Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com

Penang Trip: Breakfast di Pasar Tmn Tun Sardon + Nasi Kandar Line Clear

Sambung cerita short trip ke Penang, malam lepas kami makan mee udang tu...hantar ibu ngan autisom balik motel. Kami sambung jalan2 sekitar bandar. Pastu ternampak pulak Nasi Kandar Beratur kt Jalan Masjid Kapitan Keling. Owhhh dekat aje ngan motel kami rupanya..masa tu baru kol 10 malam tapi punyalah ramai orang beratur!! Aku penah dengar gak pasal nasi kandar beratur ni..teringin nak rasa tapi perut dah kenyang sangat masa tu. Rupanya kedai nih bukak 10malam smpai lebik kurang 4pagi. So kami decide balik motel tidur dulu. Dalam kol 2.30pagi bangun & terus ke Nasi Kandar Beratur...Mak aihhh masih beratur lagi okeh! Tapi xlah seramai tadi...

gambar xclear sbb pakai camera phone aje

kononnya nak share sepinggan je..sekali hampehhh sedap punya pasal, aku kena berator lagi sekali tambah sepinggan lagi..muahahah..kebetulan masa kat sana terserempak pulak ngan Buzu- rakan blogger jugak yg asalnya dari Penang. Masa sampai Penang ada gak tergerak nak kontek Buzu, tapi ingat Buzu kat KL..rupa2nya tiap2 minggu turun Penang sbb nak buat persiapan tunang next weeknya. Sorry Buzu xpat datang masa hari pertunangan, neway congrats!!

Balik motel...kami sangat kekenyangan sampai xbole tidur...adoiyaiii...Buzu ajak kami breakfast sama besok paginya. So kenala bangun awal pagi gak, dlm kol 8.30am Buzu da tunggu kat bawah motel. Katanya nak bawak kami kat Pasar area Gelugor.
Sampai jugak kami kat Medan Selera Tmn Tun Sardon. Bole tahan ramai jugak orang makan bekfes kat sini. Banyak varieties & ada yg xpenah nampak. So let's breakfast!!!




signboard yang mengancam!!menarik perhatian pembeli..

ni dia sandwich spesel..ada ayam,daging,ketam...aku cuba ketam & daging..


kami tertarik dengan nasi lemuni ni...tak penah dengar pulak aku..nasinya kaler kehitaman sket. Nasinya diperbuat daripada campuran daun lemuni & herba-herba terpilih. Rasanya bole tahan sedap jugakk..


ni lah dier Nasi Lemuni makan bersama ayam goreng & ikan bilis...yummy!!

 
ramai orang beratur nak beli serabai..apakah itu???


tenkiu Buzu bawak kami makan kat sini

nak tahu punya pasal hubby beratur jugaklah nak cuba Serabai...ada dua jenis macam kat atas ni seakan-akan apam ataupon lagi satu macam rupa akok..panas2 dicicah dengan kuah manis..mmmm..sedap!!

Lepas dah breakfast,kami plan nak round satu pulau...so kami lalu balik Teluk Kumbar.....Batu Feringghi...then sampai bandar balik..dalam perjalanan kami tak turun pon, menyebabkan aku pening2 lalat sebab jalannya agak bersimpang-siur. So end-up aku ketiduran dalam keta.heheheh

singgah makan Nasi Kandar Line Clear pulak!!Ibu ngan auntisom xpenah cuba makan kat sini so kami bawaklah...

ramainya orang...tak berhenti agaknya mamak2 nih masak..sentiasa penuh!!

decide nak makan kari kepala ikan...pergghhh lama siot tak makan!!!

aku amik nasi briyani, telur ikan & timun 

tu diahhhh kari kepala ikan yg merembessss!!!!

abes licin kami makan..aku tak abes sebenanya so hubby tolong abeskan..

kami semua dah surrender masa tuh, tapi ikan still ada lagi!!besar pulak ikan nihhh..hubby cuba abeskan jugak..(kalau xsilap xabes pon..dah tak larat benor dahhh)

time nak balik orang ramai datang smpai kena beratur panjang keluar...

dah siap packing barang, kami terus gerak balik ke KL. Teringin nak naik ferry tapi kebetulan masa tu ada perlumbaan motor cup ke ape ntah so banyak jalan tutup & menyebabkan traffic jam. Atas bantuan seorang apek naik motor, dier bawak kami sampai ke jeti ferry ni..sangat baik apek itu, makacih!!!

ibu xnak keluar so kami bertiga jelah berposing

kereta kami perking kat tingkat atas..so kami turun bawah pulak. Entah apa yang hubby tanya kat pekerja ferry nih, last2 dier bawak kami ke bawah tempat enjin. Wahhhhh ada short tour pulak kann..Oleh kerana ferry da nak sampai, so kejap jelah kami dpt dengar briefing dari pekerja ferry tu. Aku pon dah tak ingat apa dier terangkan...muahahahah..



Sampai KL...kami teruskan perjalanan balik ke Seremban pulak.

END OF JOURNEY...=P

1 comments:

Yan said...

Salam Qis,

amboi awak jenjalan je ye.. Hubby akak kalau ke Penang, sure ke Line Clear tu...

Post a Comment

Back to Top