Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com

Mabul Day 2 Snorkeling at Paradise!!!


Let the pics speaks by itself.....


















































Mabul Day 2

 Pemandangan indah diwaktu pagi-Dragon Inn


depan opis Arung Hayat

Sambung hari kedua dimana hari yg kami tunggu2 untuk ke Pulau Mabul. Lepas bersiap & check out dari Dragon Inn, kami terus mencari opis Arung Hayat yg berdekatan je dengan hotel..saja nak konfemkan kol bape nak gerak & tumpang beg sebab nak pegi bekfes dulu.

Oleh kerana masih ada masa lagi, kami terus pi carik sarapan di kedai2 berdekatan. Singgah kedai mamak makan roti canai (ekceli ingatkan kedai melayu). Makanan biasa2 aje, mintak teh o tapi dapat yg pahit. Ingat aku ni ada sembelit ke hape..cehh

ada ternampak sekumpulan nelayan tengah jual ikan..ikan tuna rasanya,besor tuhhh..



Ohh lupa nak cakap, Arung Hayat pon ada kapal tau utk korang stay bole muat ramai orang..lupa pulak berapa capacity dalam satu masa..so dalam perjalanan ke kedai makan mmg nampak kapal Arung Hayat kt tepi pantai, diorang pesan soh tunggu kat situ je sbb nanti ada orang pi amik.

ni lah kapalnya Arung Hayat Liveaboard

Dalam tengah menikmati roti canai & teh o pahit tu, tetiba owner Arung Hayat Hanif namanya tegur kami. Lorrr muda belia rupanya Hanif nihh..bole jadi geng lah nampaknya. Dier ajak lepak2 dulu sementara nak tunggu boat siap. Sempat jugaklah berbual2 sket2 pasal Pulau Mabul.

Kami gerak ke Mabul naik boat kecik jek,bukan kapal tu ye..itu pon dah laju dah.

Our instructor-Alex & Fabiana..both from Italy
Masa ni masing-masing malu2 kucing lagi..segan nak bertegur sapa..heheh


Dari apa yang kitorang baca,Pulau Mabul sangat kecik..korang boleh jelajah satu pulau rasanya tak sampai 30minit. Sepanjang pulau memang penuh dengan resort/hotel budget khas untuk tetamu luar. Pilih saja mana korang nak ikot kesenangan budget masing2. Terpulang pada korang samada nak book siap2 ataupon terjah terus.


Sampai2 je terus nampak chalet uncle Chang...cantik jugak chalet diorang ni..bisness berkembang maju nampak



inilah dier penginapan kami for 3D2N Arung Hayat Homestay

bilik very basic tapi selesa..

Sampai saja Arung Hayat, terus check-in bilik. Ingatkan nak rehat2 dulu, tapi letrik xdak pulak. Kipas tak berpusing di waktu panas membara. Bila check ngan Hanif rupanya satu pulau mmg xde letrik kalau siang hari. Diorang depends pada generator saja. Cost lebih mahal sbb diorang guna minyak diesel. Mungkin resort yg mahal2 tu adalah kot. Kalau kat hotel2 budget tu mmg xdaklah. Even aku tgk rumah2 penduduk kampung kat situ pon xde letrik. Kesimpulannya aku rasa diorang xdak peti ais. Eh?

budak ni mintak sedekah "nk makan" katanya...cian pulak aku tgk

Sementara belum ada aktiviti, kami jalan2 sekitar pulau dulu. Saja nak jenguk orang kampung. Tengok kehidupan diorang sangat simple, takyah pening2 masalah kerja..xyah rimas dengan kesibukan kota..apa yang  ada,itu jelah yg diorang buat. Seronok tengok anak-anak kecik main2 dgn permainan yg diorg reka sendiri. Sungguh leka & asyik. Ada jugak yg peramah, mungkin dah terbiasa dgn kunjungan tourist yg sentiasa datang.








Tiba waktu makan tengahari, lauk memang mengancam abes! Ada ikan tuna, ketam, sayur, ayam...semuanya sedap!! Satu yg kami paling suka kat Arung Hayat adalah food diorang. Sepanjang kami stay kat sini,so far semua lauk yg diorg serve mencapai kepuasan. Sedap & Mantap. Korang cakap je nak makan ape, insyaAllah akan dimakbulkan. heheheh
  












Petang sikit baru Hanif bawak kitorang pi snorkeling. Lupa pulak, masa gerak naik boat dari Semporna..ada satu couple omputih join kitorang sekali. Ingatkan diorang ni customer Arung Hayat rupanya diorang ni bekerja dengan Arung Hayat as Diving Instructor. Since kitorang dah booked awal2 utk DSD (Discovery Scuba Diving) so diorang ni lah yang akan ajar kitorang nanti.










