Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
4

5th Anniversary 2014


Syukur Alhamdulillah, usia perkahwinan kami menginjak tahun kelima tahun ni....ianya lebih bermakna bila dikurniakan seorang cahaya mata. Kami bernikah pada 14 Mar 2009. Bulan lepas anniversarynya...hehe

Btw, nak dijadikan cerita aku langsung tak ingat anniversary kitorg bln lepas....selalunya kemain excited siap nk prepare gift, honeymoon bagai...tapi tahun ni mmg betul2 lupa....Siang tu dapat gak message dari operator wish 'Happy Anniversary" tapi aku boleh fikir PO aku ni salah org agaknya.....bolehhhh???? PO aku bole ingat Anniversary, aku sendiri boleh lupa....denggggg

Adodoiii baru anak sorang nk lupa tarikh anniversary...parah betul! hahahah...Kebetulan aritu tu mmg aku off day so lepak layan anak jelah kat umah...sekali CB call ajak makan luar mlm tu...Dalam hati aku pelik gak apsal beriya mamat ni ajak makan luar..ikotkan jelahhh...

Sepanjang dinner tu CB langsung tak ingatkn pasal Anniversary kitorg.....sampailahhhh bila dah parking depan umah tetiba dier wish....time tulahhh baru aku terfikir OMG lg sejam nk kol 12am baru teringat!

Ok, pengajaran utk diri sendiri...kalau takut lupa set reminder jelah ye! hehehehe



saja nk share gambar ni.....masa ni kami belum kawen lagi....baru bertunang..KURUS TAK??

sekarang ni berkilo2 lemak kat badan...bila nak kurus taktaulahhh...hikhik




0

Menjadi tetamu Allah



Tarikh Entry: Apr 2013....berhabuk dalam draft rupanyaaaa...huhhu

Sesungguhnya kita hanya merancang & Tuhan yang menentukan...Alhamdulillah kami terpanggil untuk menunaikan Umrah sejak tahun lepas...niat untuk beribadah,mensucikan diri & memohon kepada-Nya agar dikurniakan zuriat. Sungguh tak sangka, rezeki itu sampai sebelum kami jejakkan kaki ke sana.

Niat ke sana kami teruskan juga sebagai tanda bersyukur yang amat sangat kepada Allah SWT. Walaupun pada mulanya ramai yg bimbangkan kesihatan-ku selama berada di sana al-maklumlah berbadan dua tapi Alhamdulillah setakat ini kesihatan masih dalam keadaan baik...sudah masuk 2nd trimester pon, jadi taklah risau sangat.

Ya Allah Ya Tuhan ku...berikanlah aku kekuatan untuk mengerjakan Umrah & beribadah di rumah Mu...Aminnn...



******re-post Alhamdulillah sudah genap setahun kami meninggalkan bumi Mekah...kami ke sana pada April 2013 & waktu tu aku mengandungkan Musa 4bulan....Untung anak mama dpt ke sana walaupon dalam peyot...Dapat jugaklah buat 5kali Umrah sepanjang disana...Sukur Alhamdulillah

Pengalaman yg sangat indah tak terucap oleh kata2....sungguh aku sangat bersyukur berpeluang ke sana melihat sendiri Kaabah gah berada didepan mata....air mata terus laju mengalir waktu itu.

BabyMusa dalam perut pon seakan2 memahami mamanya ingin beribadah, duduk senyap je dier tak banyak ragam...kat sana aku banyak minum air zam-zam...setiap kali minum berdoa mengadap kaabah, kurniakan kesihatan yg baik sepanjang melakukan Umrah & permudahkan urusanku masa bersalin nanti...Alhamdulillah doa ku diperkenankan & urusan keduanya dipermudahkan...

Kalau ada rezeki mestilah mahu ke sana lagi.....rindu Kota Madinah & Mekah sangat2...semoga diberi peluang nanti...InsyaALLAH

















2

Solid Food For Baby Musa

Antara makanan awal yg pernah bagi Musa makan kebanyakkan memang puree..start dengan puree buah & sayur dulu. Antaranya ialah Puree Epal, Pir, Labu, Avocado, Pisang, Sweet Potato, Brocoli, Cauliflower, Carrot & the list goes on......now dah mula prepare puree + bubur nasi pulak...

Beras & ikan bilis siap disangai & blend sampai halus....kemudian simpan dlm bekas kedap udara..selalunya aku prepare bubur nasi siap2 3-4 hari stok....cara membuatnya sangat simple & cepat since semua dah ready. Defrostkan puree sayur contoh carrot&brocoli pastu tanak beras yg dah blend guna dlm 3-4sudu besar smpai menjadi bubur pastu campurkn puree, ikan bilis & SIAP!! Oppss ada lagi, aku tambah puree kurma jugak utk rasa manis sket & sedikit VCO sbb Musa kena selsema lately..heheh

Lepas ni akan ku cuba resipi baru...mungkin perkenalkan Musa dengan ikan pulaklah...yummm..yummm


kemain happy Musa dgn food dier


perkakas yg sgt membantu utk menghasilkan solid food Musa


1st food : Puree Labu/Pumpkin!


