Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com

Sanrio Hello Kitty Town Malaysia-Nusajaya Johor

Satu lagi tarikan di Johor khas untuk peminat Hello Kitty & cartoon characters yg lain macam Bob the Builders, Barney & Friends, Thomas & Friends etc selain LEGOLAND & JPO (Johor Premium Outlet). Hello Kitty town ni baru je dibuka 26 October 2012 lalu & merupakan indoor theme park.

Masa pegi semalam rasanya lagi satu floor akan dibuka untuk Lat's Place pulak...Kebetulan rumah Kak Ipar berdekatan je dengan tempat ni, jadinya kami ajak mereka ke sini.

bawa si kecik Tuah & Rifqi ke Puteri Habour Family Theme Park..masa ni diorang excited lagi..separuh jalan dua2 sudah lentok! Nasib baik sampai je diorang bangun sendiri.



Entrance -ada Hello Kitty cafe kat sini

Cara-cara kesana:

From Kuala Lumpur Plus highway, take exit 253 to Senai Airport/Tuas and proceed to Exit 311 showing way to Kota Iskandar. Continue towards Kota Iskandar and proceed to Puteri Harbour. Hello Kitty Land is sited next to Puteri Harbour.
From Singapore second link at Tuas, proceed towards Kota Iskandar. Take exit 312 which will take you to Kota Iskandar. Thence, look for direction to Puteri Harbour. Hello Kitty is sited next to Puteri Harbour.
From Johor Bahru, take the new Coastal Highway to Kota Iskandar after passing Danga Bay. Take the direction to Puteri Harbour. Hello Kitty is next to Puteri Harbour.

Look for the RED CUBE building to go to Hello Kitty Town


Oleh kerana budak kecik yg dibawa semuanya lelaki termasuk papa & pakcu, makcu kenalah mengalah nak masuk Hello Kitty town...sob..sob..For Malaysian please ensure to bring your Mykad for verification okay!

Entrance fee for Hello Kitty and Little Big Club is RM65 (foreigner) and RM50 (Malaysian). The combined 2 parks' ticket will cost RM110 (foreigner) & RM85 (Malaysian) each.
Children below 3 years old will be allowed free entry whilst children above 3 years old will be treated as adult. Tickets can be purchased at the counter. There are at present no bulk ticket purchase with rebates. Online ticketing is also available at www.redtix.airasia.com


Aktiviti yang disediakan..take note theme park dibuka dari jam 10am-6pm sahaja



jom kita naik train Thomas & friends...hahah

bas ni pusing2 ke atas siap reverse belakang plak..heheh

ada skrin besar showing cartoons...ramai budak2 leka tengok

Banyak lagi permainan lain tapi kebanyakkannya sesuai untuk budak2..nasib baik bawak Tuah & Rifqi, melayan diorang yang excited buat kita pon seronok.

Sapa yang ada anak kecil memang sesuai sangat datang sini, mesti mereka teruja tapi harga tiket mahal pada aku. Bayangkan kalau anak ada 5orang campur parents lagi?? Perghhhh koyakk..

Kami cover semua tempat dalam masa 2jam je..tu pon dah kepenatan. Berpeluh2 Tuah & Rifqi berkejaran dalam tu.


Macam biasa bila exit je mesti lalu souvenier shop kan...mmg banyak merchandise yang dijual & koyak lagilah poket parents korang...hahahhaha

Aku just beli Fridge Magnet The Little Big Club berharga RM9.90...tak jumpa pulak FM Hello Kitty. Bolelah untuk kenangan ye tak??





2

Hua Mui Kopitiam Johor Bahru


Salam semua! Baru-baru ni, kami berdua ke Johor Bahru & tercapai jugak hasrat untuk ke Kopitiam Hua Mui ni...walaupun dah lebih sedekad menjadi warga Johor 10tahun dahulu tapi tak pernah ku tahu kewujudan kopitiam ni.

Kebetulan tertengok dokumentari kat TV2 awal tahun lepas menceritakan kisah perniagaan turun temurun yang diusahakan oleh keluarga Chiang pada awal 50an. Kopitiam ni merupakan restoran kopitiam yg pertama & tertua di Johor Bahru tau!

banyak sangat pilihan breakfast yg lain dari kopitiam sedia ada...


dekorasi dalaman kopitiam ni masih lagi 'old skool' dengan mengekalkan dekorasi kolonial 50an. Terdapat gambar2 lama di dinding.

apa benda ni pon taktau..macam post box je..

yang paling menarik sekali ialah mereka masih guna method 'takal' untuk menbawa naik makanan yang dipesan pelanggan ke tingkat 1. Kitchen terletak di tingkat bawah.

