Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
0

Jalan-jalan with Taichi & Friends!!~Fahrenheit,Pavillion,Waroeng Penyet,The Curve,Hard Rock KL~

Our fren from Japan, Mr Taichi Sakabe datang lagi ke Malaysia buat kali ke brapa aku pon dah tak ingat. Meh aku cerita camna kitorang bole kenal ngan Taichi nih. It was about 8 years ago bila kami berdua masih lagi belajar kat YPM Bangi. Ada satu course kat situ namanya "Japanese Associate Degree". Kami tak amik course tu pon, amik lain tapi masa tuh banyak exchange student from Japan datang Malaysia dan stay kat hostel kami. Kebetulan masa kami berdua tengah dating kat cafe hostel, tetiba mamat Taichi nih datang kat kitorang tanya pasal remote astro. Nak bukak channel ape ntah aku dah lupa. Start daripada tu, kitorang pon rajin layan dier bawak ke sana ke mari & ajar dier culture kita kat Malaysia nih. Every year bila Taichi datang Malaysia mesti dier kontek kami..pernah sekali Taichi datang Malaysia lama sebab nak amik kursus Bahasa Malaysia kt UKM.

Kitorang memang tabik spring kat Taichi sebab memang dier masih lagi fasih dan ingat cakap BM walaupon dah beberapa tahun berlalu. In fact, Taichi sebenarnya still amik kelas BM kt Tokyo sampai skarg utk polishkan lagi BM dier. Belajar ngan Cikgu Faridah katanya. Last week, Taichi datang lagi kali ni untuk 5 hari saje. Terkejut Taichi bila nampak kami amik dier kt LCCT. This is 1st time Taichi naik ngan Airasia. Taichi cakap sangat murah & worth it! Pasni makin rajinler Taichi datang sini ye!

since kami kumpul baju HRC, so kami kirim dengan Taichi untuk belikan dr Tokyo. Nak bayar balik tapi Taichi cakap tak payah. Keep it as christmast gift. hehehe..arigato gozaimas Taichi-san!! 

Pagi tuh, hubby keje..aku pulak memang tengah off day so aku lah yang kena bawak Taichi jalan2. Invite sekali my BFF Astriyana @ Astro sekali. Kebetulan Astro pon cuti masa tuh..Taichi nak jalan-jalan kat area Bukit Bintang so aku park kereta kat Fahrenheit dan mula2 menjelajah sekitar BB..singgah UNIQLO, Pavillion, Lot 10, Sungei Wang & Low Yat.


astro nih memang kaki shopping..hampir semua benda nak beli. Asal singgah berkenan pastu beli..lagi dahsyat shopaholic dier drpd aku..hehehe

clothing line kt Uniqlo banyak untuk winter lahh..cam tak bestt pulak...

us in front of Pavilion 

lagi satu yg mengejutkan Taichi ialah Krismas. Dier tak sangka kita kat Malaysia pon ada sambut Krismas sbb katanya since kita nih negara Islam. Heheheh..bila aku bawak dier kt shopping mall tengok deco sempena krismas baru dier tahu kemeriahan Krismas pon terasa sampai kat Malaysia nih.



Singgah kt Food Republic aka Food court kat Pavilion untuk makan tenghari.




aku tengok ramai orang order ramen noodle kat Korean stall so aku pon order sekalilah. Tapi sangat kuciwa sebab rasanya sebiji cam maggi kari!!tensen betol aku time nih..harganya rm8.50, aku bole beli 10bungkus maggi kot wat stok! ceht....





berkenan plak ngan spek nih..so aku grab aje..

spek nih??cobaan ajo...


paksa Taichi cuba gak..muahahaha

Malamnya aku aturkan pertemuan Taichi ngan member2 blogger pulak. Saje nak kenalkan Taichi ngan diorang. Akhirnya pilihan kami Waroeng Penyet kat The Curve.


boyssss...

gurlsss...

main dishes haruslah ayam penyet!!sedap dong..sambalnya pedas sekali! aku dah siap warning kat Taichi jangan makan sebab Taichi tak kuat pedas. Yang peliknya Taichi nih, lepas amik Taichi kt airport tanya nak bekpes ape..katanya nak nasi lemak. Bawak ke Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru, tapi tak amik sambal pon. Makan kosong je..takut pedas rupanya..

taichi ngan aku makan Lele penyet...besttt rangup sekali

milo dinosour- aku xpaham nape namanya dinosour..biasanya orang panggil milo tabur aje..

teh sosro kegemaranku!

gado-gado- sdapp gak!

lily amik ayam panggang


ramai manusia malam krismas nih.....


majority kaum Cina yg ramai kat The Curve nih...aku xnmpak sgt melayu malam tu..



Nurman kena kerja pulak malam tuh, so lepas lepak Lily ngan Nurman beransur balik & kami teruskan acara berjimba ke HRC KL pulak. Kebetulan Kak Leez tak pernah pegi lagi HRC KL nih..ingat nak lepak minum layan liveband sekali crowd penuh sangat!!Layan kejap je pastuh posing kat luar..






Selesai berposing kat HRC, kitorang g Bangunan Sultan Abd Samad pulak. Amik gambar bangunan yang tukar-tukar colour. Sangat cantiksss!!!!




Balik ke Gombak, pergi uptown Danau Kota pulak. Last sekali basah tekak kat kedai mamak & masing2 dah kepenatan. Sedar2 rupanya dah pukul 2.30pagi!!!

0 comments:

Post a Comment

Back to Top