Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com

Sakit Gigi,stressss!!!


Lately aku mengalami sakit gigi yg teramat sangat!!Pada sapa yg penah rasa mesti tau camna rasa sakitnya tuh..nak tido susah..nk makan payah (aku bedal jek..heheh)..rasa cam nak nangis..mood hilang..macam2 lagilahh!!

Aku dah pegi jumpa doc sbb gusi aku semakin membengkak & sakit. Doc cakap mungkin psl kedudukan gigi bongsu aku yg belah kiri ni lari jauh sampai ke pipi. So bila dah lari, nak gosok gigi pon payah..Infection mungkin berlaku disitu. Jadinya solution yg disuggest oleh doctor ialah cabut jelah gigi aku tuh. Sebab kalau tak cabut, alamatnya penyakit ni akan berulang lagi..paling lambat setiap 3 bulan...ohh tidakk aku tak sanggup..terasa macam muka dah senget sebelah dah nih..



Oh ya...bila tanya brapa cost rawatan utk cabut gigi, klinik swasta =RM500++ tapi kalu wat ngan klinik kerajaan mungkin RM1-RM50 ajo..jadi mana satu pilihan anda??hehehe

Sekarang ni gusi aku still bengkak jadinya xbole nk cabot lagi..actually sebelum ni penah jadi camni tak silap aku 3-4bln lepas & aku terus pi klinik kerajaan tp doctor cakap gigi aku xdelah teruk sgt smpai mkn daging..ehh yeke??abes tuh apsal sakit gilerrr nihh?? wallahualam..nk kena pi lg skali utk wat confirmation.


Sakit gigi menyeksakan. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:

1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.

2

That Little Gerai TLG 2.0

Ni nak citer satu kedai makan western yang pada aku memang bestt & lain dari yg lain...katanya Chef Aidy ni berpengalaman dalam bidang masakan & pernah bekerja di hotel2 termuka. Jadi cara masakan & varities tu ada dalam setiap hidangan. So far aku dah 3kali datang sini. Aku angkut skali kolig try makan time break malam. Dish yang aku aku suka ialah dory fish fillet with mustard sauce. Mustard sauce tuh mengancam weyhhhh!!! Bila nak try Salmon, unfortunately kedai tutup for a few months. Ada hal sket kata chef. Diorang berusaha utk carik tapak baru & alhamdulillah hari ahad lepas TLG wat 'Little Kenduri'. Kami sekeluarga pergi kecuali hubby sbb dier balik Seremban.

ada pulak pony kecik ni so adik aku dengan penuh semangat naik

new TLG version 2.0...ni dah bukan little gerai nih..bisness sudah maju!

Ramai jugak yg datang malam tu,sampaikan makanan cepat kehabisan. Nasib baik sempat rasa kambing golek. Antara yg ada malam tu = mee goreng,kambing golek, salad, fries,lasagna & coleslaw-masa smpai coleslaw da abes =(




orange lychee made by Chef Ray...sedapppp!!!

my family

thanks Chef Aidy for the food!!!we will come back again!!

Okay, bawah ni makanan2 yg ada kt TLG yg pernah kami cuba...

lamb chop

Big S burger--homemade patty yg besar & puassss!!!!

my feveret so far-dory fish with mustard sauce

grilled chicken


lasagna ni pon sedap tau!!

Info below taken from TLG facebook page
 
A little gerai serving "almost" Western Food by Chef Aidy & Chef Ray. Come for makan or teh tarik session.

Open sunset till late. Closed Mondays.

Call me @ 012 332 0416 so u dont hv to wait long for ur food. Good food takes time ;
 
How to get there:
From MRR2, exit Taman Permata, you'll see Giant on your right. Go straight. Pass two bums and make a right at the simpang tiga. You'll see Syed Bistro and lots of gerai on your right. We are at the corner of shop lots.

If you would like to order something out of the menu, just talk to the Chef. He'll do his best to accomodate you.
2

Majlis Aqiqah Gugu Chacha

Majlis aqiqah ni jemputan dari kawan hubby Diyana & Bai,diorg member satu skolah menengah dulu2...majlis diadakan kat Alam Damai Cheras hari yg sama perhimpunan haram BERSIH 2.0 tu. Mula2 nak kuar agak risau jugak takut jem tapi alhamdulillah perjalanan kami agak lancar walaupun sesat jugak. Hihihi..Nak dijadikan cerita, tempat majlis ni diadakan rupanya tempat yg sama masa mak aku wat reunion dulu (ada entry psl tu sebelum ni). Diorang pon sewa rumah banglo 3tingkat ni daripada UKHWAH.

