Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
0

Pink day at BR & Pho Hoa Noodle Soup at The Curve

Last night kami ke The Curve, main reason nk pi makan Baskin Robbins. Hari Rabu kan 'Pink Day', jadinya tekak ni memang dah lama nak mkn eskrem pegilah merempuh jam sepanjang perjalanan ke The Curve. Mau nak dekat 10kereta tersadai tepi jalan sepanjang MRR2 smpai tol Penchala.

Kami ke The Curve sekali dengan Lily & Nyla. Nurman tengah kerja masa tuh. Sampai je The Curve kami terus ke BR...aku amik Brownies Ala Mode, Lily amik Banana Royale. Setiap hari rabu BR mmg ada promo selain dari buy 1 scoop free 1 scoop, kalau beli Brownies or Banana royale harganya cuma RM12.00 campur tax jadilah RM12.70. Kalau harga sebenar rm15.50.

Brownies ala mode-yummehhh!!

Oleh kerana masing2 tak makan lagi, kami try pulak this one vietnamese restaurant namanya 'Pho Hoa'. Dah lama tau pasal restoran nih,cuma semalam baru berkesempatan nak try. Kengkawan sumer ramai yg suggest makan Pho noodle nih,katanya mmg sedapp.

uncle Burn with Nyla in front of Pho Hoa



tu diahhh...yg mangkuk beso gedabak tu kami punya. Saje amik Large Steak Pho share 2orang. Lily pulak amik kids meal tu yg kecik jek...heheheh

datang skali dgn fresh vege sbg ulam (taugeh,mint & cili padi)

rase kemanisan daging pada sup tuh memang tak terkatalahhh. Perghhh mmg sedap abis!Hirisan daging yg haluss jek mmg memukau bila dah masuk dalam mulut. Lembut jek rasanya. Aku mmg suka taugeh, bila makan ngan mee skali mmg rangup taugeh tu!ni yg buat aku tak sabar nak pi Vietnam tahun depan. Mau rasa Pho asli kat sana. Insyaallah awal tahun depan kami ke HCMC, tiket dah siap beli mase offer AA tu hari.


kami berdua

Lily & Nyla

ku order Jasmine Chinese tea (refillable) tapi xdak gula lah..hehe..

haa yg ni mmg pelik sket...hubby order Vietnam coffee..sekali datang macam ni,konfius jugak mula2,camno nak minum nihh..hehehe

So this Pho Hoa restaurant mmg highly recommended pada sesapa yg mau mencuba sesuatu yg baru. Rupa macam mee sup jek, cuma kelainan pada sup & hirisan daging atau meatball tuh. Kalau tak reti nak makan mana satu bole je tanya waiter yg bertugas okeh!!Selamat mencuba!!

*oh saje nk selit,pagi tadi dapat hadiah from my operator...depa bagi kemeja Cotton on..i loikee!!Thanks!
*xpat nak bergambar ngan family Sharifah Amani semalam, kami makan sebelah meja je ngan diorang..adik dier tak ingat pulak nama ape..mak diorang Fatimah Abu Bakar ada skali,siap tanya psl Nyla giteww..comel jek diorang anak-beranak..hihi..xpelah xde rezeki..len kali jelah amik gambo ngan retis..

0 comments:

Post a Comment

Back to Top