Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
4

Double celebration at Seoul Garden

This time nak cerita makan2 kat Seoul Garden for two weeks in a row!!Fuhhh memang nak meletopss perut makan kt sini. Makan steamboat ngan BBQ ala-ala korea nih memang best tau!!Sangat berbeza dengan kedai steamboat yg lain mcm Johny's etc. Yang best sebab ayam,daging,kambing,sotong semuanya diperap dulu dengan macam2 sos. Banyak sangat varieties!!Seafood yang ada pon bole tahan banyak gak...amik je selagi termampu nak makan. Pelbagai pilihan mee & nasi, ice-cream, ABC (buat sendiri yeh), sayur-sayuran, buah-buahan. Pendek kata makanlah sampai muntah..Pada aku,harganya setimpal dengan makanan yang dihidangkan cuma lately dah naik harga pulak.

Back to the story, first pergi celebrate besday ibu, my MIL. Sambut one day earlier sebab besoknya Ibu,Kekna & Tuah  nak berholiday ke Beijing pulak. Semua adik-beradik hubby turun KL dari JB untuk sambut sama-sama. Our 1st plan actually nak sambut kat Menara KL, ala restoran berputar tuhh..bila book cuma tinggal buffet untuk tea-time jek from 3.30pm-5.30pm. Sekepala diorang charge RM55. So kami book jelah dulu. Tiba masanya, mereka yg dari Seremban lambat sampai pulak,stuck kat jem. So change plan ke Seoul Garden, OU. Masa nih Taichi ada skali tau!! We a bit frustrated coz tak dapat naik Menara KL & merasai makanan sambil berputar2 tuh..Lain kali kita pegi ye Taichi!!

Tachi teruja makan kat sini..berpeluh-peluh!Katanya 1st time cuba makan camni..heheh

SG kt Midvalley da berpindah ke new wings LG Flr tau..betul-betul depan Aunties Anne


Kami tak sempat amik gambar pon sebab masing2 dah lapa...so NGAPP dulu!

tok ayah bersama cucu2nya

ABC buatan sendiri..nyumm..nyumm..taruk eskrem lagi mantop!

makcu with Tuah

besday girl yang dirai..hehe

perut semua da ketat so membazir beli whole cake, beli one slice dah cukup..



sesi menyuap cake

Abg Epit with Adam Thaqif

ada cerita disebalik tisu ini...agak gelojoh agaknya aku arituh sampai dua kali tumpahkan air. Abes jeans aku bau peach tea..hehehe..pekerga SG mula2 rajin siap mop lantai,kali kedua aku tumpahkan air dier bagi sebungkus tisu lap sendiri okeh!!


Tuah yg soh aku amik gambar lori dier..

Gambar kenangan..

Tuah jeles Pakcu main2 ngan Adam...hehehe..seronok tengok budak2 kecik nihh..
Kami bila lagi???? InsyaAllah rezeki dari Allah akan datang juga satu hari nanti...

next entry another celebration after one week....

10

Buah Zuriat ~tips utk dikongsi bersama~


Korang pernah dengar tak pasal khasiat buah zuriat nih? Dulu pernah gak dengar tapi xde pulak kami kirim kt sape2 yg pergi ke Mekah. Alhamdulillah rezeki kami dapat buah ni dari kakak ipar. Katanya ada sedara baru balik dari Mekah. Kebetulan kami masih lagi berusaha untuk dapatkan cahayamata, so kak ipar berilah kami dua biji untuk cuba. Manalah tau kan tetiba melekat pulak. Kita cuma berusaha doa & tawakal saja.



Sebenarnya buah zuriat ini dikenali sebagai buah adam/ buah hawa/buah zuriattin/ buah koka. Semuanya sama. Ia adalah buah asal dari pokok koka yang sekarang ramai orang dok sibuk beli buat gelang pakai kat tangan.

