Oleh kerana kami takda apa2 aktiviti pada hari terakhir...jadinya kami decide nak buat diving lagi sekali..kebetulan kitorang dah 'racun' couple cina tu try jugak diving walaupon pada mulanya diorang hesitate jugak sebab takut..kami join skalilah ngan diorang...kitorang cuma tambah rm100 sorang je untuk dive kali nih..flight malam jadi masih banyak masa lagi..hehe
CB bangun awal & kuar sebelum sunrise sebab nak amik gambo..aku malas nak ikut..
pagi tu, ada lagi bajau laut datang jual seafood. Kami beli sotong ngan slipper lobster untuk lunch. Sotong tu besor gilerrr!!!Ada pulak lobster kali ni, tapi aku tak beli pon...huhu
offer at Arung Hayat
Diorang pon sama jugak macam kitorang,kena belajar apa yang patot dari tok guru Alex & Fabiana. So kitorang pon tumpang dengar jugaklah. Dive kali ni kami ditemani oleh Hanif, apa2 pon Hanif jaga kitorang sbb Alex & Fabiana kena sentiasa berada dengan Kong & Jo...
diving kali ni tak berapa best sebab air keruh & berpasir..tak taulah pasaipa sebab hari semalamnya elok je kami dive..crystal clear..sian kat kong & jo sbb diorang ada juga amik video sbg kenangan2 tapi Fabiana cakap video tak berapa clear masa kat dasar.
lauk tengahari kami di Arung Hayat
sotong goreng tepung yg mabeles!
nice jugak slipper lobster nih...
zulhuzaimy & diana danielle
nabila pon pernah menginap kat Arung Hayat
Thanks alot Hanif,Alex & Fabiana
kitorang pon nak enterprame jugakkkk...huhuhu
bye2 Arung Hayat,moga ketemu lagi!!
Okeh,sampai je kami kat jetty Semporna, dah ada orang menunggu kami. Kalau tak silap masa tu kol 4/5. Jadi kami request nak ke pekan Tawau sebelum ke Airport. Mujur kitorg dah siap check-in, jadinya sempat lagi. Pak supir bawak kami terus ke pasar. Masa tu banyak kedai dah tutup. Adalah 2-3 kedai yg masih buka. Apalagi boronggggg...
Since kami tak beli apa2 pon kat Mabul/Semporna, jadi kat Tawau ni beli jelah untuk dibawa balik ke semenanjung as souvenier.
kuih bangkit kelapa
keropok emplang
kuih burasak
borong keychain kat sini...
Semuanya last minute shopping tapi alhamdulillah sempat beli apa yang patut & terus rushing ke airport. Trip kali ni memang berbaloi2...hubbyku sangat suka sebab more relaxing...dier dah gian nak datang sini lagi...insyaAllah one day kita repeat lagi yeh!!!!Aim kami nak amik diving license dulu & dive kat Sipadan!!!
Ohh budget utk trip kali nih lebih kurang seperti di bawah;
transportation tawau-semporna-tawau :RM200
penginapan di Dragon Inn:RM50
3H2M pakej di Arung Hayat(penginapan,food,snorkeling):RM400/pax
DSD(discover scuba diving):RM150/pax---2nd dive RM100/pax
under water camera: RM50 (shot by Hanif)
Anything regarding stay kat Arung Hayat, korang bole klik kat SipadanAdventures atau pon terus direct berhubung dengan owner Arung Hayat Hanif Ahmad. Hanif akan sedia membantu anda!!