Standby masuk freezer.....yg dlm ice cube bila dah keras aku transfer ke bekas lain, bila nk guna defrost mengikut qty yg dikehendaki...contohnya 1-2 cube skali defrost...sgt mudah!


Selagi kita mampu menyediakan makanan yg sihat utk anak, apa salahnya merajinkan diri ye tak?...no excuse for working mother not to prepare healthy food for ur own child.....air tangan ibunda lebih afdal gitewwww....

~~~choww!!~~~

0

Musa Arsyad -Anugerah Ilahi utk kami @>----

Maafkan saya membiarkan blog ini bersarang tebuan terlalu lama.....lately sejak bertambah keluarga ni agak kebizian & kami baru sahaja berpindah menjalani kehidupan sendiri tanpa keluarga jadinya waktu yg ada amatlah terhad (semua chores kena buat sendiri lah sekarang...hehehe)

Ok by the way, anak bujang kami dah makin membesar dengan sihat....now nak masuk 8bulan dah..phewww..alhamdulillah syukur...masih breastfeeding & dah mula solid food seawal 6bulan lagi....

Lets see how he grows up

















Latest pic di atas......babah sudah cukur botak kepala Musa kali kedua kalinya! huhuhh

Mama & Babah looooveeeessssss u sooooo muchhhhh sayaaanggg!!!

0

Rezeki dari Allah



Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi atas pemberiannya yang sangat berharga buat kami

4 tahun perkahwinan menanti cahaya mata akhirnya membuahkan hasil =)

Doakan bayi kami selamat,sempurna & sihat...can't wait to see you in September darling!!

-بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

. اَÙ…ِين ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†


Sanrio Hello Kitty Town Malaysia-Nusajaya Johor

Satu lagi tarikan di Johor khas untuk peminat Hello Kitty & cartoon characters yg lain macam Bob the Builders, Barney & Friends, Thomas & Friends etc selain LEGOLAND & JPO (Johor Premium Outlet). Hello Kitty town ni baru je dibuka 26 October 2012 lalu & merupakan indoor theme park.

Masa pegi semalam rasanya lagi satu floor akan dibuka untuk Lat's Place pulak...Kebetulan rumah Kak Ipar berdekatan je dengan tempat ni, jadinya kami ajak mereka ke sini.

bawa si kecik Tuah & Rifqi ke Puteri Habour Family Theme Park..masa ni diorang excited lagi..separuh jalan dua2 sudah lentok! Nasib baik sampai je diorang bangun sendiri.



Entrance -ada Hello Kitty cafe kat sini

Cara-cara kesana:

From Kuala Lumpur Plus highway, take exit 253 to Senai Airport/Tuas and proceed to Exit 311 showing way to Kota Iskandar. Continue towards Kota Iskandar and proceed to Puteri Harbour. Hello Kitty Land is sited next to Puteri Harbour.
From Singapore second link at Tuas, proceed towards Kota Iskandar. Take exit 312 which will take you to Kota Iskandar. Thence, look for direction to Puteri Harbour. Hello Kitty is sited next to Puteri Harbour.
From Johor Bahru, take the new Coastal Highway to Kota Iskandar after passing Danga Bay. Take the direction to Puteri Harbour. Hello Kitty is next to Puteri Harbour.

Look for the RED CUBE building to go to Hello Kitty Town


Oleh kerana budak kecik yg dibawa semuanya lelaki termasuk papa & pakcu, makcu kenalah mengalah nak masuk Hello Kitty town...sob..sob..For Malaysian please ensure to bring your Mykad for verification okay!

Entrance fee for Hello Kitty and Little Big Club is RM65 (foreigner) and RM50 (Malaysian). The combined 2 parks' ticket will cost RM110 (foreigner) & RM85 (Malaysian) each.
Children below 3 years old will be allowed free entry whilst children above 3 years old will be treated as adult. Tickets can be purchased at the counter. There are at present no bulk ticket purchase with rebates. Online ticketing is also available at www.redtix.airasia.com


Aktiviti yang disediakan..take note theme park dibuka dari jam 10am-6pm sahaja



jom kita naik train Thomas & friends...hahah

bas ni pusing2 ke atas siap reverse belakang plak..heheh

ada skrin besar showing cartoons...ramai budak2 leka tengok

Banyak lagi permainan lain tapi kebanyakkannya sesuai untuk budak2..nasib baik bawak Tuah & Rifqi, melayan diorang yang excited buat kita pon seronok.

Sapa yang ada anak kecil memang sesuai sangat datang sini, mesti mereka teruja tapi harga tiket mahal pada aku. Bayangkan kalau anak ada 5orang campur parents lagi?? Perghhhh koyakk..

Kami cover semua tempat dalam masa 2jam je..tu pon dah kepenatan. Berpeluh2 Tuah & Rifqi berkejaran dalam tu.


Macam biasa bila exit je mesti lalu souvenier shop kan...mmg banyak merchandise yang dijual & koyak lagilah poket parents korang...hahahhaha

Aku just beli Fridge Magnet The Little Big Club berharga RM9.90...tak jumpa pulak FM Hello Kitty. Bolelah untuk kenangan ye tak??





Back to Top