Pokok koka ini ialah pokok yang Nabi Noh a.s. gunakan untuk membina bahteranya ketika banjir dulu. Dikatakan buah zuriat ini amat berkhasiat. Bila direbus ia boleh menyebabkan kita hamil dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan dengan izin Allah.

Buahnya sebesar buah ciku tapi rupanya macam buah kurma. Ia adalah amat keras. Kalau nak pecahkan memang kena guna kudrat orang lelaki dengan sebilah parang. Dalamnya macam sabut kelapa.

Ia didapati di jabal uhud dan jabal rahmah dan gua Hirak. Di situ je yang ada. Harganya 25sen satu. Kalau lima seringgit kot..(tak tahulah sekarang berapa)

Setelah mengupasnya, masukkan dalam air dan rebus lama2. Setiap hari tambahkan air dan rebus sampai hilang khasiatnya. Rasanya orang kata "sedap". Bacalah bismillah diikuti ayat 38 dari al Imran sebanyak 3 x

"RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA"
Cara Makan Buah Zuriat
Ada beberapa cara yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencuba iaitu :-

Cara Pertama

Beberapa rakan arab memberitahu caranya dengan menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat ( tak perlu di belah ) dan kita ibaratkan seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

Cara Kedua

Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Buah di belah kepada dua, dan di ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.

(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya)




"buahnya mmg keras...hubby belah pakai kapak...kat dalam ada buah (biji) n selaput kulit...rebus sekali...jgn kopek selaput kulit (keras)...airnya akan warna perang sket laaa..."

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” ayat 38, surah Ali-Imran

Lebih Lanjut di: http://www.ar-rifke.com/2010/09/ustazah-nor-bahiyah-amalan-suami-isteri-doa-dapat-zuriat.html#ixzz1AJszeuJO

5

Seafood at Pantai Remis+Kelip-kelip Kg Kuantan+I-City Shah Alam


Next day kami plan ngan Kak Leez ke Kuala Selangor pulak nak makan seafood. Amik Kak Leez kat umah dalam kol 5 then terus pegi ke Kuala Selangor. On the way nak pegi, kontek Buzu saja nak pelawa sekali. Buzu ngan tunang setuju nak join kami sekali nanti.

Taklah jauh sangat perjalanan ke sana, after 1 jam da sampai dah. Terus kami carik restoran yang disuggestkan oleh Kak Yan, Restoran Nur Cahaya Seafood. Tempatnya terletak betul-betul kat tepi Pantai Remis. Memang sesuai sangat kami sampai petang sebab banyak kedai jual hasil2 siput & cengkerang. Aku ngan Kak Leez memang tak lepaskan peluang bershopping kejap. Saja beli nak buat lauk kat umah.


air laut agak deras tapi airnya nampak cam kotor je

mari-mari shopping seafood!

macam2 ada jual kat sini..1st time aku tgk mentarang...ada siput sedut,kerang,lala,oyster,lokan


ni lah dier restorannya. kata Kak Yan,kalau datang malam lebih senang kontek Rosli (seperti yg ada kt signboard) untuk order makanan. Kalau ramai orang takut makanan lambat sampai pulak.



Aku ngan Kak Leez settlekan pilihan menu. Macam2 kami order!! Bila tengok balik baru perasan..ishh banyaknya kami order. Nasib baik Buzu dtg skali,kalau tak bungkus bwk balik umahlah nampaknya.

Nampak lauk kat atas tuh...banyak kan??nasib baik meja panjang..kalau takk..
kami tunggu Buzu ngan tunangannya sampai...baru lah melantak!

okey,diorang da smpai...jom makan!!!

  1. udang goreng kunyit - udang yg besar!!
  2. kailan ikan masin (xde ikan masin pon) - ermm rasanya ni masak tiram je
  3. tomyam campur - oklah..sbb byk lauk so tomyam ni terpinggir sket..heheh
  4. ketam masak sweet sour- maveles!!!

