Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
11

Buah Zuriat ~tips utk dikongsi bersama~


Korang pernah dengar tak pasal khasiat buah zuriat nih? Dulu pernah gak dengar tapi xde pulak kami kirim kt sape2 yg pergi ke Mekah. Alhamdulillah rezeki kami dapat buah ni dari kakak ipar. Katanya ada sedara baru balik dari Mekah. Kebetulan kami masih lagi berusaha untuk dapatkan cahayamata, so kak ipar berilah kami dua biji untuk cuba. Manalah tau kan tetiba melekat pulak. Kita cuma berusaha doa & tawakal saja.



Sebenarnya buah zuriat ini dikenali sebagai buah adam/ buah hawa/buah zuriattin/ buah koka. Semuanya sama. Ia adalah buah asal dari pokok koka yang sekarang ramai orang dok sibuk beli buat gelang pakai kat tangan.

Pokok koka ini ialah pokok yang Nabi Noh a.s. gunakan untuk membina bahteranya ketika banjir dulu. Dikatakan buah zuriat ini amat berkhasiat. Bila direbus ia boleh menyebabkan kita hamil dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan dengan izin Allah.

Buahnya sebesar buah ciku tapi rupanya macam buah kurma. Ia adalah amat keras. Kalau nak pecahkan memang kena guna kudrat orang lelaki dengan sebilah parang. Dalamnya macam sabut kelapa.

Ia didapati di jabal uhud dan jabal rahmah dan gua Hirak. Di situ je yang ada. Harganya 25sen satu. Kalau lima seringgit kot..(tak tahulah sekarang berapa)

Setelah mengupasnya, masukkan dalam air dan rebus lama2. Setiap hari tambahkan air dan rebus sampai hilang khasiatnya. Rasanya orang kata "sedap". Bacalah bismillah diikuti ayat 38 dari al Imran sebanyak 3 x

"RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA"
Cara Makan Buah Zuriat
Ada beberapa cara yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencuba iaitu :-

Cara Pertama

Beberapa rakan arab memberitahu caranya dengan menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat ( tak perlu di belah ) dan kita ibaratkan seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

Cara Kedua

Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Buah di belah kepada dua, dan di ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.

(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya)




"buahnya mmg keras...hubby belah pakai kapak...kat dalam ada buah (biji) n selaput kulit...rebus sekali...jgn kopek selaput kulit (keras)...airnya akan warna perang sket laaa..."

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” ayat 38, surah Ali-Imran

Lebih Lanjut di: http://www.ar-rifke.com/2010/09/ustazah-nor-bahiyah-amalan-suami-isteri-doa-dapat-zuriat.html#ixzz1AJszeuJO

11 comments:

Mummy Zara Sofea said...

insyaallah ade rezeki korang nti..

che'Burn@che'Qis said...

insyaallah...aminnn..tq beb..

Sharifah said...

tq for sharing

PelikBinAjaib said...

Banyak khasiat buah zuriat nie. Macam-macam cara makan buah zuriat nie. Kat Malaysia tak beleh tanam ka buah zuriat.

Anonymous said...

saya pn da bli jg buah ne,buah ne mmg bgs,sy bru minum 2 hari pn da ader kesan positif,,insyllh mga2 usaha kali ne mbuahkan hasil...:e

Siti Rohaida said...

Baru dapat buah zuriat nie..insyallah..nk mencuba...moga-moga dengan izin Allah,berkesan la hendaknya...

Anonymous said...

assalamu alaikum.....saya puan fatimah saya juga ada jual buah zuriat& serbuk debunga kurma harganya sangat berpatutan siapa yang minat sila sms saya 013-2737078 segera ini juga my emil buahzuriat@yahoo.com
ikhlas
puan fatima

GURL WHO LUV... said...

nak tanya sikit ye, yg sabut kat luar tu rebus skali ke? xbrp nk phm...TQ =)

farawayshoppe said...

salam..tumpang iklan..
kami ada jual buah zuriat, murah saja..
hanya rm40=10biji..knape murah?krn kami poskan terus dr madinah..boleh lawati fb kami, Faraway Shoppe utk lebih byk pilihan.. =)
salam..

Pn Mardhiah said...

Salam,

Buah Zuriat Adam Hawa ini datangnya dari tanah arab terutama dari mekah, ia sebagai petua iktiar untuk hamil,sebagai ubat untuk merawat kesuburan. bukan sebagai penentu untuk dapat anak atau tidak, namun tidak salah mencuba, dan ramai juga yang telah berjaya hamil dengan usaha kecil ini dan dengan izin Allah, Allah nak beri itu dengan bermacam cara. selain utk kehamilan, ia juga bagus merawat piriod yang tak teratur, melawaskan ovum dan membantu kesuburan lelaki juga. kaedah penggunaannya berbeza2 namun semuanya boleh digunapakai

bagi sesiapa yang mencari buah zuriat adam hawa ini, tidak perlu lagi susah hati, kerana saya juga ada memasarkan dari tanah arab, ada berbagai jenis, ada yang dah siap kapsulkan, ada yang sudah dijadikan pati jus, ada yang sudah dihancurkan dan masih belum proses pun ada.

bagi semua yang sedang mengusahakan mendapatkan zuriat, saya sarankan sangat untuk mengamalkan bersama2 debunga kurma, debunga kurma ini adalah debu dari pohon kurma, bagus utk menguatkan rahim, mengurangkan risioko keguguran, merawat sperma yang rosak dan memekatkan air mani

cara penggunaan setiap produk akan diberikan bersama barangan

anda boleh SMS 0194344930 untuk mendapatkan harga, juga boleh click link dibawah ini utk testimoni

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=204053036393923&set=a.204052783060615.53496.145535915578969&type=3&theater

Ismail Azli said...

Saya mendapat buah zuriat ni dari rakan... Dia menasihatti saya untuk mencubanya kerana saya suami isteri telah lama mencuba untuk mendapatkan zuriat... Insyallah moga2 dengan keizinan Allah, berkesanlah hendaknya...

Post a Comment

Back to Top