Sempat lagi makcik ni posing untuk kitorang. Kami perasan makcik ni masuk tv skali bila diorang interview. Tersipu-sipu malu bila kami bagitau...ecehhh...Umurnya dah lewat 50an & sudah bekerja di kopitiam ni lebih 20tahun..sampai sekarang masih kuat lagi berkerja. Katanya sebab minat & mengisi masa lapang. Thumbs up makcik!

kami cuba signature dish kat sini Hainanese Chicken Chop...memang terbaikkk..pagi2 dah mkn chicken chop ye..kenyang giloss.. 

air kopi o & cham pilihan kami..mmg sedap especially cham tu..kacang & wet tissue included


so far makan kat sini mmg highly recommended...kedai ni memang 1 Malaysia..semua kaum ada. Kopitiam ni beroperasi dari jam 8pagi sampai lewat 6petang.

Sapa mau cuba, datanglah ke sini No 131 Jalan Terus, Johor Bahru. Kedainya terletak dekat dengan Pasar Karat, kalau dari Kotaraya tu straight je lalu jalan kecik, kedainya hujung sekali. 

Selamat Mencuba!


0

Kehilangan


Love you always grandma

Aidilfitri 2012

Tanggal 3 Nov 2012 jam 10pagi, genap 7 hari yang lepas kami telah kehilangan Atuk yg tersayang buat selamanya..namun aku redha dengan pemergiannya..tak tahan melihat atuk menderita sakit. Sejak bulan Ramadhan yang lepas Atuk terlantar sakit akibat terjatuh katil. Sejak dari situ, Atuk tak boleh berjalan, tubuhnya yang sudah uzur membuatkan proses pemulihan agak lambat. Makan pon tak lalu, cuma minum susu & nestum je sampai kurus Atuk jadinya..bila aku datang melawat mesti air mata ni menitis tanpa dapat disekang lagi.

Atuk seorang yang sangat baik hati, suka memasak & cergas. Pantang ada kerja kat rumah mesti Atuk buat, siap bercucuk tanam lagi. Kalau datang rumah atuk, soalan pertama dier akan tanya aku "Along dah makan? pegilah makan, ada lauk tu..." Ya Allah, sesungguhnya aku sangat merindui air tangan atukku...Tak dapatlah along merasa asam pedas, sambal udang, nasi lemak & nasi goreng buatan Atuk.

Hari Jumaat pagi 2 Nov 2012, mama bergegas ke rumah Atuk, katanya Atuk sakit kuat..aku pon menyusul, kebetulan aku baru balik dari keje malam..Atuk kena hypo akibat kekurangan gula dalam badan..Atuk bersuara "Tolong Atukkk...tolong Atukkk..." Sekali lagi air mata aku mengalir.."Atukkk..mari pergi hospital ye..." Aku cuba bersuara sambil urut kaki Atuk walaupon tau Atuk sebolehnya taknak ke hospital lagi. Katanya biarlah dier mati di rumah saja.

Oleh kerana keadaannya makin kritikal, pagi tu jugak keluarga panggil ambulan datang untuk bawa Atuk ke hospital. Atuk dihantar ke HKL & terus dimasukkan ke Zon Kritikal. Masa tu doktor cakap, darah Atuk sangat2 berasid, full body affected, pernafasan pon dah berasid & jantung lemah. Redha & tawakal je masa nih..melihat keadaan Atuk yang masih sedar tapi dalam kesakitan membuatkan aku lemah longlai. Seluruh keluarga tunggu sampai Atuk dipindahkan ke wad biasa.

Malam tu kami datang lagi...aku sempat bisikkan ke telinga Atuk

"Atuk...Along mintak maaf ye...Maafkan Mama, Abah & seluruh keluarga kami ye Tok..Along sayang Atuk sangat2..Bertahan ye Tokk..."

keadaan Atuk malam tu

Aku gagahkan diri pergi kerja malam tu dengan harapan Atuk akan pulih tapi jam 4pagi aku dapat panggilan suruh ke hospital sebab Atuk dah nazak..menggigil aku masa ni..Tunggu CB sampai pick up aku di ofis & kami terus rushing ke hospital. Dalam perjalanan, dapat lagi msg "Cepatlahh Longg"...

