We are going to JAPAN!!
Moshi-moshi!It's the day tomorrow!!We are very excited & nervous!! Taichi yang kat sana pon dah tak sabar menanti kami sampai...Hampir setiap hari dia call & whatsapp.Inilah kali pertama kami akan menjejakkan kaki ke bumi matahari terbit & syukur ada kawan yang sudi menolong kami sepanjang berada disana..but Taichi tak akan bersama kami utk semua 8hari sebab dier bekerja, so pandai2lah kami nanti.
Sebelum tu nak share dulu few preparation yang perlu dibuat sebelum 'confirm' masuk Jepun. First thing first haruslah kena ada tiket kapal terbang ye tak?? We manage to get AirAsia X for RM1700++ for 2 pax..oklah kan? quite cheap jugaklah..
Next thing & very important is to get your VISA! Ramai yang sedia maklum, bukan senang nak masuk Jepun ni ye sebab cost of living sangatlah tinggi..sebab tu syarat yg dikenakan untuk apply visa pon amatlah strict. Berpeluh dibuatnya masa nak prepare visa ni takot tak lepas! Bawah ni syarat2 untuk apply visa Jepun..kalau tak cukup,memang kena rejectlah applicaton korang.
HOLIDAY AND TRANSIT
1. Original passport -WAJIB lerr..make sure check tarikh luput passport ye
2. One (1) visa application form (downloadable) -form bole download kat website & isi je ikut contoh
3. One (1) photo (4.5cm x 4.5cm) with white background which is taken within 6 month from the visa application and must be pasted on the application form -kami amik photo ni pada tarikh apply visa, pegi je mana2 kedai gambar & bgtau nak gambar visa Jepun. Most of them tau.
4. IItinerary in Japan (downloadable) and for transit purpose, copy of visa to the main destination-yang ni paling lama sekali nak buat sebab leceh! What i do just brief sikit2 je from day 1 until day 8..tak perlu cerita panjang lebar..handwriting sudahh..
5. Employment certificate (original company letter) stating your position, department in the company and length of service(using the company letterhead) -yang ni korang kena apply kat company masing2,so memang tak bole sorok2lah ye..heheh
6. Personal savings, latest current account statement, fixed deposit, Tabung Haji or Amanah Saham Berhad ASB) (original certified true copy by the bank) (need to show the applicant’s name as the account owner,account number and current balance)-kena tunjuk saving pulak ye kawan2..ramai yang bgtau minimum is RM10K for each applicants..it's actually depents sejauh mana & selama mana korang nk berjalan. Kalau nk berjalan jauh make sure prepare maximum amt lah.so kami prepare jelah (nasib ada simpanan), kalau takde pandai2lah korang pinjam2 ye..get certified from bank & setel!
7. Copy of marriage certificate (spouse) or birth certificate (children) to show proof of relationship between the main applicant and the person(s) accompanying -for those yang dah married,korek balik sijil nikah & photostate ye!Pada yang bawak anak kecil,diorang nak surat beranak
|
Kami submit sebelom raya which lagi 3weeks before fly..no worries, kalau takde apa2 silap visa will approve within 3 days. Pagi2 lepas dah pi ASB & tangkap gambar...kami terus ke Japan Embassy yg terletak di Persiaran Stonor. Susah sket nak cari parking kat sini. Pandai2 la korang ye.
Letak IC kat guard pastu kena scan body & handbag (macam kat airport)..handphone kna tinggal kat guard tau.. sampai dalam amik nombor & submit! After diorang check satu-persatu dokumen make sure lengkap then baru kami dapat slip untuk amik visa...("awak bole datang balik dalam masa 3hari ye kat kaunter sebelah, sape2 pon bole amik")
Lepas 3 hari, visa kami sudah dalam genggaman..Alhamdulillah..sebelah kaki sudah jejak!
JR Rail Pass
Since kami akan melawat luar Tokyo juga, so kami decide amik JR Pass which sangat2 lah berbaloi berbanding beli satu2 kat Jepun nanti. Dengan adanya JR pass ni kami bole naik shinkansen sampai muntah!hehehe
Harga tiket ni 28300yen=RM1125++ sorang! Yes, mahal lagi dari tiket flight tapi kalau digunakan sepenuhnya pasti berbaloi! Pass ni bukan untuk train je tau, bas,ferry pon included asalkan from JR line.
Ada few company je yang mewakili Japan untuk distribute JR pass ni..yang paling murah kami cari is from Wendy Tour..bole walk-in je ataupun call dulu untuk appoinment. Staff kat sana memang very friendly. Tanya je apa yg korang nak, they will help you! Selain dari JR Pass, diorang juga bole arrangekan tour kat sana.
Staff ni asyik menerangkan tempat2 menarik kat Jepun..dier suggest melawat Hokkaido/Saporro tapi tak masuk dalam itinerarylah sebab kami akan ke Fukuoka which hujung lagi satu..huhu
Alamat seperti dibawah:
*MALAYSIA WENDY TOUR SDN. BHD. |
Suite 1306-B, 13th Floor Central Plaza, |
34
Jln Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur, Malaysia
|
TEL
03-21454518 FAX 03-21454517
|
Details bole check out sini ye! JAPAN RAIL PASS
I think itu saje kot, yang lain tu selain prepare baju & kami juga ada bawak makanan sikit2 macam nasi impit,serunding,maggie etc..just in case sebab takot susah nak carik makan kat sana...
Taichi pon dah buatkan itinery kami dengan detailnya..siap ada kedai makan??..ekekeke
so we are ready!!
ohh yess, duit belanja kami kat sana baru nak tukar harini..survey last friday the cheapest we get in Jalan TAR is RM4=100yen...mahal weyhhh..duit Jepun sekarang tengah mahal. Redha jelahh..kalau nak tunggu jatuh sampai bila pon tak jejak ye tak?
Doakan perjalanan kami ke sana baik2 saja ye..moga berjumpa lagi! Sayonara!
3 comments:
wahhhhhhhhh.. jepun.. menarik.. have fun! ;)
thanks zette!tak sabo dah ni..have fun also in Cambodia!
Your blog is one of my reference for trip to Tokyo last April. Good info... Love Japan. Nak datang lagi!!!
Post a Comment