Kami tak sempat nak amik gambar juadah yg disediakan. Frust sebab kambing golek pon dah sold out masa kami sampai. Antara makanan yg ada seperti nasi briyani, tau fu fa, bubur kacang durian, tapai & macam2 lagilah!

nama saya Aisya Syakira bt Ahmad Syakri. Awak bole panggil saya Chacha...

tu lah omak chacha..alamak lupalahh amik gamba diorg berdua..huhuhu




uncle burn nak cuba pegang chacha. Amik berkat...mane tau dapat baby comel mcm chacha nanti..hehehe
InsyaAllah..


hihih...macam anak sendiri pulak..=(
dugaan..moga kami sentiasa sabar menanti waktu itu..akan tiba jua..insyaAllah

comel sangat pelamin ni..nice & simple


ni pulak goodies utk tetamu..sangatt comel!!dalam tu ada coklat or kuih raya..

Thanks again to Diyana & Bai for inviting us!!both of you have adorable baby!!
Congrats & cherish your life...
3

Food Explore at JB & Singapore

Salam kembali!!!Nak citer masa trip ke Singapore bulan lepas,citer lama dah tp saje nak share ngan korang. Bolehkannn..=P. Ekceli main reason kami balik JB nak pegi my friends wedding. Suhana ni pengapit aku masa kami kawen dulu...Anyway, Congratulations dear!!! Semoga kekal ke akhir hayat...

Dah alang-alang balik JB, kami pon plan nak masuk Singapore, jalan2 cari makan. Misi utama kami, SUP TULANG MERAH ngan MURTABAK SINGAPORE. KakLeez join kami skali selaku ketua rombongan sbb kami taktau jalan masuk Singapore ni..hehehe..dengan bantuan GPS & pengalaman KakLeez akhirnya sampai jugak kami. Yeeehaaa!!

Meh aku tunjuk gambaq makanan yg slurrrppssssss!!

lauk-pauk kt kenduri Sue mmg mabeles!!Siap ada nasi impit makan ngan serunding kelapa.
3-4 jenis air dihidang,macam2 jenis. Kuih-muih & dessert yg pelbagai!

Nice pelamin!!!macam ala2 cinderella pulak

me with Suhana

me with Kak Leez

Us at Merlion (tempat wajib kunjung bila smpai Spore)



ni dier sup tulang merah ngan mabelesssss...aduh kepingin sihhh!!!

bole order roti kalu nak cicah



hubby semangat makan...suka ye bang..nnti kita pi lagi yehh..

singgah kt Deen Tiga Rasa, Beach Road. Siap ada delivery service tau!! Kami siap tapau bawak balik. Kak Leez tapau mau bawak balik KL..alhamdulillah selamat sampai sana & elok dimakan sekeluarga.

lepas tuh,kami ke Mustafa Centre..saje singgah cuci mata. Kasi turun makanan dulu baru bole melantak murtabak pulak.

Restoran Zam-Zam ni kat Arab Street tau...ni kali pertama kami berdua pegi sini & merasa sendiri murtabak Singapore yg pure punya! Sebelum ni try beli kat pasar malam around KL jek...hihih

Murtabak Singapore in the making


order sekeping je share 3 org. Sedap!!



muka kenyang!!!!

Sepanjang berada kat JB, kami tinggal kt umah SIL, Kekna kt Pulai. Ni anak teruna diorang..dua2 nama Tuah...rindu ngan budak kecik ni 2org ni tau!!

Tuah Iznur Razin

Keesokan tengaharinya kami ke Kedai Makan Rahmat yg terkenal dengan Siakap Deep Fried. Kedai ni terletak di Kg Pasir Putih, Pasir Gudang. Dulu BIL penah bawak makan sini. Kitorg terus suka sbb kedainya betul-betul tepi laut, siakap pon fresh!!! Nak pegi sini pon dengan bantuan GPS jugak.

tu diahhh siakap goreng panas-panas..terliuq den tengok..

order gak udang goreng

sayur buncis ngan tempe goreng masak pedas...tempe kt sini mmg sedapp!

yang ni mmg wajib!!

Tuah xmo lepas pakai topi tu...huhuhuh

Okay,thats all for quick review on our trip to JB & Singapore!
Back to Top