Bayangkan wad pompuan di HKL tu dipenuhi dengan kami seluruh keluarga seawal jam 4pagi...masa ni memang nampak Atuk makin lemah, masing2 bacakan surah Yassin di tepi katil Atuk.

Atuk menghembuskan nafasnya yang terakhir didalam ambulans on the way balik ke rumah......memang seluruh keluarga decide untuk bawa Atuk balik

Adik2 lelakiku & cucu2 lelaki menimbus jenazah Atuk 


Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Atuk...Allahyarhamah Raja Esah binti Raja Abdullah (1933-2012)

"Ya Allah Ampuni lah dia, naikkanlah darjatnya diantara 

orang2 yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga 

dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan

 kami, wahai tuhan sekelian alam., Luaskan lah kubur 

baginya dan berilah cahaya didalamnya "
0

Lee Hyun Woo in Malaysia!!


Sape layan citer Korea terbaru kat Astro One HD  'To the beautiful you' mesti kenal sape Lee Hyun Woo ni..watak dier sangatlah comel dalam citer ni, walaupon bukan watak utama tapi macam tak lengkap pulak kalau xde dier..

Kebetulan One HD ada buat event "Meet & Greet with Lee Hyun Woo" pada minggu lepas & sapa yg masuk contest bole dapat exclusive pass untuk berjumpa Lee Hyun Woo dengan lebih dekat. Sebenarnya adik aku beriya ajak pi sini tapi aku buat tak tahu jelah kan..heheh..bila tau aku dapat dapat pass ni dier punya jeles! 

Nak dijadikan citer, Lily menang contest tu & offer sapa yg bole teman. Dengan sepantas kilat aku meng'offer'kan diri since aku pon available time tu...Yahoooooo dapat jumpa bintang K-Pop u olls!!Excited terlebih dah masa ni..dah berangan dapat naik pentas mintak autograf pastu salam Lee Hyun Woo. Hihih



Sesi bertemu peminat ni diadakan di Sungei Wang Plaza jam 4petang..Memang ngam2 LHW muncul & sesi temuramah pon bermula..

dapat goodies bag dari One HD

Thanks so much Lily atas invitation!!!



masa Lee Hyun Woo buat aksi comel ni..bagai nak histeria orang dlm Sungei Wang ni...kahkahkah

He is only 19 years old!!!

Unfortunately takde pulak sesi sain autograf..hukhuk sedey...

inilah dier goodies yg kami dapat...mmg besttt!!!balik umah je berebut adik2 aku nak tengok goodies bag ni..dapat jugaklah diorang paw kakaknya..haihhhh


Sesi temuramah cuma berlangsung 30minit je..pastu acara pon habis..Lily beransur pulang & aku masih merayau2 sekitar situ..rupanya ramai yg menunggu LHW keluar dari backstage..Tak nampak pon sebab ramai sangat orang..

BTW, memang pengalaman yg best sebab dapat jumpa LHW yg sangat comel! Memang tak missed pon tengok citer dier kat One HD tu sebab menarik! 


3

Shopping apa di Jepun??

***baju di atas kiriman blogger Sepul

Kami banyak berhabisan beli merchandise Hard Rock Cafe..baju setiap HRC mesti beli & tak lupa glasses/FM..aku beli setiap jenis glasses yg available dari short glass sampailah margarita glass..semuanya masih dalam kotak..(dah beli lemari kaca kat IKEA untuk display tapi tak sempat nak pasang lagi)


T- shirt ni aku dapat FREE masa berbelanja kat HRC Roppoggi..

Makanan yg aku beli kebanyakannya kat Don Quijote..antaranya tepung tempura,takoyaki ingredients,miso soup & makanan ringan

ni FM/souvenier yg kami beli mewakili setiap tempat yg kami pergi= Asakusa, Nara, Iga, Hakone, Hiroshima, Fukuoka, Kyoto etc

beg ni pemberian keluarga Taichi

Selain dari tu ada juga kami beli FM untuk family & rakan2...

