Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
4

Sheperd's Pie (resipi ZZ)

Atas permintaan Cik Wai kita, meh aku sharekan resipi Sheperd's Pie dari Chef Ziana yang terbaik dari ladang!! Aku sendiri dah cuba resipi nih & ramai yg gemarkannya!! cewahh perasan tol..Sebenarnya resipi ni lagi sedap kalau ada sos. Jadinya aku buatla sos Blackpepper yg actually resipi mak aku untuk kuah chicken chop.
Nak buat sos blackpepper ni pon pakai kentang ngan carrot tau sbb nak bagi kuahnya pekat & manis.

Sheperd Pie versi ZZ

For isi dalam
- bawang putih 2 ulas ( hiris2)
- bawang besar 1 biji ( potong2)
- kentang 4 biji (potong dadu)
- carrot 1 batang (potong dadu)
- daging (cincang halus) (if malas.. pkai yg dh siap hancur tuh)
- garam
- sos tiram 2 sudu - aku taruk byk sket sbb lagi sodap!!
- lada hitam (tumbuk halus)

Cara-cara :
- tumiskan bawang putih and bawang besar..
- masukkan daging & masukkan air skit..
- masukkan carrot and kentang..
- masukkan lada hitam, sos tiram and garam
- biarkan sampai daging , kentang and carrot masak and empuk..
- kacau sampai kuah jadi pekat and tidak terlalu berkuah..
- just nice if kuah tuh basah2 skit jek..
- ok done..!!

For topping
- kentang (rebus) -mungkin dalam 4-5biji

Cara-cara:
- rebus kentang sampai empuk (i put garam skit mase rebus)
- toskan.. then lenyek2 kan kentang masa tgh panas2 tuh.. senang skit..
- kacau rata
- ok done..!!

Final before bakar..

- sapukan lebihan butter dkt dinding2 bekas nk bakar tuh
- masukkan isi daging yg dh masak tadi.. (half bekas)..rata2 kan..
- masukkan topping nya.. ratakan kentang dlm bekas tuh.. tutup isi daging tuh..
- bakaq dlm microwave (or oven) selama 15-20min.. depends on size bekas..
- DONE..!! lets hidang..!!

Selamat Mencuba..!! :)


ni sheperd's pie Chef ZZ

yg ni pulak aku yg buat..muahahah..letak cheese sbb tu pelik je rupenye!

ni pulak aku bawak g keje utk operator rasa..abes licin!!!sedap sgt katanya!
tocey2!! =p

Pasni aku rasa xnak letak cheese kt ataslah..apa kata kita cuba letak mozarella cheese atas isi dalam then baru coverkan ngan mashed potato tuh..mesti cheesenya cair didalam & bila angkat haruslahh bertali macam kat pizza hut tuh!!ye tak kawan2??hahahaha
6

Open house sana-sini!!

Musim raya masih lagi belum berakhir,setiap minggu pasti ada je jemputan untuk open house,kenduri kahwin & birthday party..Jadual kami setiap minggu agak penuh dengan jemputan open house. Alhamdulillah dapat makan free!!!heheheh..tapi hasilnya pasti berat badan aku naik balik!!!uarrrghhhh....

Minggu ni pulak aku bekerja malam so open house yang buat siang tu pon aku terjah jugak. Jadinya da dua hari aku xcukup tido!!!rasa cam nak tido je skarang nihh...zzzzZzZzZz...



open house di rumah Kak Leez


beraya di rumah Ziana..amazed dgn hiasan dalaman umah Ziana


sheperd's pie buatan Ziana...xsempat nak cuba lagi..bahan sumer da beli..huhuh


birthday party Zara Sofea..ada bouncer tuh..


ni si comel Zara Sofea


me with mummy Zara Sofea,expecting another child..wahhh!!


open house Amanahraya..hubby with Song


company secretary department


buat makan2 sket untuk operatorku yg dtg beraya,lauk raya pasti ada..


bifstik dimakan ngan roti & caramel peach


Rayyan Naufal yg tembam!!tgk tangan dier..


bersama operator


kenduri kahwin pulak!


td beraya kat umah Kak Ros...


3

Ali Baba's Kebab

Tekak ni asyik nak makan makanan arab je jadinya kami pergi try satu kedai makanan arab kt Jalan Ampang, namanya Ali Baba Kebab. Kedai ni lagi senang nak carik sebab betul-betul tepi jalan besar & berhadapan dengan Great Eastern Mall.




tempat ni cool jugak!deco yg nice..


aksi gediks


berangan nak msuk next top model..muaahaha




teh pudina with kurma


cantik tea pot nihh..murah sket harganya dari kedai lain


sugar cube giteww..


memandangkan masa ni da pukul 2pagi,kami try kebab lah..spicy lamb kebab with bread
mabeles!!!


sedap bang?? =p

Beberapa hari lepas,kami cuba makan kat Saba Restoran kat Jelatek Square. Nasi dier sangatlah mabeles & banyak!!!cuma lauk ayam ngan kambing agak tidak seimbang dengan nasinya. Lagi satu diorang tak serve yoghurt macam kat al-rawsha tu. Digantikan dengan kuah macam kari. Oleh kerana lapar,gamba pon tak sempat nak amik..heheh..
2

Timberland warehouse sale

Masa bulan puasa arituh kami pegi Timberland warehouse sale pulak. Hubby yang teringin nak pegi,since dier suka brand nih..Kebetulan aku keje malam tuh,so balik keje je terus shoot g sana. Sampai sana dalam kol 9pagi tapi lom bukak lagi. Aku tido dulu dalam keta smpailah kol 10pagi. At least dapatlah tido kejap kann..Kami pergi ni da hari ketiga,so ramai yg kata stok da xbrapa banyak..especially size kasut.

