Trip ke Pulau Pinang nih atas invitation ibu mertuaku & auntisom. Main reason sebenarnya nak pegi kenduri kawen best friend auntisom. Kawan satu universiti masa belajar kat UK dulu. Since kenduri kahwinnya kat Kedah, diorang ajak pegi jalan2 Penang sekali. Kami berdua ON ajelah..hehehe..by the way, aku kena amik cuti 1 hari masa nak ke Penang nih. Al-maklumla keje shift, bukan selalu dapat cuti weekend.
Sebelum bertolak menuju ke utara, kami singgah makan kat Restoran Kunang-Kunang, terletak kat tepi MRR2 menghala ke Selayang. Kebetulan malam tu ada live band pulak,memang happening dibuatnya! Sorylah tak sempat nak snap gambar masa kat restoran ni. Lebih kurang kol 11pm,kami teruskan perjalanan. Seperti biasalah aku sebagai co-pilot akan tidur tak sedar diri. Cian laki aku kena drive sorang2...hahahah..
nampak motel kaler hijau tu?itulah tempat penginapan kami..hehe
Sampai Penang dalam kol 4am,mula2 tu cam taktau nak wat apa. Kalau check-in hotel,rugi woo sebab dah separuh hari. So round punya round sampai kat Lebuh Chaulia yg sememangnya terkenal dengan deretan kedai mamak & budget hotel. Last2 check-in jugak kat Chulia D'Motel lepas survey beberapa budget hotel kat kawasan berdekatan. Walaupun terpaksa mendaki sampai tingkat 3 (xde lif okay) sbb bilik da penuh, kami gagahkan jugakla. Motel ni baru bukak rasanya sebab agak bersih..katil & bantal pon masih keras & berplastik lagi..sayang nak bukak plastik agaknya, bila nak tido berbunyik2la plastiknya..haishhh..Kami cuma bayar RM140 saje untuk dua bilik selama dua malam. Murahkan!!??! Pekerja hotel tu xberkira sangat sbb tu dapat murah.
pagi tu kami breakfast berdekatan ngan motel je "Restoran Kapitan"..food kat sini boleh tahan sedap gak!
dengar cerita claypot briyani diorang memang terbaikk tapi xsempat lak nak cuba..maybe next time kot..
sampai jugak kami kat kenduri kawen nih
di hidangkan teh tarik yang sanggaaaattttt sedap!!!sampai sekarang teringat-teringat..
acar buah- bukan feveret aku tapi auntisom pandai buat tau..siap dpt tempahan dr majlis kawen..
hantaran pihak perempuan yg digubah oleh adik lelaki pengantin perempuan..simple but nice!!!
ada pulak dua bdak omputih ni,dari Australia kalau tak silap, sedara-mara diorang gakla..
sgt comel, lincah & banyak cakap!!kakak nama Indiana, adik nama Tom. Kami panggil Indiana Jones & Tom Cruise..
mereka bersama tok nenek
sampai ke Penang balik, terus ke Pasar Chowrasta nak beli jeruk. Kami tak masuk pon dalam pasar. Kat tepi pasar ada sederet kedai jual jeruk.
masa kami sampai xde orang langsung, tiba-tiba berduyun-duyun pulak orang datang. Haishhh..Memang banyak betul jeruk kami borong kat kedai ni. Masing-masing beli untuk buah tangan nanti. Auntisom pon beli buah untuk buat acar buah. Katanya murahhhh...
Sebelum balik, mai amik gambar ngan tokey kedai jeruk..makacih atas layanan anda!!
Malamnya kami ke Teluk Kumbar nak makan Mee Udang. Dulu aku pernah makan mee udang nih masa holiday ngan family aku, tapi tak ingat pulak nama kedainya. Bila survey, katanya Ayu Mee Udang femes sebab da kuar JJCM. MasyaAllah, punyalah payah nak carik kedai ni, sampai driver pon hilang mood dibuatnya.
Akhirnya sampai jugak......sebelum tu ibu cakap, kalau xsedap memang tak berbaloi datang jauh2 nih,dgn sesat-baratnya tadi...
muka kelat masing-masing..hehehe
Kami order dua jenis yang basah & kering. Udang akan ditimbang dulu, sepinggan harganya rm12 okeh!
Bila sampai, reaksi masing2 agak hambar termasuk aku yang membayangkan dapat melihat udang berlari-lari kat pinggan tapi akhirnya cuma 4 ekor saja..kuciwa...tapi udangnya besarlahhhh..
Overall rasanya biasa2 aje..rasa cam terlebih pakai sos tomato pulak..kami pulang dengan hampa malam itu..
to be continue..
0 comments:
Post a Comment