  1. lala masak tiga rasa - nice!!tp 1kg byk woo..len kali order stengah kilo dah cukup
  2. mentarang steam limau- bessstt gilakkk!!
  3. udang goreng tepung- nice jugak cuma tawar sket..
  4. ikan siakap bakar- kulit agak hangus tp isi tetap mantop!

sila-sila..jempot makan...

alhamdulillah kenyang!!!


kami tersangatlah kenyang malam tuh...next nak pegi tengok kelip-kelip pulak..
tak pernah pegi nih,alang-alang Taichi ada tu yg bawak dier skali..

Nak masuk ke sana kena beli tiket dulu dikaunter, harganya satu boat RM40 utk 4 orang dewasa & 2 kanak-kanak. So kiranya RM10 soranglah. Kami ni berenam, terpaksalah amik 2 bot, 3orang setiap boat..bayarannya tetap sama RM40 jugak dan diorang akan bagi 4botol air mineral sekali..Pada aku mahal jugak harganya kan??


siap untuk tengok kelip-kelip!!!bau jaket nih agak busuk ye..tahan jelahhh...

masa nak beratur tu, ada jugak signboard pengenalan pasal kelip-kelip..kalau bosan menunggu bolelah baca..

anda dilarang tangkap kelip-kelip & bawak balik..sekadar pegang bole aje..
lagi satu tak bole amik gambar guna flash..nanti cahaya pada kelip-kelip tu akan hilang 5minit..
kami dah cuba amik tanpa flash..memang xbole..pakai flash pon xnampak pon kelip-kelipnya..


amboi Kak Leez posing!!!hehehe

overall,pengalaman yang sangat menarik!!masa tengok kelip-kelip tu macam pokok krismas pulak!sangatlahhh cantiksss..itulah kebesaran tuhan..

naik sampan ni pergi-balik makan masa 20-30minit...dalam perjalanan balik, terdengar ada mamat cina tanya kat abg sampan "korang ni pakai LED ke???" hahhahaha...ada ke patut tanya camtuhh..mungkin ada yang tak caye kot..jangan risau, abg sampan akan bawak korang dekat dengan pokok yang banyak kelip-kelip so that korang bole tengok & pegang kelip-kelip tuh..

Kami teruskan perjalanan ke I-City Shah Alam pulak, masa tu baru kol 10malam. Aku sebenarnya keje esok harinya tapi lenjan jelah...agak malang buat kami masa on the way ke sana jem pulakk!!rupanya ramai orang nak ke I-City jugak..adoiii banyak sangat kereta sampai dah ilang mood aku. Sampai pintu masuk,diorang block jalan pulak tak bagi masuk sebab parking dah penuh.

Kenalah kami menapak masuk ke I-City, bole tahan jauh jugaklah. Kami mula rimas sebab terlalu ramai sangat orang datang..dah tengah malam pon orang sesak lagi..family pulak tuh yg ramai..haisshhh..sepatutnya ada fees dikenakan untuk masuk..sape yg bawak keta kena bayar RM10/keta, yang berjalan kaki RM2/pax.
Kami selamba je naik malas nak bayar. Tengok tak ramai pon yang bayar. Lagipon pekerjanya just bukak meja lipat kat tepi & soh bayar. Tak formal langsung!!!Sampai atas, xde pulak kena tahan ke ape..




Kalau nak ikotkan xde ape sangatlah kat I-city nih, cuma pokok & hiasan berlampu je yang menarik perhatian ramai. Belum siap sepenuhnya & masih banyak kerja contruction ongoing mungkin sebab nak setel sebelum new year. Katanya akan diadakan besar-besaran kat sini.




aku sangat suka gambar nih..pokok yang besar & berwarna-warni..AMAZING!!!

itu saja laporan dari saya buat kali ini..akan disambung ke entry seterusnya..ADIOS!!
Back to Top