Maytower ni terletak betul-betul kat Jalan Tar. Memang sesuaila pada sape2 yang nak shopping kain. Tapi pada kami, Marc Resindence punya apartment lagi terbaikk dari segi interior dalamannya. Meh kita tengok bilik apartment kat Maytower.
biliknya agak luas tapi bersambung ngan kitchen
ni area kitchen
suasana dari atas apartment kami,nampak tak Jakel kat bawah tuh?hehehe (sory gambar agak blur)
swimming pool area (kecil sikit dr Marc Residence tp privacy)
ada sauna tau!
Bubur berlauk Kg Baru
Lepas da swimming & bersauna, kami berdua pergi Kg Baru untuk makan malam. Kami memang suka bubur berlauk nih. Kalau pegi Kg Baru pada malam hari, haruslah makan bubur ye..Kalau korang pegi tengahari, makan ikan bakar..pagi pulak wajib cuba Nasi lemak. Ada tiga kedai Nasi lemak yang famous kat area kt Kg Baru nih
(1) Nasi Lemak Antarabangsa
(2) Nasi Lemak Mak Wanjor
(3) Nasi Lemak dekat ngan padang bola/stadium
pelbagai jenis lauk bole pilih..
yang ni sotong keping..1st time cuba..rasenya bolela..
daging hitam yg mabeles!!mesti order lauk ni kalau makan bubur..
air teh limau suam & milo panas
ini lauk kami malam itu..merembesss..
Nasi Lemak Mak Wanjor
Besok paginya, sebelum ke hospital untuk hubby punya appointment check-up, kami bekfas dulu kat Kg Baru. Lagi sekali???hehehe Kali ni nak cuba Nasi Lemak Mak Wanjor pulak. First time jugak try nasi lemak nih. Tapi banyak lauk da abes masa kami sampai. Kata akak yg jual tuh,kebetulan banyak order diorang kena cater, tu yg ayam goreng pon xde. So kami makan jelah apa yg ada ye..Kat sini sambalnya yg menjadi tarikan. Tak terlalu pedas & manis.
Nasi lemak telur & tempe
The Warong @ Midvalley
Selesai tunggu hubby check-up & wat fisioterapi sekali, dalam pukul 1pm kami gerak pulak ke Midvalley. Rencana pada awalnya nak tengok wayang,sekali lupa pulak yg sepatotnya kami kena hantar kunci apartment balik kat pejabat Ukhwah. Aduihhh..bikin spoil je..So tak jadilah kami nak tengok wayang. Aku terus ajak hubby try The Warong nih. Kedai ni terletak dekat je ngan laluan nak ke Komuter. Depan FOS Kids & Teens & bersebelahan dengan Roti Boy. Aku teringin nak cuba Nasi Tumpang yg femes dikatakan tu. Tapi harga makanan kat sini agak mahal okehh..Sekali-sekala makan bolela.
Intro sket pasal nasi tumpang ni, untuk sapa2 yang tak tau, nasi ni originate dari Kelantan or Terengganu, belah2 sana la. Orang kat sana dulu2 kala selalu travel jauh2 nak bekerja, so orang rumah diorang bungkuskan nasi dengan gulai, sayur, sambal daging (serunding daging), pastu pack-kan kasi padat2, jadi la bentuk macam kon ni, supaya kecik + senang suami dorang nak bawak. Tapi macamana tahap originality dia tu aku tak pasti la, sebab 1st time aku makan nasi tumpang ni kat sini la, tak pernah lagi makan kat tempat lain. Orang kata nasi tumpang yang original nasi dia should be melekat2 gumpal2 mcm nasi jepun tu, tak macam nasi biasa kita makan nih.
hubby cuba connect WIFI tp tak berjaya..chet, ntah betol ke x password yg diorg bagi nihh..
Nasi ni macam korang tengok, dia selang selikan dengan lauk gulai dia, dengan sayur, pastu ada serunding. Ada 11 lapisan gitew..Rasa dia, memang best, kalau korang singgah kat sini, makanan ni should be makanan first yang korang try. Satu lagi, nasi ni sangat laku, kalau korang nak try, pastikan korang datang before pukul 7 malam, sebab ramai orang2 office berhampiran datang dinner kat sini, habis cepat.
Sushi King
Makan lagi?????sabo jelahh..hahaha..Nasi tumpang kt atas tuh kami share je sebab saja2 nak try & agak pricey RM9.80 okehh..tapi berbaloi sedap!! Then acara makan seterusnya kami ke Sushi King. Sebenarnya hubby yg teringin nak makan California Handroll, ingat nak tapau je tp kalau dine-in bole minom green tea sekali, free ajo kann..So last2 bukan order handroll je..kami bantai sekali 6 pinggan sushi..hahaha
Elok je sushi terakhir kami sampai, jam menunjukkan pukul 3ptg..HAPPY HOUR???? adooiii camne bole tak perasan..kalau tunggu jap je bole dapat 20% discount untuk sushi yg ada atas kaiten belt..uihh rugi2..
Acara makan kami berakhir disini saje ye...sebab perot da tersangatla kenyang & kembung..Balik umah je kami berdua da lepakssss kekenyangan...
4 comments:
kalau jenjalan tak makan2, umpama mandi tak pakai sabun lah...
MAKAN AJER KORANG BERDUA NI YEAK..
UKHWAH TU APA YEA?...CUBA CITER SKIT..
hai uolls
yan:i likesss ur statement!!hahaha
kakleez:jom mamam skali ngan kitorg!hehe ukhwah tuh adalah Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad.kitorang masuk pon pasal nak sewa banglo kt titiwangsa mase kenduri kawen dulu..
sepul:hi sepul!!bila nak wat reunion nihhh..dahler percutian kita xjd..hukhuk
Post a Comment