Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
0

Menjadi tetamu Allah



Tarikh Entry: Apr 2013....berhabuk dalam draft rupanyaaaa...huhhu

Sesungguhnya kita hanya merancang & Tuhan yang menentukan...Alhamdulillah kami terpanggil untuk menunaikan Umrah sejak tahun lepas...niat untuk beribadah,mensucikan diri & memohon kepada-Nya agar dikurniakan zuriat. Sungguh tak sangka, rezeki itu sampai sebelum kami jejakkan kaki ke sana.

Niat ke sana kami teruskan juga sebagai tanda bersyukur yang amat sangat kepada Allah SWT. Walaupun pada mulanya ramai yg bimbangkan kesihatan-ku selama berada di sana al-maklumlah berbadan dua tapi Alhamdulillah setakat ini kesihatan masih dalam keadaan baik...sudah masuk 2nd trimester pon, jadi taklah risau sangat.

Ya Allah Ya Tuhan ku...berikanlah aku kekuatan untuk mengerjakan Umrah & beribadah di rumah Mu...Aminnn...



******re-post Alhamdulillah sudah genap setahun kami meninggalkan bumi Mekah...kami ke sana pada April 2013 & waktu tu aku mengandungkan Musa 4bulan....Untung anak mama dpt ke sana walaupon dalam peyot...Dapat jugaklah buat 5kali Umrah sepanjang disana...Sukur Alhamdulillah

Pengalaman yg sangat indah tak terucap oleh kata2....sungguh aku sangat bersyukur berpeluang ke sana melihat sendiri Kaabah gah berada didepan mata....air mata terus laju mengalir waktu itu.

BabyMusa dalam perut pon seakan2 memahami mamanya ingin beribadah, duduk senyap je dier tak banyak ragam...kat sana aku banyak minum air zam-zam...setiap kali minum berdoa mengadap kaabah, kurniakan kesihatan yg baik sepanjang melakukan Umrah & permudahkan urusanku masa bersalin nanti...Alhamdulillah doa ku diperkenankan & urusan keduanya dipermudahkan...

Kalau ada rezeki mestilah mahu ke sana lagi.....rindu Kota Madinah & Mekah sangat2...semoga diberi peluang nanti...InsyaALLAH

















0 comments:

Post a Comment

Back to Top