bumi Mekah...kami ke sana pada April 2013 & waktu tu aku mengandungkan Musa 4bulan....Untung anak mama dpt ke sana walaupon dalam peyot...Dapat jugaklah buat 5kali Umrah sepanjang disana...Sukur Alhamdulillah

Pengalaman yg sangat indah tak terucap oleh kata2....sungguh aku sangat bersyukur berpeluang ke sana melihat sendiri Kaabah gah berada didepan mata....air mata terus laju mengalir waktu itu.

BabyMusa dalam perut pon seakan2 memahami mamanya ingin beribadah, duduk senyap je dier tak banyak ragam...kat sana aku banyak minum air zam-zam...setiap kali minum berdoa mengadap kaabah, kurniakan kesihatan yg baik sepanjang melakukan Umrah & permudahkan urusanku masa bersalin nanti...Alhamdulillah doa ku diperkenankan & urusan keduanya dipermudahkan...

Kalau ada rezeki mestilah mahu ke sana lagi.....rindu Kota Madinah & Mekah sangat2...semoga diberi peluang nanti...InsyaALLAH

















2

Solid Food For Baby Musa

Antara makanan awal yg pernah bagi Musa makan kebanyakkan memang puree..start dengan puree buah & sayur dulu. Antaranya ialah Puree Epal, Pir, Labu, Avocado, Pisang, Sweet Potato, Brocoli, Cauliflower, Carrot & the list goes on......now dah mula prepare puree + bubur nasi pulak...

Beras & ikan bilis siap disangai & blend sampai halus....kemudian simpan dlm bekas kedap udara..selalunya aku prepare bubur nasi siap2 3-4 hari stok....cara membuatnya sangat simple & cepat since semua dah ready. Defrostkan puree sayur contoh carrot&brocoli pastu tanak beras yg dah blend guna dlm 3-4sudu besar smpai menjadi bubur pastu campurkn puree, ikan bilis & SIAP!! Oppss ada lagi, aku tambah puree kurma jugak utk rasa manis sket & sedikit VCO sbb Musa kena selsema lately..heheh

Lepas ni akan ku cuba resipi baru...mungkin perkenalkan Musa dengan ikan pulaklah...yummm..yummm


kemain happy Musa dgn food dier


perkakas yg sgt membantu utk menghasilkan solid food Musa


1st food : Puree Labu/Pumpkin!


Standby masuk freezer.....yg dlm ice cube bila dah keras aku transfer ke bekas lain, bila nk guna defrost mengikut qty yg dikehendaki...contohnya 1-2 cube skali defrost...sgt mudah!


Selagi kita mampu menyediakan makanan yg sihat utk anak, apa salahnya merajinkan diri ye tak?...no excuse for working mother not to prepare healthy food for ur own child.....air tangan ibunda lebih afdal gitewwww....

~~~choww!!~~~

0

Musa Arsyad -Anugerah Ilahi utk kami @>----

Maafkan saya membiarkan blog ini bersarang tebuan terlalu lama.....lately sejak bertambah keluarga ni agak kebizian & kami baru sahaja berpindah menjalani kehidupan sendiri tanpa keluarga jadinya waktu yg ada amatlah terhad (semua chores kena buat sendiri lah sekarang...hehehe)

Ok by the way, anak bujang kami dah makin membesar dengan sihat....now nak masuk 8bulan dah..phewww..alhamdulillah syukur...masih breastfeeding & dah mula solid food seawal 6bulan lagi....

Lets see how he grows up

















Latest pic di atas......babah sudah cukur botak kepala Musa kali kedua kalinya! huhuhh

Mama & Babah looooveeeessssss u sooooo muchhhhh sayaaanggg!!!

0

Rezeki dari Allah



Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi atas pemberiannya yang sangat berharga buat kami

4 tahun perkahwinan menanti cahaya mata akhirnya membuahkan hasil =)

Doakan bayi kami selamat,sempurna & sihat...can't wait to see you in September darling!!

-بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

. اَÙ…ِين ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†


Back to Top