Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
4

Nasi Arab Damsyik, Senawang


Kami dalam perjalanan..si tuah yg semakin membesar!!

Assalamualaikum.....restoran yang kami terjah kali ni lebih kurang macam Al-Rawsha..basically makanannya dari Arab. Restoran Nasi Arab Damsyik ni dibuka awal tahun lepas, pelik juga bole tak perasan kewujudan restoran ni sampaila masuk Jalan2 Cari Makan kt TV3. Lepas da tau tu,berkobar-kobarla nak cuba!hehehe..Alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan kami. Kebetulan masing2 da kelaparan. Jom kita tengok apa yang disediakan.....

Restoran ni terletak di Senawang, Seremban. Oleh kerana ibu mertuaku tinggal di Seremban, harusla cuba tempat2 baru nih. Bukannya besar sangat pon bandar Seremban..hihi..kebetulan kakak ipar pon balik so mmg sesuai sangatla tuh..Sebelum kami pergi,sempat lagi booked meja sebab takut penuh. Yang peliknya kedai ni buka kol 11am sampai kol 3pm. Pastu buka balik 6pm sampai 11pm. Ada pulak gap kt tengah2 tu..tapi bile da sampai sana, bukak je cam biase sebab pelanggan tengah ramaikan. Takkan nak tutop plak.





keluarga belah suamiku...kekna,abg halim,tuah,ibu & hubby


suasana di dalam restoran..simple aja..mejanya pon unik..kt luar banyak lagi meja disediakan.


menu yang menarik!bole gulung2 lagi..hehehe
menu utama disini ialah NASI MANDI


macam kt negara Arabla pulakk..hehe


Chai sejuk - teh pudina


air mangga - fresh tau!!


makcu & tuah (macam anak sendri plak ekk)


tuah with makcu & mommy


makcu,mana makanan kita ni??tuah da laparrrr...


tu diahhhh...kami order nasi mandi set ayam + kambing untuk 4-5orang makan
ayamnya tersorok dalam nasi nasi tuhh..sekor tau!!

Kami semua decide makan dalam satu dulang je...best!!lama da xmakan camtuh..kalu kt Johor dulu zaman2 sekolah selalula makan dalam dulang nihh..ternyata nasi tidak mencukupi & kami order lagi 2 pinggan nasi tambah!berebut2 masing2 makan. Lupa plak nak snap gambar kuah. Kuahnya sama macam kt Al-Rawsha. Ada dua jenis, satu kuah pedas & satu lagi yogurt.


lihatlah kebesaran dulang ini..hehe


dimulakan dengan bismillah...jom soru!!

inilah hasilnya...licin hanya tinggal tulang!!hahahaha

posing dulu sebelum balik..


dalam perjalanan bole pulak ternampak satu gerai kat tepi jalan jual buah jambu & air kelapa
walaupun perot masing2 da kekenyangan, masih lagi ada hati nak beli jugak. Kira macam dessertla..

 

memang berbaloi-baloila beli buah jambu kt gerai ni..besar betul buahnye,rasenye dier potong dua je!!asam pon xlokek. harga RM1 je..kalau kt KL, maunya dapat separuh je daripada ni. Air kelapa pon kami amik yg fresh baru kopek. Sebiji RM2.50..mahal sket kott..

Alhamdulillah syukur...lain kali kalau ada rezeki lagi bolela datang lagi kt Restoran Nasi Arab Damsyik ni. By the way, pada warga KL diorang ada bukak lagi satu cawangan kat Subang. Silalah google website diorang. Pada sapa2 yg nak cuba bolela tengok alamat di bawah ye! Selamat mencuba!!

Location:
RESTORAN NASI ARAB DAMSYIK NO 1 JLN BOURGAINVILLA 1 TMN BOURGAINVILLA SENAWANG Seremban, Malaysia, 70400

Phone:
019-4217930;014-2657313

Mon:
11:00 am - 3:00 pm
6:00 pm - 11:00 pm

Wed - Thurs:
11:00 am - 3:00 pm
6:00 pm - 11:00 pm

Fri:
4:00 pm - 11:00 pm

Sat - Sun:
11:00 am - 3:00 pm
6:00 pm - 11:00 pm

Facebook:

4 comments:

@xiM said...

best nya dapat makan satu talam macam tuu!!

Anonymous said...

Besarnya nasi...

cplud miera said...

wah syok ni. nk cube la. nilai ke seremban xjauh pon. huhu

Anonymous said...

Saya baru saja makan kat sini bulan lepas mak oi pya ramai orang sampai tempay ddk pun tak der tapi harga nasi arab ni dah naik kot pasal masa makan tahun lepas Rm 7.oo jer satu skg sepingan nasi arab dah RM 10.00 tapi tak per puas kita makannya sampai piring licin dik keenakan rasa nasinya........

Post a Comment

Back to Top