Assalamualaikum semua!!
Baru2 ni, kami berdua pergi bercuti ke sebuah pulau di Laut Sulawesi, perairan Sabah. Jalan2 makan angin kat dlm Malaysia je. Tapi super best woo!! Trip kali ni merupakan pembuka untuk tahun 2012 buat kami berdua. Mudah2an akan ada trip yg berikutnya selepas ini, insyaAllah.
Actually, the main reason ke sini adalah sebab CB tringin sgt nk pegi pulau, main air katanya untuk menikmati keindahan salah satu pulau yg tercantik di dunia iaitu...PULAU MABUL!! Woot woot! hehe..
Well, mcm biasa segala preparation untuk tempat tinggal & aktiviti kat sini semua dah siap book awal2. Tq kpd Abg Laili Basir sbb tolong setel sumernya. (Fyi, Laili Basir buat sumer outdoors activity kat dlm Malaysia ni. Dia ni kira Otai Outdoor la. Semua dia sebat. But u dun woli, harga tetap harga kawan2. hehe..itu yg penting sbenarnya!)
Kami amik penerbangan AA dr LCCT petang dlm kol 3.35 gitu & dijangka tiba di Airport Tawau jam 6.00-6.30 pm. (Untuk info: Kalo korg nk gi Pulau Mabul/Sipadan/Mataking/Kapalai, korg kene amik flight ke Tawau). Flight dlm 2 jam - 2 jam lebih depends pd 'air traffic'. Yelah, mana x jem kalo time tu la Superman nk terbang, time tulah burung2 berkicauan nk terbang..okxlawak.
Keluar je dr perut burung besi, kitorgnye transporter dah call tanya dah smpi ke blum..bagus tol. Abg Hasbi namanya. Tp muka dia 'Pakcik-pakcik' la.. So kami pon naik van dia (Untuk info: van dia dr luar mcm bas angkut2 kat area KK tp sgt selesa sbb kerusi stail sofa empuk) ke Semporna. Perjalanan ke Semporna lebih kurang sejam sengah. (Untuk info lagi: Pada sapa2 yg naik teksi/van ke Semporna akan dikenakan caj rm95 sehala utk satu teksi/van. Kalau ramai yg datang bolelah korang tong2 duet, jimat sket).
Oleh kerana flight kami lewat, jadinya kene bermalam di Semporna dulu.
Keadaan jalan on the way ke Semporna agak bumpy sket. Mungkin ada lalu kawasan tanah merah tanpa bertar kot. Malam gelap jadi xnampak keadaan jalan masa tu. Sampai saja Semporna,kami terus check in ke Dragon Inn. Memang gah Dragon Inn ni & tempat pon sangat strategik sebab bersebelahan dengan jeti umum Semporna untuk ke Pulau Mabul. Since sampai pon dah lewat malam,besok awal dah nak gerak ke Mabul jadinya kami decide amik Long house jek..ala2 dorm gitu. Nasib kami baik sbb xde customer lain yang stay kt dorm tu. Mula2 agak nebes jugaklah,yelah nak kena share bilik dgn strangers. So malam tu kami berdua jelah tido, keadaan katil biasa je bayo ciput jadinya toksah cakap banyak..cumanya lepas nih xmau dah stay kat dorm.hihihi...
Oleh kerana perut sudah lapar,lepas check in kami jalan kaki sket untuk cari makan. Masih ada kedai makan yg beroperasi jadi pilih je mana yg berkenan. Dekat je ngan Dragon inn tu ada restoran nama Archapelago kot..ehh lupa dah namanya..tapi rmai yg feedback restoran ni kurengg..jadinya kami ke D Samudera cafe. Nampak ramai je org kt sini,lagipon ada sayap ayam ngan satay. Hubby order in house specialty Nasi Aspal (Nasi putih,ayam goreng,sayur campur), aku pulak order mihun sup & sayap ayam. Malam tu jadi candle light dinner sebab tetiba semua kawasan blackout lebih kurang 20minit. Lepas letrik ada balik, kami habiskan makan & terus balik ke Dragon Inn...zzZzzZZZzz..


Posted by






