Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
2

Part 3:Nightlife in Hatyai/Salma Restoran & Idea Market


Nightlife in Hatyai

Selepas penat jalan2 kt floating market, kami balik ke hotel untuk berehat. Lewat malam sket baru kami keluar menikmati panorama Hatyai di waktu malam. First thing yang kami carik haruslah makan dulu..Aku teringin nak makan pulut durian tapi hubby tak berapa suka sangat pulut so tak jadilah niat nak membeli. Kami terus pergi kat gerai makan tepi jalan jual nasi lemak ngan teh tarik spesel. Dulu penah try makan gak nasi lemak ni tp kongsi2 makan dalam bilik hotel. Sodapp...akak yang jual ni pon manis je orangnya. Sekarang tengah ngandung pulak. Gigih lagi mencari rezeki..


dalam pink lady complex..harga baju harus tawar ye..hubby nak beli baju rugby tp xde yg berkenan dihati. Yang ada pon agak mahal.. 

ingat nak cubalah udang ni sekali harganya rm20 sekor..cancel terus!



pulut durian & mangga

abang ni ngah tarikk teh dgn style!

nasi lemak ayam

teh tarik

som tam

som tam ni mmg feveret kami...kalau da kt thailand mestilah cuba..bole mintak nak pedas ke tak pedas.




Dekat je ngan hotel kami, ada satu gerai muslim jual dessert nihh..macam lai chi kang gaklah. Diorang pon ada jual goreng2 macam nasi goreng,mee goreng & sup..ramai pelancong Malaysia makan kat gerai ni. Tp gerai ni dibuka kol 9mlm sampai 2pagi je. Oleh kerana dah kenyang makan nasi lomak,kami cuba Lai Chi Kang aje. Macam2 khazanah diorang letak dalam dessert. Yang penting boleh hilangkan haus!


Salma Restaurant

Ada satu lagi restoran halal terletak dekat je ngan Hamid Restoran. Kami pon ingat nak mencubalah kat sini. Masa pon da pukul 11pm so order makanan tengahari terus. Jimat belanja.







Lengang je..tak ramai orang..sebab???


Nasi Goreng Daging Merah

terus terang aku kata makanan kat sini memang tak best!!rasa je da tau yg diorang recycle balik masakan diorang. Nasi goreng yg aku makan ni pon rasa cam nak basi dah. FAIL!!


Hubby order Nasi Goreng Paprik Seafood...presentation ada kelasss tapi rasa biase je..yang buat menarik pon pasal ada kupang sekali dalam lauk tuh.

Idea Market

Kewujudan Idea Market ni kami tau bila jalan2 dalam shopping complex sebelah Lee Gardens tuh. Saje nak naik tingkat atas sekali tengok ada market nih. Tapi mase tuh nak tutop da sebab da kol 9mlm. Idea market nih cuma dibuka pada Sabtu & Ahad mula jam 10pg smpai 9mlm.

Nama 'Idea Market' diberikan mesti sebab hasil idea & kreativiti orang Thailand dalam menghasilkan kraftangan masing2. Serius aku memang sangat suka pegi market nihh..Barang2 yg dijual memang sgt2 menarik & kreatif.






gila jap tengok FM yang sangat banyak & murah!!!

aku sedang memborong FM..nampak tuh siap bawak pintu fridge lagi..hahaha





abang ni cool je..mungkin sebab kami da borong banyak..pastuh siap dapat free lagi..



tabung Ultraman ni telah pon menjadi hak milik kami..hahaha




betul-betul depan Idea Market nih ada Dairy Farm yang menjual produk-produk tenusu. Nampak cam menarik je kann..Jangan risau, ada logo halal disitu. Kami pon cubalah roti bakar sebab ramai gak beli roti nih.



Roti coklat & Roti Sambal...yummy!!

chup!chup!

sambung ke entri terakhir kami di Hatyai!! 


2 comments:

@xiM said...

fuhhhhh..nasib baik aku tak makan kat Salma Restoran tuh..minum air.presentation airnya pun sangat hampeh..hahahaa

Leez said...

ahkak windulah nak mamam dessert sedap tu.....teringat2 ni...camno?

Post a Comment

Back to Top