Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
0

Journey to Bangkok 16-19 June 2012-Part 3


Hari ketiga kami di bumi Bangkok. Plannya untuk pergi ke The Grand Palace of Bangkok. Kami cuma naik taxi ke sana,perjalanan lebih kurang 15minit je dari hostel. Sampai je sana, kami ditahan oleh locals kat sana. Katanya pintu masuk cuma dibuka jam 10am. Sebab masa tu baru jam 9, ramai yang tengah bersembahyang. Mulalah diorang suggest pergi tempat lain dulu dengan bayaran yg agak tinggi. Kami buat dek jelah & malas nak layan. Pada masa yang sama cuba jugak carik main entrance yg rupanya tak jauh dari  tempat yg kitorang turun pada awalnya tu.

Masa masuk main entrance, punyalah ramai tourist. Yang dalam berkumpulan pon ramai jugak. Kami tengok bole je diorang masuk tanpa sebarang masalah (dalam hati cisss..nsib baik tak tertipu tadi). Lepas beli tiket kalau tak silap 200baht sorang (termasuk tiket masuk ke muzium syiling), kami pon masuk ke kawasan Grand Palace ni. WOW!!! memang sangat indah hasil ukiran & binaan orang Thailand nih..ignore je org2 yg tengah sembahyang, kami ke sini cuma nak menikmati keindahan & ciptaan diorang. Pada aku memang sangat unik & telitilah..Walaupon penat sebab panas terik & ramai orang tapi pengalaman camni mesti digunakan sebaiknya.

In the mean time, aku pulak sibuk berposing dengan poster AA sebab nak masuk contest punya pasal. Hikhikhik..lantaklah apa orang nak kata..kami sakan berposing sambil pegang WE ARE HERE! punya poster. Harap2 menanglah contest tu...










Jalan-jalan sini sampai tengahari je. Ingatkan nak carik sleeping budha tapi masing2 dah tak larat nak berjalan. So naik teksi ke MBK Complex untuk lunch. Perasan tak kami asyik naik teksi jek..itu je yg paling mudah & cepat rasanya..huhuh tapi make sure korang amik teksi bermeter ye! So far takdelah kena mahal sangat.


Luckily memang aku dah survey siap2 yg kat food court ni ada kedai makanan muslim. Nampak tu, diorang jual nasi ayam, mee sup etc. Banyak2 kedai muslim yang kitorang pegi rasanya kedai ni je yg paling murah kot. Harga sepinggan 40baht=lebih kurang rm4.

Kalau nak lebih banyak pilihan makanan muslim, korang bole pegi international food court yg terletak dibawah food court ni. Tak silap tingkat 5. Kat situ nampak lagi banyak choice & lebih exclusive. Mostly khas untuk tourist. 



Kalau nak beli t-shirt Bangkok, korang bole beli kat MBK jek...memang banyak choice & harganya berpatutan. Cuma 90-99baht sehelai.


Aktiviti seterusnya kami ke Pratunam Market/Platinum Mall. Naik teksi jugak dari MBK Complex. Market nih macam Kenanga Wholesale kat KL sebab kalau beli banyak lg dapat murah. Tapi kebanyakkannya baju yang dijual style2 terkini which tak berapa sesuai bila bawak orang tua. Last2 ada jugak jumpa kedai baju linen kat sini..apa lagi memboronglah MIL ngan Auntisom sebab katanya sangat murah berbanding kat Malaysia.




Beli jugak sepasang baju couple kat sini, memang sangat comel baju2 kat sini.

Lepas dah puas berjalan2 dalam Platinum Mall ni, kami naik tuk-tuk ke MBK Complex balik untuk makan malam. Malas nak fikir kedai lain lagi sebab MBK ni pon tak jauh sangat dari Platinum Mall.


ternampak Mr Burger kat food court yg ada tanda halal. Makan itu jelah untuk dinner. CB tetap makan nasi.


Rezeki aku agaknya bila tengah jalan2 ternampak pulak ada orang jual patung PORORO nih..apa lagi terus amiklah! Sebelum datang Bangkok lagi aku memang dah plan nak carik patung PORORO ni. Kat Malaysia masih mahal sebab tak ramai yg kenal. Aku ada juga kirim kat kawan masa dier pergi Korea tapi harganya lebih kurang macam kat Malaysia dalam linkungan rm70-rm80. Kat Bangkok ni, aku dapat bargain sampai rm50 which memang dalam budget pon! Yippie!!! 

Mula tergilakan Pororo ni bila kitorang tengok citer Running Man. One of the cast HAHA... digelarkan Haroro sebab karakter diorang hampir serupa! Memang sangat comellah diorang nih.


Tiba hari terakhir kami di Bangkok...flight dalam pukul 2petang jadi kami takde apa2 plan untuk ke mana2 sebab takut rushing. Relax2 je kat hotel & bersarapan pagi. Nasib baik diorang sediakan makanan halal kat sini, xyah susah2 keluar cari makan. heheh



siap ada yogurt u ollssss...lazat sungguh

menarikkan tempat makan diorang. Siap ada pool table lagi. Sape nak main bole request kat receptionist


lobby Take A Nap



Its time to go back. Since kami dah beli round tiket naik Airport Rail Link masa first day arituh, so kenalah naik train. Dari hostel, jalan kaki sket menuju ke BTS Sala Daeng..beli tiket menuju ke BTS Phaya Thai tapi korang kena turun kat BTS Siam untuk tukar train. Sampai je kat BTS Phaya Thai, ada laluan & tempat menunggu untuk naik train ke airport







diorang ni sumer tunggu train nak ke airport gak 

sampai airport lepas lebih kurang 30minit perjalanan & kami terus check in luggage. Alhamdulillah xde excess luggage pon.


best pulak jalan2 dalam airport nih, oleh kerana kesuntukan masa xdapat nak jalan2 sangat kat sini. Dahler boarding gate untuk AA hujung sekali, agak rushing jugaklah takut terlepas flight. huhuh


Untuk flight balik ni, aku memang book makanan siap2 untuk lunch sebab tau memang tak sempat nak lunch sebelum naik flight. Me cuma makan roti jek. 



Alhamdulillah kami & Pororo selamat tiba di KL...



0 comments:

Post a Comment

Back to Top