Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com

Sanrio Hello Kitty Town Malaysia-Nusajaya Johor

Satu lagi tarikan di Johor khas untuk peminat Hello Kitty & cartoon characters yg lain macam Bob the Builders, Barney & Friends, Thomas & Friends etc selain LEGOLAND & JPO (Johor Premium Outlet). Hello Kitty town ni baru je dibuka 26 October 2012 lalu & merupakan indoor theme park.

Masa pegi semalam rasanya lagi satu floor akan dibuka untuk Lat's Place pulak...Kebetulan rumah Kak Ipar berdekatan je dengan tempat ni, jadinya kami ajak mereka ke sini.

bawa si kecik Tuah & Rifqi ke Puteri Habour Family Theme Park..masa ni diorang excited lagi..separuh jalan dua2 sudah lentok! Nasib baik sampai je diorang bangun sendiri.



Entrance -ada Hello Kitty cafe kat sini

Cara-cara kesana:

From Kuala Lumpur Plus highway, take exit 253 to Senai Airport/Tuas and proceed to Exit 311 showing way to Kota Iskandar. Continue towards Kota Iskandar and proceed to Puteri Harbour. Hello Kitty Land is sited next to Puteri Harbour.
From Singapore second link at Tuas, proceed towards Kota Iskandar. Take exit 312 which will take you to Kota Iskandar. Thence, look for direction to Puteri Harbour. Hello Kitty is sited next to Puteri Harbour.
From Johor Bahru, take the new Coastal Highway to Kota Iskandar after passing Danga Bay. Take the direction to Puteri Harbour. Hello Kitty is next to Puteri Harbour.

Look for the RED CUBE building to go to Hello Kitty Town


Oleh kerana budak kecik yg dibawa semuanya lelaki termasuk papa & pakcu, makcu kenalah mengalah nak masuk Hello Kitty town...sob..sob..For Malaysian please ensure to bring your Mykad for verification okay!

Entrance fee for Hello Kitty and Little Big Club is RM65 (foreigner) and RM50 (Malaysian). The combined 2 parks' ticket will cost RM110 (foreigner) & RM85 (Malaysian) each.
Children below 3 years old will be allowed free entry whilst children above 3 years old will be treated as adult. Tickets can be purchased at the counter. There are at present no bulk ticket purchase with rebates. Online ticketing is also available at www.redtix.airasia.com


Aktiviti yang disediakan..take note theme park dibuka dari jam 10am-6pm sahaja



jom kita naik train Thomas & friends...hahah

bas ni pusing2 ke atas siap reverse belakang plak..heheh

ada skrin besar showing cartoons...ramai budak2 leka tengok

Banyak lagi permainan lain tapi kebanyakkannya sesuai untuk budak2..nasib baik bawak Tuah & Rifqi, melayan diorang yang excited buat kita pon seronok.

Sapa yang ada anak kecil memang sesuai sangat datang sini, mesti mereka teruja tapi harga tiket mahal pada aku. Bayangkan kalau anak ada 5orang campur parents lagi?? Perghhhh koyakk..

Kami cover semua tempat dalam masa 2jam je..tu pon dah kepenatan. Berpeluh2 Tuah & Rifqi berkejaran dalam tu.


Macam biasa bila exit je mesti lalu souvenier shop kan...mmg banyak merchandise yang dijual & koyak lagilah poket parents korang...hahahhaha

Aku just beli Fridge Magnet The Little Big Club berharga RM9.90...tak jumpa pulak FM Hello Kitty. Bolelah untuk kenangan ye tak??





2

Hua Mui Kopitiam Johor Bahru


Salam semua! Baru-baru ni, kami berdua ke Johor Bahru & tercapai jugak hasrat untuk ke Kopitiam Hua Mui ni...walaupun dah lebih sedekad menjadi warga Johor 10tahun dahulu tapi tak pernah ku tahu kewujudan kopitiam ni.

Kebetulan tertengok dokumentari kat TV2 awal tahun lepas menceritakan kisah perniagaan turun temurun yang diusahakan oleh keluarga Chiang pada awal 50an. Kopitiam ni merupakan restoran kopitiam yg pertama & tertua di Johor Bahru tau!

banyak sangat pilihan breakfast yg lain dari kopitiam sedia ada...


dekorasi dalaman kopitiam ni masih lagi 'old skool' dengan mengekalkan dekorasi kolonial 50an. Terdapat gambar2 lama di dinding.

apa benda ni pon taktau..macam post box je..

yang paling menarik sekali ialah mereka masih guna method 'takal' untuk menbawa naik makanan yang dipesan pelanggan ke tingkat 1. Kitchen terletak di tingkat bawah.

Sempat lagi makcik ni posing untuk kitorang. Kami perasan makcik ni masuk tv skali bila diorang interview. Tersipu-sipu malu bila kami bagitau...ecehhh...Umurnya dah lewat 50an & sudah bekerja di kopitiam ni lebih 20tahun..sampai sekarang masih kuat lagi berkerja. Katanya sebab minat & mengisi masa lapang. Thumbs up makcik!

kami cuba signature dish kat sini Hainanese Chicken Chop...memang terbaikkk..pagi2 dah mkn chicken chop ye..kenyang giloss.. 

air kopi o & cham pilihan kami..mmg sedap especially cham tu..kacang & wet tissue included


so far makan kat sini mmg highly recommended...kedai ni memang 1 Malaysia..semua kaum ada. Kopitiam ni beroperasi dari jam 8pagi sampai lewat 6petang.

Sapa mau cuba, datanglah ke sini No 131 Jalan Terus, Johor Bahru. Kedainya terletak dekat dengan Pasar Karat, kalau dari Kotaraya tu straight je lalu jalan kecik, kedainya hujung sekali. 

Selamat Mencuba!


Back to Top