Malam sudah tiba, masa untuk makan malam pulak...sempat kami ketiduran kejap sbb kepenatan bersnorkeling tak sedar langsung sampailah diorang pi ketuk pintu bagitau "dinner is ready"...hahahhah






Mamat Cina ni namanya Ted. Australian rupanya tapi lahir kat Malaysia. Kalau tak silap ada sedara kat Malaysia jugak.. Family dier migrate ke Aussie & menetap kat sana. Sangat friendly orangnya & sentiasa tersenyum


Thanks Ted for snapping this pic for us


Next entry "Snorkeling at Paradise 1"...tungguuuu...
4

First Trip of the Year 2012

Assalamualaikum semua!!

Baru2 ni, kami berdua pergi bercuti ke sebuah pulau di Laut Sulawesi, perairan Sabah. Jalan2 makan angin kat dlm Malaysia je. Tapi super best woo!! Trip kali ni merupakan pembuka untuk tahun 2012 buat kami berdua. Mudah2an akan ada trip yg berikutnya selepas ini, insyaAllah.

Actually, the main reason ke sini adalah sebab CB tringin sgt nk pegi pulau, main air katanya untuk menikmati keindahan salah satu pulau yg tercantik di dunia iaitu...PULAU MABUL!! Woot woot! hehe..

Well, mcm biasa segala preparation untuk tempat tinggal & aktiviti kat sini semua dah siap book awal2. Tq kpd Abg Laili Basir sbb tolong setel sumernya. (Fyi, Laili Basir buat sumer outdoors activity kat dlm Malaysia ni. Dia ni kira Otai Outdoor la. Semua dia sebat. But u dun woli, harga tetap harga kawan2. hehe..itu yg penting sbenarnya!)

Kami amik penerbangan AA dr LCCT petang dlm kol 3.35 gitu & dijangka tiba di Airport Tawau jam 6.00-6.30 pm. (Untuk info: Kalo korg nk gi Pulau Mabul/Sipadan/Mataking/Kapalai, korg kene amik flight ke Tawau). Flight dlm 2 jam - 2 jam lebih depends pd 'air traffic'. Yelah, mana x jem kalo time tu la Superman nk terbang, time tulah burung2 berkicauan nk terbang..okxlawak. 



Keluar je dr perut burung besi, kitorgnye transporter dah call tanya dah smpi ke blum..bagus tol. Abg Hasbi namanya. Tp muka dia 'Pakcik-pakcik' la.. kalao nk taw no phon dia..bayar la..ingt free ke? ekekeke...

So kami pon naik van dia (Untuk info: van dia dr luar mcm bas angkut2 kat area KK tp sgt selesa sbb kerusi stail sofa empuk) ke Semporna. Perjalanan ke Semporna lebih kurang sejam sengah. (Untuk info lagi: Pada sapa2 yg naik teksi/van ke Semporna akan dikenakan caj rm95 sehala utk satu teksi/van. Kalau ramai yg datang bolelah korang tong2 duet, jimat sket).

Keadaan jalan on the way ke Semporna agak bumpy sket. Mungkin ada lalu kawasan tanah merah tanpa tar kot atau banyak lubang sepanjang jalan..kami xsure. Anyway, sbb malam gelap jadi xnampak keadaan jalan masa tu.

Oleh kerana flight kami lewat, jadinya kene bermalam di Semporna dulu.


Sampai saja Semporna,kami terus check in ke Dragon Inn (Floating Hotel). Memang gah Dragon Inn ni & tempat pon sangat strategik sebab bersebelahan dengan Jeti Umum Semporna untuk ke Pulau2 kecik sekitar (biasanya org kampung je yg naik jeti umum ni). Since sampai pon dah lewat malam, besok pagi2 lg dah nak gerak ke Mabul.. jadinya kami decide utk amik Long House jek..ala2 'dorm' gitu. So, bear in mind..kalao dorm, toilet kat luar la ye!

Nasib kami baik sbb xde customer lain yang stay kt dorm tu. Mula2 agak nebes jugaklah, yelah nak kena share bilik dgn strangers (CQ yg takut2 sbb xbiasa..kalo x, biler lg kan..? hehe) So malam tu kami berdua jelah tido, keadaan katil biasa je.. bayo ciput jadinya toksah cakap banyak..cumanya lepas nih xmau dah stay kat dorm. hihihi...






Oleh kerana perut sudah lapar,lepas check in kami jalan kaki sket untuk cari makan. Masih ada kedai makan yg beroperasi jadi pilih je mana yg berkenan. Dekat je ngan Dragon inn tu ada restoran nama Archapelago kot..ehh lupa dah namanya..tapi rmai yg feedback restoran ni kurengg..jadinya kami ke D' Samudera Cafe. Kalau korang nk carik, korang kene pusing2 skit..br jumpa.

Nampak ramai je org kt sini, lagipon kedai ni ada jual sayap ayam ngan satay. CB order in house specialty - 'Nasi Aspal' (Nasi putih, ayam goreng, sayur campur), aku pulak order Mihun Sup & Sayap Ayam. Yang bestnya, malam tu jadi candle light dinner sebab tetiba semua kawasan blackout lebih kurang 20minit. 



Sib baik ade eletrik balik, then habiskan makan & terus balik ke Dragon Inn...zzZzzZZZzz..




0

Kaput!

0

Living your life to the fullest.

Back to Top