Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
4

Taman Negara Day 1


Assalamualaikum semua!! Ok kami nak citer pulak percutian mengejut a.k.a last minute plan ke Taman Negara minggu2 lepas.. Actually ni mmg betol2 last minute plan & kerja gila namanya tapi mmg sempoi. Ceritanya camnih, kami berdua mmg plan nk pegi jalan2 tapi tak decide lagi biler & pegi mana. Pastu hubby cakap kalau nak pegi holiday kena cepat plan sblom opismate dier pi cuti bersalin. Last2 kebetulan aku dah start off day besok harinya tu yg tgh malam decide pegi Taman Negara.

Nasib baik kami tau travel agency kat China town tu memang ada wat daily trip ke Taman Negara. Tu pon sebab kami pernah hantar Taichi few years back. Kalau korang berhajat nak pegi Taman Negara, better amik je ngan Han Travel nih. Macam2 pakej ada...full board ada..free&easy pon ada..Senang je carik travel agency nih...korang carik hotel 5 Elements berdepan dengan Swiss Hotel kt China Town tu terus jumpa.

Bas bertolak dari KL ke Kuala Tembeling Jetty kol 8.30am. Oleh kerana aku habis keje kol 7pagi tu so trus je ke sana naik STAR LRT ke Puduraya. Sampai sana lebih kurang 8.15am phewww nasib baik sempat!!Pagi tuh diorang sediakan van je sebab total 9 orang penumpang.

Perjalanan mengambil masa 2-3jam untuk sampai ke jeti. Kebanyakan tourist ke Taman Negara bole dikatakan 90% daripadanya orang putih. Dalam van pon cuma kami berdua je local. Sampailah kat Taman Negara pon mmg kami berdua jelah local yg datang free & easy. Kalau ada pon ramai yang datang ikot rombongan sekolah & company trip.

ni website diorang : http://www.taman-negara.com/main.htm 

ni dah sampai kat jeti..kami xbeli ape2 pon pakej mase kat KL..so kat sini baru nak cari tempat penginapan & book aktiviti. Korang bole jugak book semua ni mase dah tiba kat Taman Negara. Especially utk penginapan bole survey dulu mana yg berkenan. Kat sana lebih 20 chalet/resort yang bole korang pilih. Kami decide book je kat jeti nih lepas mintak pandangan kt receptionist sini. Masa book aktiviti pon kami dapat diskaun. Untuk penginapan pulak kami pilih Agoh chalet bilik standard aircond cuma RM50 satu malam. Cukup murahlah tuh kan???

Tips:lebih untung kalau korang amik asing2 instead of full board. Pilih penginapan & aktiviti sendri & bargain for best price. Banyak je tempat makan kat sana. Bole budget sket.

aktiviti2 yg korang bole buat sepanjang berada kt Taman Negara. Kami pilih 
-Canopy walk & Bukit Teresek
-Orang Asli Settlement
-Rapids Shooting


tak jumpa pulak orang utan kat sana...huhuh

ni dia tempat persinggahan kat Kuala Tembeling. Memang Han Travel paling besar kat sini. Paling menarik diorang ada juga sediakan bas untuk ke Cameron Highlands & Pulau Perhentian DLL. Kalau cuti lama memang kami dah pegi terus ke Pulau Perhentian!! 

sementara nak tunggu boat ke Taman Negara, kami lunch je kat sini. Mostly harga makanan kat sini RM6 ke atas. Fuh mahal ehhh sebab tourist luar ramai tu yang harga up kaw2. Kalau taknak makan sini pon xpe sebab berdekatan sini ada je kedai makan jual lauk kampung.

perjalanan naik bot ke Taman Negara lebih kurang 2 setengah jam. Jauh tuuuuu...macam perjalanan dari KL-JB pulak. Masa ni mmg no idea camne rupa bot yg kami nak naik nanti.


bila diorang kata bole turun barulah nampak bot2 ni menunggu untuk pick up penumpang. I was like "OMG!!Naik boat ni kah????" Selamat ke nih? Patotlah sampai 3jam perjalanan...hahahaha


Everybody safely seated & off we go!!

ohh bila dah naik bot ni barulah rasa selamat & agak terpegun jap. Pengalaman yang sangat2 best. Nampak sempoi je kan? Tapi memang syok..korang bole menikmati keindahan alam sambil hirup udara2 segar. Oleh kerana aku tak cukup tido jadinya tido dalam bot ni jelah..

bole nampak sekumpulan kerbau tengah makan rumput & mandi manda 


Alhamdulillah sampai jugak!!!ni lah dier perkampungan Taman Negara. Banyak floating restaurant kat tepi2 nih...harga agak mahal ye. Kalau local baik korang carik kedai2 tepi jalan. Murah sket.

untuk ke seberang ada jugak diorang sediakan bot dengan bayaran RM1. Mama Chop Restaurant ni mmg deal ngan Han travel. So kat sinilah tempat kami berkumpul untuk aktiviti seterusnya.

masa ni baru sampai,ada briefing sket dari local tour guide. Rupanya ramai lagi yang xde penginapan. So masing2 baru nak mencari. Dalam byk2 penginapan kat sini aku rasa yang paling kelas Mutiara Resort kot. Tapi resort nih terletak kat seberang. Setiap kali nak ke Mama Chop diorang kena naik boat. Resort2 & chalet lain kebanyakannya kat belah Mama chop. Bole jalan kaki ataupon naik van.

Lepas dah check-in chalet, kami berdua berehat dulu sampai ke malam. Malamnya xde aktiviti yg kami amik. Sepatutnya ada jungle night walk tapi hubby xnak so kami just ke Mama Chop untuk dinner jelah & layan Astro. Tourist lain pegi jungle trekking,kami ngadap TV. Okay, ada astro ehhh...diorang bukak 'bini-biniku gangster' malam tuh...hahaha Untuk makluman korang, most of chalet kat sini xde TV tau..kat resort pon xdak..datang sini masuk hutan je ehhh...kihkih


ni lah dier penginapan kami. Alhamdulillah seperti cakap receptionist kt jeti,chalet nih mmg bersih. Sebab tu dier suggest kami amik sini. Baru kami tau, akak kat Mama Chop tu mmg kenal ngan owner Agoh chalet nih. Akak tu cakap lain kali kalau datang nak dok Agoh bagitau sebab dier bole bargain lagi murah.


rumah kecik2 tulah chalet kami

ni dia Mama Chop Restaurant yang liase dengan Han Travel

to be continued....

4 comments:

Yan said...

cantik nyaaa..

mama chop tu..

teringin nak pegi, tapi condition diri je tak memungkinkan..

che'Burn@che'Qis said...

kak yan:pegi taman negara ni,kena ada stamina sket..nape akak xbole pegi?

Anonymous said...

what a lovely couple, memang chantik

jannah 9151 said...

Hai nk tnya bajet harga utk sorg utk aktiviti dan tmpat tinggal brp . Guide pulak mcm mne

Post a Comment

Back to Top