Merchandise kat Disneyland =T-shirt,Popcorn Box,Towel,Tiger tail etc

100yen shop-ada jugak beli kat sini...sikit2 jek

Macam sikit ekk??Hehehe itu pon dah banyak berhabis wooo..tapi memang tak puaslah..

Jom kumpul duit lagi ke Jepun!!

***Dah pesan ngan Taichi, kalau nak kawen bgtau setahun awal so that bole prepare siap2..caiyok2x!!

3

Amazing Japan Day 8: Tokyo Akihabara, Ueno, Harajuku, Shinjuku





Salam semua! Tibalah hari terakhir kami di Jepun! Sob sob sob..flight kami malam so masih ada masa lagi untuk jalan2 sekitar Tokyo...nasib baik tempat yang kami nak pegi semua semua dalam line yang sama & dekat2 je..so memudahkan lagi perjalanan kami

Pagi2 lagi Taichi dah pegi keje, kami pon bersiap2 & aku masak nasi goreng  dengan kari ikan salmon u ollss..sedapp tahap cipann!! Walaupon semua pakai yg segera kannn..hikhik



CB cakap mamat jepun ni style..kehkeh

kami turun kat Tokyo Station dulu untuk amik tour Sky bus..mula2 sesat jugaklah nak carik Mitsubishi Building. Unfortunately bila kami sampai, bas baru je bergerak..baru 3minit kottt!!!aiseymannn...sharp2 kol 10am diorang dah gerak! Kami kena tunggu lagi sejam untuk trip seterusnya...so xnak buang masa kat situ, tukar plan B ke Akihabara dulu!


Sampai sudah Akihabara Station..

Akihabara (秋葉原?), also known as Akihabara Electric Town (秋葉原電気街 Akihabara Denki Gai?), is a district of Tokyo, Japan. It is located less than five minutes by rail from Tokyo Station. Its name is frequently shortened to Akiba (アキバ?) in Japan. While there is an official locality named Akibahara, which is also 秋葉原 in kanji, nearby (as part of Taitō-ku), the area known to most people as Akihabara(including the railway station of the same name) also include Soto-Kanda, a part of Chiyoda-ku.
Akihabara is a major shopping area for electronic, computer, anime, and otaku goods, including new and used items. New items are mostly to be found on the main street, Chūōdōri, with many kinds of used items found in the back streets of Soto Kanda 3-chōme. New parts for PC-building are readily available from a variety of stores. Tools, electrical parts, wires, microsized cameras and similar items are found in the cramped passageways of Soto Kanda 1-chōme (near the station). Foreign tourists tend to visit the big name shops like Laox or other speciality shops near the station, though there is more variety and lower prices at locales a little further away. Akihabara gained some fame through being home to one of the first stores devoted to personal robots and robotics.



sekarang di jepun tengah demam pasal group AKB48 ni...AKB ni diambil singkatan dari Akihabara tau. Kira macam bunch of girls yang buat performance kat Akihabara ni & last2 diterima peminat sampai bole buat recording album...pemilihan ahli group juga didecide oleh peminat mereka sendiri..



hampir nak beli instant camera ni!!!Ada pulak special edition Hello Kitty kat sini...tapi bila fikir2 harga film dier agak mahal & mesti mahal kalau nak topup kat Malaysia jadi ku simpan jelah niat tu...Hello Kitty edition cuma available di Jepun saje ye..

Tapi dapat gak try amik gambar pakai camera ni...buat kenangan giteww..

haaaa inilah toilet bidet yg bole pancut2 air tuhhh..takdelah mahal sangat bila convert ke RM..tapi malangnya untuk pasaran China saja..



Selesai jalan2 cuci mata kat Akihabara...ada jugak berkenan kat compact camera diorang sebab design yg cantik & murah berbanding Malaysia tapi tak berani nak beli takut warranty kat Jepun je pastu kang kuar tulisan Jepun payah pulak nak adjust kan...

