Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
4

First Trip of the Year 2012

Assalamualaikum semua!!

Baru2 ni, kami berdua pergi bercuti ke sebuah pulau di Laut Sulawesi, perairan Sabah. Jalan2 makan angin kat dlm Malaysia je. Tapi super best woo!! Trip kali ni merupakan pembuka untuk tahun 2012 buat kami berdua. Mudah2an akan ada trip yg berikutnya selepas ini, insyaAllah.

Actually, the main reason ke sini adalah sebab CB tringin sgt nk pegi pulau, main air katanya untuk menikmati keindahan salah satu pulau yg tercantik di dunia iaitu...PULAU MABUL!! Woot woot! hehe..

Well, mcm biasa segala preparation untuk tempat tinggal & aktiviti kat sini semua dah siap book awal2. Tq kpd Abg Laili Basir sbb tolong setel sumernya. (Fyi, Laili Basir buat sumer outdoors activity kat dlm Malaysia ni. Dia ni kira Otai Outdoor la. Semua dia sebat. But u dun woli, harga tetap harga kawan2. hehe..itu yg penting sbenarnya!)

Kami amik penerbangan AA dr LCCT petang dlm kol 3.35 gitu & dijangka tiba di Airport Tawau jam 6.00-6.30 pm. (Untuk info: Kalo korg nk gi Pulau Mabul/Sipadan/Mataking/Kapalai, korg kene amik flight ke Tawau). Flight dlm 2 jam - 2 jam lebih depends pd 'air traffic'. Yelah, mana x jem kalo time tu la Superman nk terbang, time tulah burung2 berkicauan nk terbang..okxlawak. 



Keluar je dr perut burung besi, kitorgnye transporter dah call tanya dah smpi ke blum..bagus tol. Abg Hasbi namanya. Tp muka dia 'Pakcik-pakcik' la.. kalao nk taw no phon dia..bayar la..ingt free ke? ekekeke...

So kami pon naik van dia (Untuk info: van dia dr luar mcm bas angkut2 kat area KK tp sgt selesa sbb kerusi stail sofa empuk) ke Semporna. Perjalanan ke Semporna lebih kurang sejam sengah. (Untuk info lagi: Pada sapa2 yg naik teksi/van ke Semporna akan dikenakan caj rm95 sehala utk satu teksi/van. Kalau ramai yg datang bolelah korang tong2 duet, jimat sket).

Keadaan jalan on the way ke Semporna agak bumpy sket. Mungkin ada lalu kawasan tanah merah tanpa tar kot atau banyak lubang sepanjang jalan..kami xsure. Anyway, sbb malam gelap jadi xnampak keadaan jalan masa tu.

Oleh kerana flight kami lewat, jadinya kene bermalam di Semporna dulu.


Sampai saja Semporna,kami terus check in ke Dragon Inn (Floating Hotel). Memang gah Dragon Inn ni & tempat pon sangat strategik sebab bersebelahan dengan Jeti Umum Semporna untuk ke Pulau2 kecik sekitar (biasanya org kampung je yg naik jeti umum ni). Since sampai pon dah lewat malam, besok pagi2 lg dah nak gerak ke Mabul.. jadinya kami decide utk amik Long House jek..ala2 'dorm' gitu. So, bear in mind..kalao dorm, toilet kat luar la ye!

Nasib kami baik sbb xde customer lain yang stay kt dorm tu. Mula2 agak nebes jugaklah, yelah nak kena share bilik dgn strangers (CQ yg takut2 sbb xbiasa..kalo x, biler lg kan..? hehe) So malam tu kami berdua jelah tido, keadaan katil biasa je.. bayo ciput jadinya toksah cakap banyak..cumanya lepas nih xmau dah stay kat dorm. hihihi...






Oleh kerana perut sudah lapar,lepas check in kami jalan kaki sket untuk cari makan. Masih ada kedai makan yg beroperasi jadi pilih je mana yg berkenan. Dekat je ngan Dragon inn tu ada restoran nama Archapelago kot..ehh lupa dah namanya..tapi rmai yg feedback restoran ni kurengg..jadinya kami ke D' Samudera Cafe. Kalau korang nk carik, korang kene pusing2 skit..br jumpa.

Nampak ramai je org kt sini, lagipon kedai ni ada jual sayap ayam ngan satay. CB order in house specialty - 'Nasi Aspal' (Nasi putih, ayam goreng, sayur campur), aku pulak order Mihun Sup & Sayap Ayam. Yang bestnya, malam tu jadi candle light dinner sebab tetiba semua kawasan blackout lebih kurang 20minit. 



Sib baik ade eletrik balik, then habiskan makan & terus balik ke Dragon Inn...zzZzzZZZzz..




0

Kaput!

0

Living your life to the fullest.

0

Time2bond



It's bonding time!!!yess...kilang kicap soh kami menganjurkan small party or makan bersama operator/rakan sekerja. Event ni dipanggil 'TIME2BOND" khusus untuk mengeratkan & menguatkan lagi relationship antara pekerja2 di kilang...it can be in small group or large group. The best thing is they sponsored RM20 for each employees.

So, after discussion dengan operator, we olls decide untuk makan steamboat kt Seoul Garden. At first, ada jugak yg mengomel "halal ke makan kat sini??" "ermm..akak xmakanlah seafood" "nak kena control makan seafoodlah".....dan macam2 lagi alasan. Jadinya aku cakap,sape yang nak pergi dialu-alukan pada sape yang ragu2 atau hesitate nak join baik dok umah diam2. Dah pujuk & jelaskan sekali sudahlah, lepas tu kalau xnak jugak..i'm okay with it..masing-masing ada masalah/keraguan,so respect that.

