Hari kedua kami ke Damnoen Saduak Floating Market yang terletak luar dari bandar Bangkok. Kalau mengikut plan, kami nak amik pakej je tapi malam sebelumnya masa kami naik taxi, driver taxi tu offer kami untuk bawak jalan2 sekitar Bangkok seharian dengan bayaran 1600baht sahaja..mula2 tu takut jugak nak terima tapi bila mintak advice kat receptionist hostel, diorang cakap OK jek...So pagi tu kami call balik Mr.Porn untuk amik kitorang kat hostel.
Perjalanan ke floating market ni ambil masa 1jam 30minit jugaklah. Bila dah sampai kat jeti sampan, terkejut kami bila diorang kenakan bayaran 2000baht sorang!!!Dah kenapa naik sampan je kottt tapi bayar rm200..mampuihhhh...
Last2 kami suruh Mr Porn pergi sebelah pulak survey harga. Yang sebelah ni murah sketlah diorang charge 500baht sorang...Dah malas nak fikir panjang,kitorang amik jelah..just untuk pengalaman jek..
Kitorang cuma duduk je dalam sampan & tengok peniaga2 ni jual...kat floating market ni memang mahal sket. So kena pandai2 bargain ye! MIL & auntisom banyak jugak membeli..t-shirt,FM & safron. Kami cuma beli FM saja.
Perjalanan diteruskan ke Cobra show (gambar xde dlm henfon)...kami tak masuk pon cuma bergambar kat luar je & seterusnya ke Elephant Village. Masa ni kami berdua tak naik gajah sebab dah penah rasa naik kat Krabi haritu. Since Auntisom tak pernah naik, ibu join skali teman.
kat Elephant village ni pon ada monkey show tapi tak berminat pon nak tengok
coconut ice cream kat sini memang WAJIB beli!!serious palinggg sedappp kat Thailand!
mula2 dier akan pecahkan kelapa kepada 2..buang air & korek isi pastu dicampurkan dengan ice cream..perghhh memang pure lah sebab ada isi kelapa sekali. Ice cream tu pon sedap sebab ada isi cempedak. Yummmyyy!
Balik semula ke Bangkok & terus ke Chatuchak Market. Masa yang ditunggu2 untuk bershopping (padahal poket dah tipis) heheheh...First skali bila sampai kami carik makanan halal dulu. Luckily kat sini ada yang halal & sedap! Kedai makan muslim ni no.16 namanya Saman Islam
CB makan nasi beriyani
CQ makan bihun tomyam seafood
somtam
curry noodles
pulut mangga
betul2 depan kedai makan ni ada kedai kasut....CQ dah rambang mata!!!!
ok last2 grab kasut ala2 crocs ni..leopard print gitewww...
kat Chatuchak ni byk jugak kedai2 baju yg direka sendiri oleh owner kedai..salah satunya KORAKOCH nih..baju dier kebanyakannya simple dan sesuai untuk perempuan muslimah. Terberkenan pulak dengan baju yg dier pakai ni...so BELI okehhhh...harga takdelah mahal sgt dalam 550baht je. Nama KORAKOCH tu sebenarnya nama designer ni sendiri tau!
terjumpa lagi orang jual coconut aiskrim + thai aiskrim...aku try thai aiskrim pulak, rasanya macam teh ais yg dijadikan aiskrim...serious tak tipu!!!
Janji dengan Mr Porn jumpa kat bus stop pukul 6 & minta dier bawak ke bawak Restoran Mak Jah. Kedai ni terletak berdekatan dengan Station Ratchathewi & menuju ke Thanon Phetcaburi. Gambar hanya dalam digital camera Auntisom yg belum sempat di transfer
Lastly, Mr.Porn hantar kami pulang ke hostel & itulah pertemuan terakhir kami.
Singgah hostel letak barang & terus pegi massage kat area Patpong Bazaar
Balik hostel zzzZZZzZzZ
0 comments:
Post a Comment