Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
2

Hua Mui Kopitiam Johor Bahru


Salam semua! Baru-baru ni, kami berdua ke Johor Bahru & tercapai jugak hasrat untuk ke Kopitiam Hua Mui ni...walaupun dah lebih sedekad menjadi warga Johor 10tahun dahulu tapi tak pernah ku tahu kewujudan kopitiam ni.

Kebetulan tertengok dokumentari kat TV2 awal tahun lepas menceritakan kisah perniagaan turun temurun yang diusahakan oleh keluarga Chiang pada awal 50an. Kopitiam ni merupakan restoran kopitiam yg pertama & tertua di Johor Bahru tau!

banyak sangat pilihan breakfast yg lain dari kopitiam sedia ada...


dekorasi dalaman kopitiam ni masih lagi 'old skool' dengan mengekalkan dekorasi kolonial 50an. Terdapat gambar2 lama di dinding.

apa benda ni pon taktau..macam post box je..

yang paling menarik sekali ialah mereka masih guna method 'takal' untuk menbawa naik makanan yang dipesan pelanggan ke tingkat 1. Kitchen terletak di tingkat bawah.

Sempat lagi makcik ni posing untuk kitorang. Kami perasan makcik ni masuk tv skali bila diorang interview. Tersipu-sipu malu bila kami bagitau...ecehhh...Umurnya dah lewat 50an & sudah bekerja di kopitiam ni lebih 20tahun..sampai sekarang masih kuat lagi berkerja. Katanya sebab minat & mengisi masa lapang. Thumbs up makcik!

kami cuba signature dish kat sini Hainanese Chicken Chop...memang terbaikkk..pagi2 dah mkn chicken chop ye..kenyang giloss.. 

air kopi o & cham pilihan kami..mmg sedap especially cham tu..kacang & wet tissue included


so far makan kat sini mmg highly recommended...kedai ni memang 1 Malaysia..semua kaum ada. Kopitiam ni beroperasi dari jam 8pagi sampai lewat 6petang.

Sapa mau cuba, datanglah ke sini No 131 Jalan Terus, Johor Bahru. Kedainya terletak dekat dengan Pasar Karat, kalau dari Kotaraya tu straight je lalu jalan kecik, kedainya hujung sekali. 

Selamat Mencuba!


2 comments:

Nafisa81 said...

parking susah gile...dah makan sedap2 dapat surat saman pulak...hilang rasa sedap

Anonymous said...

mcm x halal je...kdg-kdg ada kedai ckp halal sb x serve pork...tp kita xtau rempah, sos, minyak dll yg menggunakan bahan bersumberkan babi...haram..Nauuzubbillah

Post a Comment

Back to Top