Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
3

Part 2: Hamid Restaurant/Market & Nam Klonghae Floating Market


Lepas check-in hotel, kami rehat jap dalam bilik hotel. Dalam kol 2pm kami menuju ke Hamid Restoran untuk lunch. Dekat je ngan hotel kami. Sebelum ni pernah makan kt sini tapi makan hidang (order lauk-pauk), kali ni amik ala-carte je.Makanan kat sini agak mahal tapi agak terkenal dikalangan pelancong dari Malaysia. Pada kami kualiti makanannya kureng sket. Agak tawar & simple tak setanding harganya. Rasanya lepas ni kalau g Hatyai makan kt tempat lainla.


Nasi Goreng Sotong


Nasi Goreng Pattaya



Lepas makan, kami pon tahan tuk-tuk untuk pegi ke Market...ape nama ntah..just cakap market je pon diorang da tau. Bayaran naik tuk-tuk ni biasenya 20baht sorang @ lebih kurang rm2 untuk jalan2 sekitar bandar Hatyai. Kalau korang kena lebih dari tuh maknanya korang kena ketuklah..heheh

comel polisnya tempat duduk..tapi xde polis pon..



sampai Market je ada banyak orang jual makanan tepi jalan. Contohnya macam kat atas ni. Pisang bakar, ubi rebus. Kami cuma minum air kelapa je lepas jalan-jalan dalam market. Macam2 di jual kat market ni cuma kali nih tak terasa pulak nak membeli. Cuma beli gajus ngan perencah tom yam je. Oh lupa, sebelum balik kami beli t-shirt Hatyai sepasang sbg kenangan.





Kami survey harga naik tuk-tuk ke floating market, rata-ratanya mintak 400 ke 500baht untuk pergi-balik. Diorang akan tunggu kita kat sana pastu balik hantar terus ke hotel. Mahal jugak ehh..lebih kurang rm20-rm25 jugaklah. Mungkin sebab market ni agak terpinggir dari bandar Hatyai. So charge lebih sketla. So kami pon amik tuk-tuk yg offer 400baht ke Nam Klonghae Floating Market. Katanya floating market ni cuma ada Sabtu & Ahad je. Tapi ada jugak kata bukak Khamis sampai Ahad. Taktaulah mana satu yg betul. Masa kami datang pon lebih kurang kol 3 tapi banyak lagi yang belum bukak. Masih lagi setup. So kalau nak datang better kol 4 ke atas.


tak ramai lagi orang masa nih


telur puyuh kegemaran hubby
macam nilah urusniaga kt sini. diorang hulur makanan,kita pon letak duit dalam bakul.

8 ketul = 20baht/rm2

air yang dijual dalam buluh & tembikar. bole bawak balik tau!
harga 20-25baht aje

eskrem siap ada roti,kacang,jelly & nata de coco 20baht jugak


yiippiiii...


aku saje nak try tomyam kat sini sebab ramai gak orang beli. Pilih mane mee yg nak pastu dier letak sotong,udang ngan fish cake, harga rm2..murah kan?? makan dalam tempurung kelapa tau..


rasa tomyam diorang lain macam sket. Kombinasi ngan mee ni agak tak menepati citarasa aku. Last2 abiskan lauknya je..heheh


kami try jugak eskrem ni..letak dalam tembikar jugak..pada aku eskrem ni terlalu manis


hubby bersama eskremnya


abg jual air ni pon nak bergambar gak


lepas jalan-jalan kt bawah, kami naik atas pulak sebab banyak lagi kedai jual macam2 kat atas ni. Makanan, baju, buah, sourvenier pon ada.


yang ni mmg menarik perhatian kitorang sbb kami ni memang gila makan sushi. Comel2 je sushinya. Kalau tak silap harga 1 cuma 5baht je. Pasal da kenyang makan kt bawah tadi, kami cuma cuba satu biji je.

 
dessert berbentuk buah. sangat kreatif diorang ni..dalamnya ada isi kacang.


masak waffle pakai kayu arang! memang old skool habes!


more sushi!!!


jagung rebus & jagung mutan


orang ramai da mulai sesak


ondaway balik ke tuk-tuk ada lagi pasar malam


petai bakar???


ada satu gerai nih jual makanan exotic. segala jenis ulat & serangga ada. siap digoreng.
geli geleman aku tengok. ramai gak orang beli tau.


teka apakah ini???

to be continued..


3 comments:

@xiM said...

eeeeeeeeeeeeee..gambar lat tu apa tuh??Ulat mulung kah??pasai apa aku tak jumpa pun masa pi aritu??hahaha

Leez said...

lupa plak nak kirim ulat goreng hari tu...boleh?
huhuhuhu...

Anonymous said...

mahal tak longtail nak pi pulau pulau kat krabi?

Post a Comment

Back to Top