Next kami ke Ueno Station sebab kat sini dekat dengan Ameyoko Arcade, apa ada kat sini? Well kiranya macam pasar jugaklah..banyak deretan kedai jual pelbagai benda..ada jugak yg bole dibeli secara borong.



kat mana2 ada je pachinko slot ni..pagi2 pon orang datang berjudi...ish ish ish


Yes, sushi is our favourite!!



panjang jugak tau arcade ni...jalan punya jalan sampai ke Okachimachi Station..which station ni next to Ueno Station


tak lepaskan peluang makan green tea eskrem lagi 300Y/RM12 tu harga standard kat Jepun 


ada jugak halal food kat sini tapi kami tak singgah pon sebab masih kenyang

tiba kawasan pasar basah aku dah gerammm je tengok ikan salmon memanggil2....best gilakkkk!!!
Nampak salmon kat atas tu? Makcik tu bagi aku 1000Yen untuk 10 keping! Maknanya cuma RM4 je sekeping! Aiyohhhh...tanpa fikir panjang aku cakap "ok makcik bungkus ye! saya nak bawak balik Malaysia malam nih!" =p

makcik tu tengah packing elok2 siap letak ais sumer kat salmon tu...


nampak ada kedai Takoyaki! kami beli 4ketul aja..

paling bestttt kat sini sebab bole guna side dishes seberapa banyak yg bole!


slurppppp...tetiba cam nak buat takoyaki lahhh..

OK, abes jalan2 kat Ameyoko Station, kami gerak dari Okachimachi St ke Shinjuku St pulak. Dari situ kami menapak ke Tokyo Metropolitan Government Office (Observatory) 

Kat sini bole tengok pemandangan seluruh Tokyo secara percuma!!! Tak payahlah kuar duit beribu2 yen kat  Tokyo Skytree or Tokyo Tower sebab pemandangan dari TMGO ni pon dah cukup berbaloi dah...

Mula2 CB hesitate gak nak ke sini..katanya "buat apa setakat nak tengok building je". Aku degil nak pegi gak sebab teringin nak tengok pemandangan Tokyo secara keseluruhan... 




Sampai je kami atas terus terpegun tengok kepadatan Tokyo! Perghhhhh..sangat luas okehhh

Tak sia2 aku berkeras nak ke sini tau...



banyak gak souvenier jual kat sini



bole nampak Mount Fuji u ollsss!! Kami tak dpt amik gambar Mt Fuji dengan jelas sebab terang sangat



habiskan masa dalam 15-20minit je kat atas & kami pon beredar dari situ

Kat bawah ada tourist information centre dimana ada replika2 seperti bawah yg mewakili setiap kawasan atau daerah kat Tokyo, sangat menarik & kreatif

Setiap kawasan ada keunikan & specialty masing2


ikot perancangan awal kami nak ke Ryogoku area ni untuk tengok abang Sumo beraksi tapi tak cukup masa pulak...but lucky for us penah terserempak dengan orang sumo naik train kat mana tak ingat dah...heheheh









Meiji Shrine is located in a forest that covers an area of 700,000 square-meters (about 175 acres). This area is covered by an evergreen forest that consists of 120,000 trees of 365 different species, which were donated by people from all parts of Japan when the shrine was established. The forest is visited by many as a recreation and relaxation area in the center of Tokyo



Meiji Shrine ni terletak betul2 di sebelah Harajuku Station

Kami tak masuk ke dalam pon sebab tujuan utama ke sini sebab nak tengok Harajuku girls! Unfortunately takde pulak yang dressed up kaw-kaw haritu...mungkin kalau pegi weekend ramai la kott..



Harajuku is also a fashion capital of the world, renowned for its unique street fashion. Harajuku street style is promoted in Japanese and international publications such as KeraTuneGothic & Lolita Bible and Fruits. Many prominent designers and fashion ideas have sprung from Harajuku and incorporated themselves into other fashions throughout the world.


Every Sunday, young people dressed in a variety of styles including gothic lolitavisual kei, and decora, as well as cosplayers spend the day in Harajuku socializing. The fashion styles of these youths rarely conform to one particular style and are usually a mesh of many. Most young people gather on Jingu Bridge, which is a pedestrian bridge that connects Harajuku to the neighboring Meiji Shrine area






Masa ni dah hampir ke pukul 5ptg..kami harus bergegas ke Tokyo Station balik sebab dah janji ngan Taichi untuk naik Skybus..masa ni menggelabah jugaklah takot tertinggal bas lagi...

Berlarian marathon kami ke Mitsubishi building ni...Taichi pon ngam2 baru sampai..siap beli tiket, & off we go!! Dah naik bus baru bole bernafas..hahhahah

Ada beberapa route yg bole dipilih untuk tour skybus ni...kami pilih Imperial palace route.


