Sambung pada hari ketiga kami di Japan. Kami bangun seawal jam 5.15 pagi sebab harus tiba di Shinagawa St untuk naik Shinkansen jam 6.34 pagi...Awal nokkk...dahler aku nih kena masak nasi lemak buat bekal..nasib baikler nasi lemak bukan nasi goreng..huhuh
Hatananodai station ke Oimachi St ikut Oimachi line kena bayar 150yen sorang. Dari Oimachi kami tukar ke JR train ke Shinagawa St. Di sana kami tunggu Shinkansen Hikari 501 ke Shin-Osaka. Masa ni memang sangat excited, yelah first time merasa naik bullet train. Hehehe
ini dier incik shinkansen muncung itik dah sampai
as mentioned in previous post, inilah dier reserved tiket untuk shinkansen dari tokyo-hiroshima-hakata-kyoto-tokyo..
untuk sampai ke Hiroshima, kami perlu turun kat Shin Osaka untuk tukar train. Dari Tokyo 6.34am smpai Shin-Osaka 9.30am naik Hikari & tukar train Sakura 551 9.59am smpai Hiroshima 11.28am..total perjalanan dari Tokyo ke Hiroshima lebih kurang 5jam.
masa naik ni pantas je berlalu..dari kawasan bandar ke kawasan perkampungan pastu masuk bandar balik
kami tahan mata dari tido semata-mata nak tengok view Mount Fuji..tersergam indah depan mata u olls!!since sekarang musim panas jadinya takdelah salji kat atas tu...
ni lah dier NASI LEMAK BENTO...nasi masak malam tu jugak..pagi bangun tinggal rebus telur je..yg lain semua mmg dah ready tinggal bungkus je..hehehe..semua ingredients bawak dari Malaysia termasuklah sambal tumis & santan. Telur ngan timun jelah dari Jepun.. ;p
ittadakimassss...licin diorg berdua makan..padahal aku letak nasi banyak gilerrr..hahah
ni lah train kami..ada tulis Kyushu West Japan..dalam banyak2 shinkansen yg kitorang naik,rasanya ini yg paling laju...tapi mengikut kata Taichi Hikari, Kodama ngan Sakura lebih kurang sama taraf je..
inilah rupanya JR Pass kami yg berlatar belakang Mount Fuji...previous year gambar Tsunami tau..
tunjuk this side kay setiap kali lalu kat officer
Taichi juga pertama kali sampai ke Hiroshima, jadinya nak memudahkan perjalanan kami tanya kat information counter siap2
sempat lagi posing kat sini...nmpak tak kepala kami tu? itu sebenarnya sejenis kuih traditional yg sangat femes kat hiroshima berbentuk maple leaves..berintikan kacang merah.
dari Hiroshima St untuk ke Atomic Bomb Dome, kami perlu menaiki tram # 2..150Yen seorang
akhirnya kami tiba disini..masa ni mode insaf tetiba datang bila teringat kisah dulu dimana disinilah terkorbannya hampir 200,000 orang kesan daripada letupan bom nukleur yg pertama kali dalam sejarah berlaku pada tahun 1952..sedih sangat weyhhh..
ni pulak dibina khas untuk memperingati kanak2 yg terkorban...banyak giler origami dibuat, dicantum & disimpan kat sini
dari Bomb Dome, kami berjalan kaki menuju ke Hiroshima Castle..masa ni mmg sangat mencabarla sebab panas terik & kepenatan
pintu hadapan...masih jauh lagi perjalanan
sempat singgah souvenier shop untuk berehat & menikmati matcha ice cream...sedap gilosss lebih2 lagi tengah panas terik camni..
beli FM kat sini..sempoi je FM tu harga 300yen
haaaa inilah dier rupa kuih tu...agak manis pada aku
almost there!!
ok sampai sudahhh..ingatkan malas nak masuk tapi last2 masuk jugak dengan bayaran 360yen/pax
kat sini bole try traditional costume orang dulu2 tapi pakai sendiri ye...
dah sampai ke puncak di tingkat 5 & sempat beli air..
inilah dier pemandangan bandar Hiroshima
on the way back, Taichi offer naik taxi instead of jalan kaki ke Atomic St tadi..katanya nak kena cepat sbb kejar masa..dalam hati "fuhhh nasib baikkkk...tak larat dah nak jalan kaki masa ni"
dari Atomic St kami ke Nishi Hiroshima St untuk tukar ke JR train ke Miyajima St
jumpa pulak kedai takoyaki kat sini...sebab kelaparan kami pon tapau sebungkus untuk alas perut
sebenarnya Taichi ajak kami makan okonomiyaki -salah satu makanan signature orang Hiroshima tapi kebanyakan kedai yg kami pergi semua hidang 'pork' dalam setiap hidangan...so kami tak nak lah makan...
Taichi agak keciwa masa tuh..(kitorg soh tapau je tapi dier xnak pulak)
siap dapat kipas tangan sempena musim panas
kanak-kanak riang tak sabar nk naik ferry
kami naik feri JR ni which covered dalam JR Pass
YEAY! dah nampak tori gate terpacak ditengah lautan
memang banyak rusa berkeliaran kat sini...takde masalah pon nak pegang cuma perlu lemah lembut
nun kat sana ada beberapa buah temple tapi kami tak sempat pergi sbb kejar masa
muka kepenatan! beli lagi air dari vending machine..kali ni try milk green tea...sedap hoiiii...
sepatutnya kami naik JR train dari Miyajima terus ke Hiroshima St untuk naik shinkansen balik ke Osaka, tapi malangnya train delay lagi sebab ada accident...so kami terpaksa naik tram which ambil masa lebih dari satu jam perjalanan dengan orang yg sangat ramai!
Masa ni terpaksa berdiri sepanjang perjalanan membuatkn aku tersangat letih! Dah konfem2 kami ketinggalan train, jadinya terpaksa amik train seterusnya which gerak ngam2 bila kami sampai...luckily tiket Taichi bole digunapakai lagi walaupon naik train yang berlainan. Kalau kat Malaysia tu alamatnya kena beli tiket barulah..
shinkansen merchandise yg sangat cute!
Alhamdulillah akhirnya kami sampai ke Hakata Station lebih kurang jam 9 malam
berjalan kaki lebih kurang 10mins ke Khaosan Fukuoka
simpan bag & sempat bersihkan diri dulu
tak jauh dari hostel kami naik bas menuju ke hakata bus station
kami tunggu di pintu ke 6 ni untuk ke Yahoo Dome dimana terletaknya HRC Fukuoka
perjalanan agak jauh jugak lebih kurang 30-35mins
pengalaman bila naik bas di Fukuoka ni...enjin bas akan automatik termati dengan sendirinya bila bas berhenti. Bayangkan setiap kali drop/amik penumpang & kat trafic light, setiap kali tulah enjin mati pastu hidup balik...CB dah terasa annoyed pulak..huhuh
plannya kami nak makan kat HRC je tapi malangnya malam tu ada private function pulak & ditutup untuk customer lain
adehhhh kami ni dahler kelaparan pastu tak bole nk makan pulak..pagi makan nasi lemak, siang makan takoyaki sorg dua ketul...tiba malam masing2 kelaparan! dah pujuk manager kat situ pon masih tak dapat seat jugak
lepas dah membeli apa yang patot, kami naik bas balik ke Hakata St. Kat situ kami singgah makan kat Mister Donut, aku order vege ramen
sampai hotel kami terus zzzZZzZzZZ........
what a tiring day....
0 comments:
Post a Comment