Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com

Orang Jepun dtg Malaysia...=)


ni masa diorang baru smpai Malaysia

Our bestfriend/foreigners friend Taichi datang lagi Malaysia utk tahun nih. Mamat ni kalu xdtg Malaysia setiap tahun mmg xsah..setakat ni cuma Sarawak ngan Perlis jek dier lom jejak lagi..Next2 year abeslah satu peta Malaysia dier dah round.Kali ni memang dier wat surprise,lg seminggu nk datang baru nk bgtau kitorang. Terkejut jugak sebenarnya. Rupanya agenda utama Taichi nak panjat Gunung Kinabalu. Dulu mmg dier ada bgtau kitorang nk pi KK panjat gunung,ingatkan nk pi skali one day tapi mamat nippon nih dah tak sabar rupanya. Heheheh...For the first time,trip kali ni dier bawak member pulak. Yushi namanya. Hensem jugak kawan Taichi ni,macam Takuya Kimura pulak. Tapi Taichi ckap muka dier mcm Arnold Susahnakeja tuh..ada ke patut???

Surprisingly,ni kali pertama Yushi travel overseas!!Glad to hear that Malaysia is his first destination...Bila tgk Yushi ni,teringat pulak masa mula2 kenal Taichi. Punyalah susah nk communicate. Kita cakap english,dier balas bahasa Jepon.isk3x..tu Taichi yg dulu,skarang ni Taichi punyalah eksen sbb da pandai cakap BM. Dengan Yushi pon dier bole tersasul cakap BM jugak. Blur jek Yushi masa tuh..hahahaha

The day diorang smpai,kami amik kt KLSentral jek..terus bawak pi Jln TAR sbb nak tukar duit. Pastu jalan2 sekitar bazar Ramadhan. Sempat lagi bawak pi Mydin sbb diorang nk beli toiletries. Kami ke Tahara Seafood area Pandan for dinner. Oleh kerana bawak diorang ni berjalan2,buka posa pon lambat sketlah. Diorang nak makan nasi goreng so kami order nasi goreng udang,siakap 2 jiwa (separuh stim,separuh masak cili), kailan ikan masin ngan tomyam putih. Food not bad..diorang berdua abeskan semua lauk,kalah kitorg yg posa nih..=) sedappp katanya..sampai rumah, freshen up..kol 12am hubby bwk diorang pi uptown Danau Kota pulak. Aku tak follow sbb takut lmbat balik. Dahler bsoknya kna keje,naya je nnti.

Next day,lepas anta aku pi keje,hubby bwk diorang pi KLCC. Ingat nk naik twin tower tapi tiket dah full. Bayangkan,masa tu baru kol 7lebih tapi orang punyalah ramai beratur nak naik. Kami berdua ni pon xpenah lagi merasa naik Twin Tower nih..Ciannnn...last2 bawak pi Menara KL & jalan2 area Bukit Bintang. Flight diorang ke KK dlm kol 5.30pm so hubby anta kt KLSentral jek,diorang naik bas ke LCCT.


masa ni kt Jalan TAR...last dinner with them for this year =p

Tadi diorang touchdown dari KK kol 3.30pm, so ada masa lagi sket jalan2. Bawak lagi diorang pi Jalan TAR,SOGO last minute shopping. Taichi beli stok perencah Maggi Tomyam, nasi goreng dsb. Yushi pulak borong biskut Rocky. Katanya kat Jepun biskut tu namanya Pocky. Lepas makan,hantar ke KLSentral sbb flight diorang kol 10.50pm....Sayonara Taichi san & Yushi san...see you again next year hopefully.

pssst:bilalah kami berdua nk jejak Jepun pulak,patutnya awal bulan arituh pi Jepun..tp pasal Tsunami,earthquake ngan nuklear exposure arituh terpaksa cancel plan nk ke sana. Tiket flight pon burnedlah.Insyaallah ada rezeki nnti kami pergi. Taichi pon dah xsaba nk bawak kami jalan2 kt sana.. 

1 comments:

Azian Elias said...

seronok kan bila ada kawan2 dari luar cam ni.

Post a Comment

Back to Top