Sekarangkan tengah femes apam dot dot yg colourful nih...so aku pon dengan semangat kobar-kobar nak try jugaklah buat...alhamdulillah menjadi jugaklah walaupon tak berapa gebu. Takpe next time bole cuba lagi kann...seronok jugak wat apam nih, a bit tricky tapi bila tengok hasilnya...sayang pulak nak makan..hihih..aku letak inti coklat kat tengah2 tu...kalau rajin,memang bole wat meniaga kan?hehehe
inilah hasilnya
siap bawak pi keje bagi operator aku rase..
RESIPINYA SEPERTI DI BAWAH
Bahan-bahan
- 3 biji telur - dari peti sejuk
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus - hana kurangkan
- 150gm susu segar
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovallete
- Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
- Pewarna
Cara-cara
- Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
- Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
- Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
- Picitkan blueberry filling secukupnya.
- Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
- Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE :
- Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
- Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.