Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
2

Tragedi 14 Mac 2009



sempat kami pergi piknik lebih kurang dua minggu sebelum arwah meninggal

Mungkin ramai (kecuali keluarga terdekat) yang tak tau ape yang terjadi pada tanggal 14 Mac 2009 nih. Itu adalah tarikh keramat kami disatukan @ diijabkabulkan. Hari yang sepatutnya disambut dengan kegembiran tiba-tiba bertukar hiba dan sayu bila hari yang sama pada sebelah paginya sepupu aku meninggal dunia secara tiba-tiba. Berita ni sampai pada kami awal pagi mengatakan arwah koma. Bila dengar je berita nih, hanya doa dapat disampaikan agar arwah selamat.

Persiapan masih banyak lagi nak disiapkan. Kami sekeluarga bergotong-royong menyiapkan bunga telur & barang2 hantaran dan pada masa itulah kami dapat berita arwah telah pon meninggal dunia. Sebenarnya arwah tinggal sekali kawasan rumah aku,kami sekeluarga,keluarga arwah dan atok tinggal dikawasan yang sama. Jadi,adik arwah tepon aku tanya "along,mana nak bawak mayat nih??" aku jawab "bawakla balik umah,mane lagi nak bawak" Mungkin pertanyaan tu timbul sebab persiapan kahwin sedang berjalan.

Akhirnya mayat sampai juga ke rumah selepas makcik aku (ibu arwah) berkeras dengan doktor untuk uruskan pengebumian hari tu jugak. Kalau tak,doktor nak simpan mayat untuk autopsi sebab mati mengejut pada usia yang masih muda. Yelah,lebih afdal kalau kita uruskan cepat lagipon besoknya majlis sanding nanti susah pulak. Mase tu ramai jugakla sedara mare yang bertanya mana bakal pengantin,aku cuma berserah pada Allah dengan dugaan yang datang.

Mungkin sudah takdir,aku hilang salah seorang ahli keluarga tapi dapat semula ahli keluarga yang baru pada hari yang sama. Tapi yang paling aku tak dapat lupakan bila aku baca antara sms terakhir arwah pada ibunya. Rupa2nya arwah cuba hubungi ibunya untuk mengatakan yang dia tenat tapi ibunya tak sedar sebab masih lagi tidur. "ibu..amad muntah darah" "ibu,amad takuttt" "ibu!!!" Kami sekeluarga sangat terkilan sebab tiada siapa berada disisi arwah mase dier menghembuskan nafas terakhir. Alhamdulillah proses pengebumian selamat dijalankan dan lebih kurang pukul 5 petang baru kami beredar untuk persiapan pernikahan aku pada sebelah malamnya.

Itulah antara dugaan yang terbesar yang pernah ada dalam hidup aku. Alhamdulillah majlis pernikahan & persandingan kami berjalan dengan lancar walaupun kami sekeluarga masih lagi bersedih&berkabung. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan pada seluruh keluarga kedua-dua belah pihak yang bertungkus-lumus meraikan hari bersejarah kami. Tarikh keramat ini memang takkan kami lupakan terutamanya bila nak sambut anniversary perkahwinan kami. Kami sentiasa mendoakan arwah aman bersemadi disana dan kami disini masih lagi meneruskan perjuangan untuk hidup. Aminnn.. Al-fatihah..   


arwah seorang yang agak pendiam tapi baik hati

arwah bersama keluarga dipagi raya 2008 

2 comments:

||chickserame|| said...

Sedih jugak mse tau berita ni.. Semoga rohnye di cucuri rahmat..aminn!!!

che'Burn@che'Qis said...

thanks a lot sue sbb jd pengapit aku mase tuhh..yup,moga rohnya aman disana..aminn..

Post a Comment

Back to Top