Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
0

Amazing Japan Day 5: Iga (Ninja Museum) & Osaka for HRC!!


Awal pagi kami siap2 untuk berangkat ke destinasi seterusnya. Sebelum tu sempat lagi kitorang bekfes megi Ruski Tomyam Kawww kat dapur. Perghhh lazatttt..Barulah terasa kepedasannya!

Berjalan kaki ke Kyoto Station, aku nak jalan2 carik souvenier dari Kyoto. Tak sempat shopping pon tau kat Kiyomizudera semalam hukhuk..Kat Gion pon dapatlah beli sekeping FM double side, itu pon takde tulis nama Kyoto..sedih makk!!Sape2 yg akan ke Kyoto nak kirim FM Kyoto satu boleh??? =p

souveniers shop di Kyoto Station

Kat sini sempat grabbed cardigan kat Uniqlo


singgah convenient store jugak beli onigiri,sushi maki & air mineral for 783Yen
Sushi maki yang ni mmg paling sedapppppp di dunia!!

First destination..Ninja Museum di Iga Ueno, dari Kyoto St naik JR Nara Line ke Kizu Station ye..



tapi oleh kerana kami terlepas Kizu Station, jadinya terpaksa patah balik ke Nara Station
Kalau ikotkan plan, kami sepatutnya nak jalan2 kat Nara ni..banyak tempat menarik kat sini jugak tau tapi masa tak cukup jadinya dapat jejak kat stationnya pon jadilahhhh...hikhik

welcome to Nara, next we will visit you!

souveniers...sempat beli keychain Nara

back to train, kami menuju ke Gamo St. & tukar train ke Iga Ueno


pemandangan sepanjang rel track ni...nyamannn je...suasana kampung..

Di Iga Ueno St, kami amik Iga line ke Uenoshi St.

Comelkan train Iga line ni??? Memang dibina khas untuk tourist yg datang ke perkampungan ninja ni
Since line ni tak covered under JR, harga tiket 250yen seorang


macam sawah padi..agaknya kot??


sudah sampai Uenoshi St!! Jom kita jumpa Ninja!


tu diaahh semangat dah ni..

tengok atas ada ninja!!


comel gilakkk!!

berhampiran dengan station tadi, ada sebuah bangunan..dalam tu ada Iga tourist information
Korang bole dapatkan pamhplet/map & info pasal tempat2 menarik sekitar Iga

inilah dier map yang kami dapat..sangat useful & kat sini bole sewa baju ninja tau, mana tau korang feeling2 nak jadi ninja..mahal jugak sewanya around 700-1000Yen

Sebelum sampai ke Ninja Museum, kami buat pit stop makan tengahari kat Udon shop

ni CQ punya-plain udon dengan Inari (sweet tofu) 

CB makan udon vege



kat sini pon dok denga orang makan udon dengan bunyi "slurrppppp" yg sangat kuat okeh
kalau kat Malaysia tu mau kena sound kott

Makcik ni sangat excited ye bila Taichi citer pasal kitorg mai sini..tanya kami macam2 pasal trip kitorang ke sana...Taichi yang kena translate lahh

total makan kat sini 3000Yen

sangat jakun ye dengan toilet kat kedai ni..bole pulak pintu pusing 360darjah! Feeling ninja sangat!  


sampai sudah Ninja Museum..tiket masuk 1000Yen seorang which include ninja show

sebelum tu sempat singgah kedai souvenier berdekatan beli FM Ninja 

ramai locals ygg bawak anak2 dress up baju ninja camni..sangat comel kan??
mula2 ingat diorang ni mmg betul2 pi kelas ninja, rupanya sewa baju jek...kehkeh



ada info dalam english

minah ni tunjuk bagaimana rumah ninja berfungsi bila ditawan musuh
penerangan dalam bahasa Jepang, sepatah haram kami tak paham so buat2 paham jelahh..orang gelak kami gelak, orang terkejut kami pon buat2 terkejut jugaklah..hehe


next ninja show!!group ninja ni memang terkenal jugaklah sebab dah banyak wat show kat luar negara macam Australia, Hawaii, US, Taiwan etc


Lihat jelah aksi2 mereka di bawah:

tangkas, cepat & cekap...eh macam slogan polis jekk??








CQ bergambar dgn Ninja u ollsss



adorable!!

wattchaaaa!!


tak dapat amik gambar tori gate kat Fushimi Inari waktu siang...dapat tori gate kecik ni pon jadilahhh

we are here!!

waktu dah hampir malam dan kami harus gerak ke Osaka, jadi kami balik ke Uenoshi St terus ke 
Iga Ueno St
Dari situ, kami amik JR train ke Gamo St
Dari Gamo St tukar train Kansai Line ke Tenoji St
Kat Tenoji St naik subway pulak ke Hommachi St (kat sini kena bayar 230Y/pax)


HRC Osaka terletak di Hommachi St

Sampai sudah!! Kat Osaka ada 2 HRC lagi satu di Universal Studio Japan
Untuk pengetahuan semua, misi kami ke Jepun salah satunya untuk menjelajah ke semua HRC di seluruh Jepun!! Banyak berhabisan beli merchandise HRC je u ollss..ada juga kawan2 yang share minat yg sama kirim dari Malaysia

Terdapat 6 outlet HRC di Jepun mengikut turutan dibawah:

1)Uyeno Eki Tokyo-accomplished!
2) Roponggi Tokyo-accomplished!
3) Yokohama-accomplished! (hari ketujuh)
4)Osaka-accomplished!
5)Osaka Universal-accomplished!
6)Fukuoka-accomplished!


tertarik dengan both design so aku beli dua2..sweater hitam tu aku beli kat Yokohama



Now lets go to HRC Universal!! Dari Hommachi St naik subway ke Bentencho St kemudian tukar JR train naik Nishikujo ke Osaka St
Di Osaka St naik JR Yumesaki line ke Universal city





Universal Studio shop


bahagian atas ada restoran


the biggest HRC in Japan! Gambar guitar besorrr tak muat gambarlah..heheh

tak beli apa2 pon kat sini sbb dah beli kat HRC Osaka..tapi outlet sini lagi banyak choice

peace!

ambil gambar kat luar saja...kami pi USS jelah nanti

beli jugak t-shirt lengan panjang tu as souvenier..nak carik FM xde pulak =)


balik dari USJ, kami naik train ke Osaka St untuk ke Shin Osaka
Malam tu jugak kami balik ke Tokyo jadi tiket dah di reserved, kami perlu berada di Shin Osaka St secepat mungkin

Kat situ kami sempat beli takoyaki lagi...takoyaki sangat terkenal di Osaka



lazat tak terkata

8biji takoyaki kami share bertiga dalam shinkansen

Kami naik Shinkansen Hikari melalui JR Kyoto line ke Shinagawa St, Tokyo

Sampai je Shinagawa St, naik JR Keihin Tohoku line ke Oimachi St & teruskan perjalanan ke Hatanodai St untuk ke rumah Taichi.....kami sampai rumah lebih kurang 11.30 tengah malam

Acara besoknya jalan-jalan ke DISNEYLAND!! WEHOOOO!!






**Kami nak ucapkan terima kasih pada sapa2 yg sudi baca blog kami yang tak seberapa ni..selamat datang!! Kalau ada pertanyaan ke atau komen membina silalah tulis diruangan komen or chat box ye..
Thanks a lot! Arigato!

0 comments:

Post a Comment

Back to Top