Next day kami plan ngan Kak Leez ke Kuala Selangor pulak nak makan seafood. Amik Kak Leez kat umah dalam kol 5 then terus pegi ke Kuala Selangor. On the way nak pegi, kontek Buzu saja nak pelawa sekali. Buzu ngan tunang setuju nak join kami sekali nanti.
Taklah jauh sangat perjalanan ke sana, after 1 jam da sampai dah. Terus kami carik restoran yang disuggestkan oleh Kak Yan, Restoran Nur Cahaya Seafood. Tempatnya terletak betul-betul kat tepi Pantai Remis. Memang sesuai sangat kami sampai petang sebab banyak kedai jual hasil2 siput & cengkerang. Aku ngan Kak Leez memang tak lepaskan peluang bershopping kejap. Saja beli nak buat lauk kat umah.
air laut agak deras tapi airnya nampak cam kotor je
mari-mari shopping seafood!
macam2 ada jual kat sini..1st time aku tgk mentarang...ada siput sedut,kerang,lala,oyster,lokan
ni lah dier restorannya. kata Kak Yan,kalau datang malam lebih senang kontek Rosli (seperti yg ada kt signboard) untuk order makanan. Kalau ramai orang takut makanan lambat sampai pulak.
Aku ngan Kak Leez settlekan pilihan menu. Macam2 kami order!! Bila tengok balik baru perasan..ishh banyaknya kami order. Nasib baik Buzu dtg skali,kalau tak bungkus bwk balik umahlah nampaknya.
Nampak lauk kat atas tuh...banyak kan??nasib baik meja panjang..kalau takk..
kami tunggu Buzu ngan tunangannya sampai...baru lah melantak!
okey,diorang da smpai...jom makan!!!
- udang goreng kunyit - udang yg besar!!
- kailan ikan masin (xde ikan masin pon) - ermm rasanya ni masak tiram je
- tomyam campur - oklah..sbb byk lauk so tomyam ni terpinggir sket..heheh
- ketam masak sweet sour- maveles!!!
- lala masak tiga rasa - nice!!tp 1kg byk woo..len kali order stengah kilo dah cukup
- mentarang steam limau- bessstt gilakkk!!
- udang goreng tepung- nice jugak cuma tawar sket..
- ikan siakap bakar- kulit agak hangus tp isi tetap mantop!
sila-sila..jempot makan...
alhamdulillah kenyang!!!
kami tersangatlah kenyang malam tuh...next nak pegi tengok kelip-kelip pulak..
tak pernah pegi nih,alang-alang Taichi ada tu yg bawak dier skali..
Nak masuk ke sana kena beli tiket dulu dikaunter, harganya satu boat RM40 utk 4 orang dewasa & 2 kanak-kanak. So kiranya RM10 soranglah. Kami ni berenam, terpaksalah amik 2 bot, 3orang setiap boat..bayarannya tetap sama RM40 jugak dan diorang akan bagi 4botol air mineral sekali..Pada aku mahal jugak harganya kan??
siap untuk tengok kelip-kelip!!!bau jaket nih agak busuk ye..tahan jelahhh...
masa nak beratur tu, ada jugak signboard pengenalan pasal kelip-kelip..kalau bosan menunggu bolelah baca..
anda dilarang tangkap kelip-kelip & bawak balik..sekadar pegang bole aje..
lagi satu tak bole amik gambar guna flash..nanti cahaya pada kelip-kelip tu akan hilang 5minit..
kami dah cuba amik tanpa flash..memang xbole..pakai flash pon xnampak pon kelip-kelipnya..
amboi Kak Leez posing!!!hehehe
overall,pengalaman yang sangat menarik!!masa tengok kelip-kelip tu macam pokok krismas pulak!sangatlahhh cantiksss..itulah kebesaran tuhan..
naik sampan ni pergi-balik makan masa 20-30minit...dalam perjalanan balik, terdengar ada mamat cina tanya kat abg sampan "korang ni pakai LED ke???" hahhahaha...ada ke patut tanya camtuhh..mungkin ada yang tak caye kot..jangan risau, abg sampan akan bawak korang dekat dengan pokok yang banyak kelip-kelip so that korang bole tengok & pegang kelip-kelip tuh..
Kami teruskan perjalanan ke I-City Shah Alam pulak, masa tu baru kol 10malam. Aku sebenarnya keje esok harinya tapi lenjan jelah...agak malang buat kami masa on the way ke sana jem pulakk!!rupanya ramai orang nak ke I-City jugak..adoiii banyak sangat kereta sampai dah ilang mood aku. Sampai pintu masuk,diorang block jalan pulak tak bagi masuk sebab parking dah penuh.
Kenalah kami menapak masuk ke I-City, bole tahan jauh jugaklah. Kami mula rimas sebab terlalu ramai sangat orang datang..dah tengah malam pon orang sesak lagi..family pulak tuh yg ramai..haisshhh..sepatutnya ada fees dikenakan untuk masuk..sape yg bawak keta kena bayar RM10/keta, yang berjalan kaki RM2/pax.
Kami selamba je naik malas nak bayar. Tengok tak ramai pon yang bayar. Lagipon pekerjanya just bukak meja lipat kat tepi & soh bayar. Tak formal langsung!!!Sampai atas, xde pulak kena tahan ke ape..
Kalau nak ikotkan xde ape sangatlah kat I-city nih, cuma pokok & hiasan berlampu je yang menarik perhatian ramai. Belum siap sepenuhnya & masih banyak kerja contruction ongoing mungkin sebab nak setel sebelum new year. Katanya akan diadakan besar-besaran kat sini.
aku sangat suka gambar nih..pokok yang besar & berwarna-warni..AMAZING!!!
itu saja laporan dari saya buat kali ini..akan disambung ke entry seterusnya..ADIOS!!
5 comments:
Salam Qis,
amboi3.. banyaknya makanan.. Memang tak termakan kalau order. Selalunya kena bawak ramai baru makanan habis. ALHAMDULILAH korang suka.. Tadi pun baru balik dari sana. Tapi tak makan. Cuma beli lauk je..
oo..korang p ke kg kuantan ye. Akak pegi yg di Bukit Belimbing. boleh naik seramai 8 - 9 org.
I City tu belakang umah akak je. Tp tak penah sampai pun..
thanks kak sbb suggest mkn kat sini...next time ingat nak try kat aroma ikan bakar pulak..
owhh bukit belimbing xtau pulak kat mane..ni pon ikot orang je..heheh
Haluuu tuan rumah...alolo harap maap ye terpaksa nunggu saya begitu lama...next to Aroma pulak ye...
Thanx sooo much from my heart for Burn&Qis!!
I could experienced a lot of greatful time,and touched everyone's kindness & friendliness during my trip there.
This time I realize I love M'sia n hope to live there in the future.
Anyway,I'm waiting for visiting here in TOKYO!!
and see you soon!!
so interesting........love it!
Post a Comment