Harga untuk ride Skybus ni kalau tak silap 1200Yen sorang..tak ramai pon yg join kami masa ni..tapi tetap ikut masa tau..sharp 5ptg kami pon bergerak. Total ride ni ambil masa 50minit saje...

Sapa yg berminat naik Skybus bole klik sini Tokyo Skybus




tour guide ni cakap bahasa Jepun, kami diberi earphone untuk translation English








inilah kawasan Ginza yg sibuk...banyak jugak kedai2 high class kawasan ni 




Tokyo Station....rekabina ada unsur inggeris sikit..bangunan lama kot

ini stamp-stamp yg available di 77 station seluruh Jepun! Menarikkan?? Aku dapat kumpul lebih kurang 20 stamp saja.. 

ada lebihan duit beli ole2 sikit..

Kami terus balik ke rumah Taichi untuk bersiap2 & packing barang sumer, Taichi terus ke rumah parents dier untuk amik keta & pick up kami

Sampai sudah dirumah keluarga Taichi..

Makanan dah sedia terhidang atas meja..nyumm..nyummmm

aku sangat suka ni...lotus tempura isi udang...rangup tau lotus ni..teringat sampai sekaranglahhh

ayam tandoori ni oka san beli khas untuk kami dari kedai halal...arigato!!dah seminggu kami tak jumpa ayam..hari kelapan baru dapat makan ayam ni haaa...hahahahha

parents Taichi sangat cool orangnya lebih2 lagi mak Taichi...sibuk memanjang hidangkan kami macam2 sambil bercerita. 


ni namanya Edamame..sape yg selalu pegi sushi king taulah kacang ni..
kitorg memang suka makan kacang ni..sedap!lagi sedap dari kacang peas

lepas satu2 mak Taichi hidang makanan..ni pulak buah epal jepun & anggur tanpa biji..kenyang gilerr dah masa ni...

yg kami pegang tu instruments yg mak Taichi selalu main...macam seruling lah..

keluar lagi dessert!aduhaiii time ni sebenarnya dah takbole masuk pon..tgk dessert ni pon macam manis jekkk


aku cuba jugaklah..dalam ada inti kacang merah tapi makan sikit jek sebab manis!

bergambar dengan family Taichi...seronok dapat merasa suasana kehidupan rakyat Jepun & kenal dengan family Taichi yg friendly macam Taichi jugak. Mak Taichi sangat comel!!

Sebelum beredar, dapat pulak hadiah dari diorang..aduhaii terharu nokkkk..mak Taichi ucap terima kasih sebab jaga Taichi masa kat Malaysia. Baru perasan rupanya dah dekat 10tahun kami berkenalan & inilah kali pertama kami jumpa family Taichi.

Dulu pernah belikan kaftan untuk mak ngan adik Taichi..tataulahh diorg pakai ke tak..huhuh

Sebelum ke airport, kami singgah lagi kat Don Quijote untuk last minute shopping. Sempat lagi aku beli takoyaki maker dgn bahan2nya sekali....

Sampai airport ngam2 jek..terus check in & kat situ ambil masa lama gak sebab diorang tak bagi handcarry banyak2 walaupon beg kertas. Last2 beg kertas pon kena check in jugak..  





Its time to go back to Malaysia...we had a really fun time in Japan..Thanks to Taichi who had guide us along our journey here!

Kesimpulan yang bole dibuat sepanjang pengembaraan kami di Jepun

  • TIME-mana je pergi it's all about time & management...especially transportation sistem yg sangat effective..even bus pon ada time schedule tau bukan main lenjan je!
  • CLEANLINESS-tak dinafikan memang sangat bersih terutama sekali public toilet..setiap station mesti ada nampak janitor naik moto kecik lampu2 pungut sampah. Mula2 aku ingat diorang jual eskrem..ekekeke
  • TECHNOLOGY-sangat canggih u ollsss...ketinggalan Malaysia nihh..
  • PEOPLE-suka tengok diorang..cara bekerja & sopan santun..peramah & sesetengahnya sentiasa tersenyum, kalau nak bertanya seboleh diorang akan bantu
  • SAFETY-aku rasa kalau nak jalan mana2 pon selamat kot...tak check pulak kadar jenayah kat Jepun ni tapi so far yang kami tengok orang2 kat sini semua well educated..tak nampak pon orang2 yg selekeh minta sedekah bagai

SEKIAN, THE END
Back to Top