Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
0

Yeongseo Couple


Korang pernah tengok tak Korean reality 'We Got Married'? Okay, basically diorang akan invite celebrity Korea ni konon kahwin olok2 & spend time together..siap ada rumah semua. Memang betul2 macam orang kahwinlah..dalam masa yang sama diorang kena buat mission yang akan diberi setiap minggu.

First time tengok WGM ni masa show Kim Hyun Joong. Aku memang minat KHJ ni..tapi dalam WGM dier dapat bini tua daripada dier..but the show still enjoyablelah. This time pulak aku addicted tengok YongHwa(CNBlue) + Seohyun (Girls Generation) punya show. Diorang nampak sangat sweet + innocent. Last episode masa diorang dah nak berpisah tuh memang sangat sedih okehhhhh...memang nampak yg both of them caring for each other. But what to do, it's only a SHOW & ENTERTAINMENT. 

Kadang2 terfikir jugak, why they create such show & at the end they make both of them break off?? It's like playing with their feelings...once it started to grow then you have to let go pulak...chewahhhh...padahal if diorang really fall in love with other, bole je teruskan hubungan tu ye tak? heheheheh

Walaupun show ni dah lama bersiaran tapi YongSeo couple memang the bestt!!!

Sapa2 yang nak tengok diorangnya show bole klik link nih...YongSeo Episodes total ada 51 episodes semuanya.

555 days YongSeo Couple



Bawah ni lagu Banmal Song yang direka sendiri oleh diorang berdua as a mission & diorang kena post kat youtube. Suka lagu nih!!!


S: You know what, Yong?

Y: What?
S: Do you really want to hear banmal from me?
Y: Ah… it will be good if I’m able to.
S: But you know that banmal is hard for me right?
Y: Why is it hard?
S: Err… I really tried very hard… It’s really difficult. How much do you want to hear me speak banmal?
Y: A lot.
(from Banmal song ^^) So cute!

110924 YongSeo - Banmal Song (Director's Cut)




Miss them!! Hope they'll be back!!

psssttt: YongHwa akan participate lagi dalam Runningman episode 104..wahhh mesti besttt!sblom ni dah 2kali YongHwa masuk RM..cayalah!

0

Journey to Bangkok 16-19 June 2012-Part 1

Trip ke Bangkok ni bukan kami berdua je tapi MIL & Auntisom pon ikot. Sebelum berangkat, adalah jugak buat serba sikit research pasal bangkok..penginapan, tempat menarik,transportation & halal food. Banyak info aku dapat melalui rakan2 blogger tentang pengalaman diorang semasa berada di Bangkok. Thanks guys!!

Paling kami xbole lupa bila tertinggal DSLR kami dalam keta, perasan bila dah naik flight pon..sedih yg amatt!! Tapi nasib baik Auntisom ada bawak digital camera bole jugak kami tumpang sekaki..but mostly aku pakai phone camera jek..Handphone ni pon lagi satu sengal, entah kenapa aku tak bole transfer guna cable. Terpaksalah mengigihkan diri email semua gambar, maafla yekk kualiti gambar tak brapa sharp guna henpon cap ayam ajorr..

Day 1


Sampai kat Suvarnabhumi Airport Bangkok dah lewat petang, lebih kurang jam 5petang. Kami terus menuju level B untuk ke Airport Express Link. Kalau kat Malaysia macam naik ERL ke KLIA lah. At first kami cuma tau naik bas je tapi last minute google jumpa pulak suggestion dari blog lain mengatakan naik AEL ni lebih mudah & cepat. Express link ni akan turun ke BTS Skytrain Phaya Thai which is di tengah2 bandar Bangkok. Dari skytrain ni korang dah bole nampak shopping mall yang famous2 macam SIAM Paragon, MBK Complex etc.


Nampak tak? Untuk ke AEL korang perlu turun ke level B, kalau nak naik bas atau public transportation yg lain, ke level 1 ye.

Menunggu train tiba

CB & MIL

train sangat lengang waktu kami naik,tak perlu sesak2 macam naik bas. One more thing, fare ticket untuk train ni cuma 90baht sehala sahaja berbanding dengan naik bas (kalau tak silap 150baht). Kami berempat beli tiket pergi-balik berjumlah 150baht sorang (jimat 30baht sorang). So aku mmg suggest korang naik jelah   express train ni..sangat convenient,selesa & murah.