Cam biasalah,bukak je pintu berebut masing2 nak carik kasut. Aku pon sekalilah,saiz aku mmg banyak. Pilih je mana berkenan. Tak smpai 10minit da grab macam2..hahahah..tapi yg bikin pening hubby punya kasut asyiklah memanjang xde saiz..yg ada saiz tak berkenan pulak. adesss..last2 xde ape pon yg berkenan. Tak puas hati dibuatnya,carik jugak lagi sekali untuk dier. Alhamdulillah dapat gak satu pair kasut untuk wat jalan2. Pegi keje pon memang sesuai giteww..aku amik kasot jogging je (sebenanye kasot hiking) hentam jelahh..hubby beli t-shirt sehelai..oklah tuhh..harga range untk kasot dalam rm150-rm200 sepasang..



semangat berkobar berator depan sekali..hehe


orang sudah mula ramai


hubby berkenan sangat jaket nih,tp muat2 je..harga dm rm299..kalau da sempit xberbaloi pulak..


t-shirt yg ada harga dalam rm40-rm80






baju pilihan..strikingnye kaler kuning nih!


berator nak membayar..masa berator nilah aku pi carikkan kasot last minute utk hubby

pasni kalau ada warehouse sale camnih,kena pegi awal2 kot sebab banyak sket pilihannya..ok adios~


3

Salam Aidilfitri 2010

Sambutan Aidilfitri tahun nih sederhana saja. Tahun nih kali kedua kami beraya sebagai suami isteri. Hari raya pertama turn hubby beraya dirumah keluargaku pulak, tak jauh Gombak aje..hehehe..Malam raya memang kami sekeluarga kelam-kabut,last minute kemas umah,memasak,mak aku pulak tetiba nak jahit langsir. Pukul 2.30pagi baru siap kemas semuanya & tetiba mak aku ajak pegi Jln TAR pulak..

Since hubby pon first time beraya di KL,teringin nak merasa suasana malam raya kat Jln TAR. So kami ke sana dalam kol 3pagi sampailah 5pagi..mata ni da xlarat sangat..badan da kepenatan..risau gak takut tak larat nak beraya..kami terbangun lambat pagi tuh sebab tak sedar!kelam-kabut hubby bersiap nak gi semayang raya..xpela pengalaman sekali-sekala..REDAH AJE!!

Marilah saya tunjukkan gambar-gambar raya tahun nih..enjoy!!


rumah kami bersebelahan je ngan rumah atok,so nak kelainan kami masak spaghetti seafood


menu wajib dipagi raya


dessert trifle


tema tahun nih kaler coklat


ni masa sesi bersalaman..beria Najeeha nangis mintak maaf ngan makcu dier


kami di ice room,bangi..sape yg dpt duit raya kna blanje!!hehehe


us in brown!


sam bunkface with qawwiy

Sebelah malamnya kami berkonvoi dgn family belah abah. Ayah Sam ni sebenanye sepupu abah,so kami ni kira dua pupu ngan Sam ni lah..Umah kami destinasi terakhir diorang beraya. Tu pon masa diorang smpai da pukul 12.30malam. Kami berdua ikut konvoi smpai kol 10malam je pastuh balik umah terus sebab aku sakit gusi yg amat sangat!hilang mood nak beraya..sampaikan masa diorang ni smpai pon kami dah ketiduran..xlarat dah nak layan tetamu..hahahah


kazen aishah with Saleha (adik Sam)

Kalau korang tgk citer kat tv3 'Syurgamu Ramadhan' yg berlakon jadi Adura tuh, nilah pelakonnya,Saleha.


saudara belah abah

Keesokannya awal2 pagi kami da bersiap balik ke JB pulak utk beraya kat sana. Da pakai baju raya siap2 so smpai terus pergi beraya. Bertolak dari KL dalam kol 7,sempat lagi jumpa Kak Leez sbb nak kirimkan kuih raya untuk sedara Kak Leez di JB. Sampai JB lebih kurang kol 10pagi.

masih segak berbaju melayu & sampin di hari raya kedua


raya kedua kaler coklat jugak!semuanya kebetulan..


Tuah Iznur Razin..anak sedaraku


Adam Thaqif..anak sedara kedua lahir pada pertengahan bulan Ramadhan

Adam Thaqif anak kepada abang hubby..kiranya Tuah dah ada sepupu. Raya keempat pulak Tuah dapat adik baru sebab kakak sulung hubby selamat bersalin anak kedua. Kami tak sempat lagi jumpa Tuah Junior sebab da balik KL masa tuh.


Hubby dengan abangnya


hubby dengan abang ipar, baju kebetulan sama pulak tapi brand lain!!


ibu mertuaku,saya yg ketot & kak ipar
Back to Top