Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
4

Resipi Nasik Arab Mandhi


ni nasik arab damsyik kt Senawang, Seremban

Time2 tengahari nih mmg macam2 ngidam nk makan kan?. So tetiba adik aku suggest nk makan Nasik Arab pulak arini..kebiasaannya mmg kami pi makan kat restoran jek,kalu buat sendri taktaulah apa rasa ekk..bila tgk resipi kt bawah ni mcm senang je nk buat,ape kata kita wat. Mana tau kalu sedap xyah pi restoran bayar mahal2,sepinggan mau RM20++ woo..hahahah...resipi ni aku amik kt BLOGRESIPI 

Cara Penyediaan Nasi Mandhi
  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 cawan air atau secukupnya – **tambah air supaya nasi lembut
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
  • 1/3 cwn kismis
  • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning- guna
  • 1 sk kunyit campur dgn sikit air
  • Garam secukup rasa.
  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  4. #Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  5. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  6. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
Cara Penyediaan Ayam Bakar Untuk Nasi Mandhi
  • 1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )- Akak pn letak rempah kari mcm Mamasya gak..
  • 2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
  • 2 biji lemon ~ dihiris bulat
  • Garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • Aluminium foil.
  1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
  2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
  3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250′c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas. **suhu oven tak sampai 250′c, jadi bakar suhu 220′c selama 1 jam…kemudian buka bakar bawah grill selama 15-20 minit…tu yg nampak sikit2 hitam….
  4. (untuk kambing, kite cuma bakar tak sampai sejam, bila nampak air dah kering dah daging dah lembut, kite tutup oven. Lebih kurang 30 minit gitu)
Cara Penyediaan Sos Untuk Nasi Mandhi
  • 1 biji tomato ~ hiris
  • 5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
  • 1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
  • Garam
  • Gula
  • Perahan lemon.
  1. Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Ulam:
Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung

4 comments:

kemang~ said...

uishh..banyok nye ! abis ke?

Anonymous said...

kemang:ni kitorg share rmai2lahh...mkn sama2 satu2..tafadol giteww..hahah

Wahidah said...

wai x suke sgt nadi mandhi ne..even stay sini mmg wai x explore restoran arab mn yg best...hehehe

Azian Elias said...

boleh cuba ni.

Post a Comment

Back to Top