Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
4

First Trip of the Year 2012

Assalamualaikum semua!!

Baru2 ni, kami berdua pergi bercuti ke sebuah pulau di Laut Sulawesi, perairan Sabah. Jalan2 makan angin kat dlm Malaysia je. Tapi super best woo!! Trip kali ni merupakan pembuka untuk tahun 2012 buat kami berdua. Mudah2an akan ada trip yg berikutnya selepas ini, insyaAllah.

Actually, the main reason ke sini adalah sebab CB tringin sgt nk pegi pulau, main air katanya untuk menikmati keindahan salah satu pulau yg tercantik di dunia iaitu...PULAU MABUL!! Woot woot! hehe..

Well, mcm biasa segala preparation untuk tempat tinggal & aktiviti kat sini semua dah siap book awal2. Tq kpd Abg Laili Basir sbb tolong setel sumernya. (Fyi, Laili Basir buat sumer outdoors activity kat dlm Malaysia ni. Dia ni kira Otai Outdoor la. Semua dia sebat. But u dun woli, harga tetap harga kawan2. hehe..itu yg penting sbenarnya!)

Kami amik penerbangan AA dr LCCT petang dlm kol 3.35 gitu & dijangka tiba di Airport Tawau jam 6.00-6.30 pm. (Untuk info: Kalo korg nk gi Pulau Mabul/Sipadan/Mataking/Kapalai, korg kene amik flight ke Tawau). Flight dlm 2 jam - 2 jam lebih depends pd 'air traffic'. Yelah, mana x jem kalo time tu la Superman nk terbang, time tulah burung2 berkicauan nk terbang..okxlawak. 



Keluar je dr perut burung besi, kitorgnye transporter dah call tanya dah smpi ke blum..bagus tol. Abg Hasbi namanya. Tp muka dia 'Pakcik-pakcik' la.. kalao nk taw no phon dia..bayar la..ingt free ke? ekekeke...

So kami pon naik van dia (Untuk info: van dia dr luar mcm bas angkut2 kat area KK tp sgt selesa sbb kerusi stail sofa empuk) ke Semporna. Perjalanan ke Semporna lebih kurang sejam sengah. (Untuk info lagi: Pada sapa2 yg naik teksi/van ke Semporna akan dikenakan caj rm95 sehala utk satu teksi/van. Kalau ramai yg datang bolelah korang tong2 duet, jimat sket).

Keadaan jalan on the way ke Semporna agak bumpy sket. Mungkin ada lalu kawasan tanah merah tanpa tar kot atau banyak lubang sepanjang jalan..kami xsure. Anyway, sbb malam gelap jadi xnampak keadaan jalan masa tu.

Oleh kerana flight kami lewat, jadinya kene bermalam di Semporna dulu.


Sampai saja Semporna,kami terus check in ke Dragon Inn (Floating Hotel). Memang gah Dragon Inn ni & tempat pon sangat strategik sebab bersebelahan dengan Jeti Umum Semporna untuk ke Pulau2 kecik sekitar (biasanya org kampung je yg naik jeti umum ni). Since sampai pon dah lewat malam, besok pagi2 lg dah nak gerak ke Mabul.. jadinya kami decide utk amik Long House jek..ala2 'dorm' gitu. So, bear in mind..kalao dorm, toilet kat luar la ye!

Nasib kami baik sbb xde customer lain yang stay kt dorm tu. Mula2 agak nebes jugaklah, yelah nak kena share bilik dgn strangers (CQ yg takut2 sbb xbiasa..kalo x, biler lg kan..? hehe) So malam tu kami berdua jelah tido, keadaan katil biasa je.. bayo ciput jadinya toksah cakap banyak..cumanya lepas nih xmau dah stay kat dorm. hihihi...






Oleh kerana perut sudah lapar,lepas check in kami jalan kaki sket untuk cari makan. Masih ada kedai makan yg beroperasi jadi pilih je mana yg berkenan. Dekat je ngan Dragon inn tu ada restoran nama Archapelago kot..ehh lupa dah namanya..tapi rmai yg feedback restoran ni kurengg..jadinya kami ke D' Samudera Cafe. Kalau korang nk carik, korang kene pusing2 skit..br jumpa.

Nampak ramai je org kt sini, lagipon kedai ni ada jual sayap ayam ngan satay. CB order in house specialty - 'Nasi Aspal' (Nasi putih, ayam goreng, sayur campur), aku pulak order Mihun Sup & Sayap Ayam. Yang bestnya, malam tu jadi candle light dinner sebab tetiba semua kawasan blackout lebih kurang 20minit. 



Sib baik ade eletrik balik, then habiskan makan & terus balik ke Dragon Inn...zzZzzZZZzz..




4 comments:

sepul said...

Hoiiiiiiiiiiii baru nak feeling feeling baca dah abih! Cepat cepat next entry

Azian Elias said...

selagi belum ada 'handbag' n kan qis, mmg best n peluang u jalan bersungguh.. akak suka tgk tau.

che'Burn@che'Qis said...

Encik Sepul - hahaha...insyAllah. kitorg busy wei!

Puan Azian Elias - nak 'handbag'....

aysya said...

Oh.. wow...~!! Laili Basir brings me to u ;)

Post a Comment

Back to Top