Tanggal 12 Dec 2011, kami pon berkumpul kat Seoul Garden, KL Festival City bertemakan warna biru. Total yang join semua sekali 19 orang. Kami amik pakej buffet tengahari which cost us about RM35.80. Since kilang sponsored RM20...kami cuma tambah RM15.80 jelah..Alhamdulillah, diorang sumer puas hati makan kat sini. Semuanya pestaim cuba Seoul garden ni..lepas tu ada jugak yang repeat balik bawak family pulak makan. Berbaloi-baloi!!



acara makan pon bermula



amik-amik jangan malu-malu...makanlah korang sampai kenyang...huhuh


satu keunikan kat Seoul Garden ni pada bahan2 yang diperap dengan macam2 sos...terbaikk u olsss..
Paling besttt skali daging diorang...bila grilled tuh rasanya lembut & manis jek..



variety of sauce


jom main masak2!!




saya udah makan disini...anda bila lagi dong??


Lepas tuh,kami decide untuk berkaraoke pulak..takdelah sumer join, ada yang nak pi tengok Ombak Rindu. Jadinya yang belen tu dok ikot aku pi karok pulak. We got a big size room which cost us around RM98++ 2+1 hours includes drinks+titbits+1 meals.




Masing-masing menyumbangkan suara termasuklah akak-akak ni yang pada mulanya malu-malu kucen..hikhik

By the way,we had so much fun + kekenyangan yg amat that day...Thanks for the support gurlsss!!

0

Taman Negara Day 3



Last day pagi yang hening kami decide nak carik makan kt luar..jalan sket je ke atas rupanya banyak jek warung2 jual bekfes..murah2 plak tuh..nyesal tau lambat...haishhh


haaaa...nampak tak??macam2 ada!!nasi lemak/nasi berlauk paling mahal pon RM2 je.  



nak makan roti canai pon ada...jangan risau...yg aku perasan,banyak locals yang mai makan kt sini especially instructor/tour guide utk Taman Negara..masing2 berkumpul kat sini sebelum memulakan tugas.



Ok, dah siap makan kami pon terus packing2 barang. It's time to leave Taman Negara.hukhuk


Seperti biasa semua berkumpul kat Mama Chop around 10am & balik naik boat lagi.


kami berdua posing dalam boat


Kelly & Dennis- they just friends..knal kat sini jugak


sweet & nice couple- Matej & Sandrine


hot couple - Robert & Mira



friendly couple - Amit & Jayna


sampai kat Jeti Kuala Tembeling tu, kna tunggu bas dari KL pulak sampai. So lama lagikan..oleh kerana tak berapa selera nak makan kat restoran yg ada, kami pon pegilah jalan2 ke depan carik lauk kampung. Kebetulan akak kt restoran tu yang bgtau, ada restoran jual lauk kampung area situ, mana tau kalau ada ikan patin. 

Memang ada pon restoran yg jual lauk ikan patin tp bila pegi kedai runcit ada pulak diorang jual ikan patin fresh!wahhh aku terus beli sekor nak suruh akak kt restoran tu masak. Tujuannya sebab nak bagi kawan2 omputih tu rasa signature dish kat Pahang. Tapi lauk ikan patin masak tempoyak tu saje tak buat pekat takut diorang ni xtahan pulak rasa tempoyak..


tadaaaa nilah dier ikan patin masak tempoyak


lazattt u ollssss..


Matej try makan..pedas katanya..heheh


muka puas hati sbb dapat makan ikan patin. Sambil2 tu kna tulis notes utk Jayna, tempat2 menarik kat Penang. Sebabnya diorang sumer amik bas ke Cameron Highlands then akan straight ke Penang.


Jadinya,cuma kami berempat jek pulang ke KL naik bas besar gedabak nih...masa pegi naik van bersempit semua orang...bila balik siap bole main kejar2 dalam bas..hahahah

Sepanjang perjalanan,ingatkan bole tidolah..tapi asyik tertangguh sebab sakan dok berbual ngan Robert & Mira. Tau2 dah sampai KL. Kami mintak driver bas tu drop kat tepi highway Gombak. Since dah dekat ngan rumah..lagipon nak kena rushing sbb kazen aku bertunang petang tu. Alhamdulillah bila sampai Cheras, majlis baru je start. Just nice.


Sebelum kami turun bas, actually dah deal ngan Robert utk bawak diorang dinner. So malam tu terus amik diorang bawak pi Look Out point.





Then, bawak diorang ke Uptown Danau Kota pulak...diorang terkejut betul tgk harga2 yg ditawarkan kat sini murah2 belaka tapi aku pelik sbb diorang tak membeli sangat. Katanya diorang jarang shopping & more focus kat traveling jek. Kalau AKU??!! Huh usah cakaplah kan...harusslahh shopping bila dah smpai tempat jauh2 ni..betul x?

Lat sekali barulah si Robert nih cakap nak beli jersey Malaysia ni as kenangan..lagipon lengan panjang..sesuailah dengan weather kat sana..katanya...


aku dah lupa apa nama hotel diorang ni..tapi kat area Ampang...gojes nak mampus okeh...





diorang siap ajak kami masuk bilik tengok..perghhh memang beshlahhhh..booking made by Mira thru Agoda. Duit diorang memang nampak kecik tapi setelah diconvert ke RM kalau tak silap harganya RM400++ utk satu malam. Excited Robert citer pasal shower kat toilet dalam bilik tu..katanya macam hujan turun mencurah2..punyalah syiok sampai mandi 3kali!


katilnya pon mak aihhh tinggi okeh...aku kena panjat kerusi baru bole naik..hahahah!!By the way, thanks to them for the night...siap belanja kami makan kat Look Out Point tuh. Besoknya diorang akan ke Bali untuk attend their friends wedding so kami pon berpisah kat situ jek.


~tamat sudah~ 




















Back to Top