Love you always grandma
Aidilfitri 2012
Atuk seorang yang sangat baik hati, suka memasak & cergas. Pantang ada kerja kat rumah mesti Atuk buat, siap bercucuk tanam lagi. Kalau datang rumah atuk, soalan pertama dier akan tanya aku "Along dah makan? pegilah makan, ada lauk tu..." Ya Allah, sesungguhnya aku sangat merindui air tangan atukku...Tak dapatlah along merasa asam pedas, sambal udang, nasi lemak & nasi goreng buatan Atuk.
Hari Jumaat pagi 2 Nov 2012, mama bergegas ke rumah Atuk, katanya Atuk sakit kuat..aku pon menyusul, kebetulan aku baru balik dari keje malam..Atuk kena hypo akibat kekurangan gula dalam badan..Atuk bersuara "Tolong Atukkk...tolong Atukkk..." Sekali lagi air mata aku mengalir.."Atukkk..mari pergi hospital ye..." Aku cuba bersuara sambil urut kaki Atuk walaupon tau Atuk sebolehnya taknak ke hospital lagi. Katanya biarlah dier mati di rumah saja.
Oleh kerana keadaannya makin kritikal, pagi tu jugak keluarga panggil ambulan datang untuk bawa Atuk ke hospital. Atuk dihantar ke HKL & terus dimasukkan ke Zon Kritikal. Masa tu doktor cakap, darah Atuk sangat2 berasid, full body affected, pernafasan pon dah berasid & jantung lemah. Redha & tawakal je masa nih..melihat keadaan Atuk yang masih sedar tapi dalam kesakitan membuatkan aku lemah longlai. Seluruh keluarga tunggu sampai Atuk dipindahkan ke wad biasa.
Malam tu kami datang lagi...aku sempat bisikkan ke telinga Atuk
"Atuk...Along mintak maaf ye...Maafkan Mama, Abah & seluruh keluarga kami ye Tok..Along sayang Atuk sangat2..Bertahan ye Tokk..."
keadaan Atuk malam tu
Aku gagahkan diri pergi kerja malam tu dengan harapan Atuk akan pulih tapi jam 4pagi aku dapat panggilan suruh ke hospital sebab Atuk dah nazak..menggigil aku masa ni..Tunggu CB sampai pick up aku di ofis & kami terus rushing ke hospital. Dalam perjalanan, dapat lagi msg "Cepatlahh Longg"...
Bayangkan wad pompuan di HKL tu dipenuhi dengan kami seluruh keluarga seawal jam 4pagi...masa ni memang nampak Atuk makin lemah, masing2 bacakan surah Yassin di tepi katil Atuk.
Atuk menghembuskan nafasnya yang terakhir didalam ambulans on the way balik ke rumah......memang seluruh keluarga decide untuk bawa Atuk balik
Adik2 lelakiku & cucu2 lelaki menimbus jenazah Atuk
Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Atuk...Allahyarhamah Raja Esah binti Raja Abdullah (1933-2012)
"Ya Allah Ampuni lah dia, naikkanlah darjatnya diantara
orang2 yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga
dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan
kami, wahai tuhan sekelian alam., Luaskan lah kubur
baginya dan berilah cahaya didalamnya "
0 comments:
Post a Comment