Pemandangan indah diwaktu pagi-Dragon Inn
depan opis Arung Hayat
Oleh kerana masih ada masa lagi, kami terus pi carik sarapan di kedai2 berdekatan. Singgah kedai mamak makan roti canai (ekceli ingatkan kedai melayu). Makanan biasa2 aje, mintak teh o tapi dapat yg pahit. Ingat aku ni ada sembelit ke hape..cehh
ada ternampak sekumpulan nelayan tengah jual ikan..ikan tuna rasanya,besor tuhhh..
Ohh lupa nak cakap, Arung Hayat pon ada kapal tau utk korang stay bole muat ramai orang..lupa pulak berapa capacity dalam satu masa..so dalam perjalanan ke kedai makan mmg nampak kapal Arung Hayat kt tepi pantai, diorang pesan soh tunggu kat situ je sbb nanti ada orang pi amik.
ni lah kapalnya Arung Hayat Liveaboard
Kami gerak ke Mabul naik boat kecik jek,bukan kapal tu ye..itu pon dah laju dah.
Our instructor-Alex & Fabiana..both from Italy
Masa ni masing-masing malu2 kucing lagi..segan nak bertegur sapa..heheh
Sampai2 je terus nampak chalet uncle Chang...cantik jugak chalet diorang ni..bisness berkembang maju nampak
inilah dier penginapan kami for 3D2N Arung Hayat Homestay
bilik very basic tapi selesa..
Sampai saja Arung Hayat, terus check-in bilik. Ingatkan nak rehat2 dulu, tapi letrik xdak pulak. Kipas tak berpusing di waktu panas membara. Bila check ngan Hanif rupanya satu pulau mmg xde letrik kalau siang hari. Diorang depends pada generator saja. Cost lebih mahal sbb diorang guna minyak diesel. Mungkin resort yg mahal2 tu adalah kot. Kalau kat hotel2 budget tu mmg xdaklah. Even aku tgk rumah2 penduduk kampung kat situ pon xde letrik. Kesimpulannya aku rasa diorang xdak peti ais. Eh?
budak ni mintak sedekah "nk makan" katanya...cian pulak aku tgk
Sementara belum ada aktiviti, kami jalan2 sekitar pulau dulu. Saja nak jenguk orang kampung. Tengok kehidupan diorang sangat simple, takyah pening2 masalah kerja..xyah rimas dengan kesibukan kota..apa yang ada,itu jelah yg diorang buat. Seronok tengok anak-anak kecik main2 dgn permainan yg diorg reka sendiri. Sungguh leka & asyik. Ada jugak yg peramah, mungkin dah terbiasa dgn kunjungan tourist yg sentiasa datang.
Tiba waktu makan tengahari, lauk memang mengancam abes! Ada ikan tuna, ketam, sayur, ayam...semuanya sedap!! Satu yg kami paling suka kat Arung Hayat adalah food diorang. Sepanjang kami stay kat sini,so far semua lauk yg diorg serve mencapai kepuasan. Sedap & Mantap. Korang cakap je nak makan ape, insyaAllah akan dimakbulkan. heheheh
Petang sikit baru Hanif bawak kitorang pi snorkeling. Lupa pulak, masa gerak naik boat dari Semporna..ada satu couple omputih join kitorang sekali. Ingatkan diorang ni customer Arung Hayat rupanya diorang ni bekerja dengan Arung Hayat as Diving Instructor. Since kitorang dah booked awal2 utk DSD (Discovery Scuba Diving) so diorang ni lah yang akan ajar kitorang nanti.
Malam sudah tiba, masa untuk makan malam pulak...sempat kami ketiduran kejap sbb kepenatan bersnorkeling tak sedar langsung sampailah diorang pi ketuk pintu bagitau "dinner is ready"...hahahhah
Mamat Cina ni namanya Ted. Australian rupanya tapi lahir kat Malaysia. Kalau tak silap ada sedara kat Malaysia jugak.. Family dier migrate ke Aussie & menetap kat sana. Sangat friendly orangnya & sentiasa tersenyum
Thanks Ted for snapping this pic for us
Next entry "Snorkeling at Paradise 1"...tungguuuu...
1 comments:
teringin nak pergi mabul/sipadan...berapa ye kos dia? mahal sgt tak? hehe
Post a Comment