Untuk ke tempat penginapan kami Take A Nap, kami perlu turun ke station BTS Sala Daeng. Masa kat BTS Phaya Thai, agak keliru dengan sistem lrt diorang. Pening kepala camne nak beli tiket & exit mana yg perlu di ambil. Terpaksalah banyak bertanya & worst thing is bila masa sampai ke station hujan turun dengan  sangat lebat!!! Kami perlu bayar 25baht sorang ke BTS Sala Daeng

Sampai saja ke Station Sala Daeng, sepatutnya kami perlu berjalan kaki around 600m je utk sampai ke Take A Nap tapi sesat punya pasal & hujan lebat perjalanan menjadi sangat panjang & jauh. Luckily kami jumpa jugak walaupun masa tu waktu hampir jam 8malam.

 'Take a Nap:The sleeping room' hostel and budget hotel in Bangkok city, Thailand, offers great value, friendly backpacker and budget accommodation in central of Bangkok City.
        Try napping in our sleeping room, where thirty of them have been designed and furnished by a different theme. The rooms are all decorated so differently, with varying colors, graphics wall and facilities.
        It has a great central location, and is really only a few minutes walk from both the sky train(BTS) and subway(MRT). It's also close to the city center, night clubs, markets and many sights. Our hostel is located at Rama 4 Street, near Silom and Surawongse Street, CBD of Bangkok City and is a wonderful spot for backpackers to base themselves.



Bang Bang (Double S)
Room size : 17 sq.m
Bed size : 5x6 feet

Room Facilities

- Air-conditioned (Self-remote control).
- Telephone (Internal call).
- Television (3 News channel + 1 Music channel).
- Tea & coffee facilities.
- Electronic safe.

Room limitations

- No fridge.
- No wardrobe (but we do provide hangers).
- This room is really small.

  



Pop Art (Double S)
Room size : 17 sq.m
Bed size : 5x6 feet

Room Facilities

- Air-conditioned (Self-remote control).
- Telephone (Internal call).
- Television (3 News channel + 1 Music channel).
- Tea & coffee facilities.
- Electronic safe.

Room limitations

- No fridge.
- No wardrobe (but we do provide hangers).


Keunikan pada hostel Take A Nap ni terletak pada bilik2nya. Setiap bilik ada tema masing2. Korang bole pilih mengikut citarasa masing2. Mesti kena booking dulu untuk mengelakkan room penuh. Price depends pada keluasan bilik. Macam kami amik Double room S size =1000baht sehari (RM100)



Malam tu cuma kami berdua je keluar carik makan sebab MIL & Auntisom dah kepenatan. Plannya untuk pergi ke Cili Padi Restaurant yg katanya tak berapa jauh dengan hostel. Kami lalu Patpong Bazaar & berjalan sampai ke ITF building. Sampai je sana, ehhhhh mana peginya kedai nih?? Tanya pak guard rupanya diorang dah berpindah ke tempat lain pulak. Nasib baik guard tu ada simpan business card Cili Padi restaurant ni siap dengan peta. Agak jauh kami berjalan lebih kurang 30minit barulah jumpa kedai Cili Padi ni...agak gelap kawasan yg kitorang lalu ni sampaikan bila tanya locals pon diorang tak kenal kedai nih...Aiseyyymannn..

Sampai sudah!!Kami terus order makanan & tapaukan utk mereka di hostel




Cili Padi ni menghidangkan makanan2 Malaysia. Even untuk breakfast pon diorang ada sediakan nasi lemak & roti canai. Diingatkan dekat Bangkok ni memang sangat rare utk jumpa makanan halal, so korg kena google dulu tempat2 makan halal. 


Lepas makan, kami terus naik teksi pulang ke hostel sebab ada tapaukan makanan kan. Dari Cili Padi ke hostel kena 45baht. Okaylah tuhh...tak larat nak jalan dah sebenonya. hihihi. 

Settle hantar makanan, kami terus naik teksi ke Hard Rock Cafe Bangkok yg terletak berdekatan dengan Siam station. Bole je naik train tapi masa tu dah lebih 10malam, jadi kami naik teksi jelah.

Yessss....sampai sudahhh ke HRC Bangkok!! Apa lagi acara wajib beli merchandise HRC. Kami beli t-shirt sorang sehelai..1 lg tshirt kiriman kawan CB. Ingatkan nak beli short glass, last2 kami decide layan liveband & order air includes glass sekali.




kami order double berry cooler with pilsner glass 550baht

kerugian kat HRC pada malam tu lebih kurang RM390 itupun lepas tolak 10% discount for HRC member

Balik ke hostel naik teksi jugak & ZZzzzZzZz...

End of Day 1
0

CB pegi Clark, Philippines



Hi guys. CB here. Early May 2012, aku pegi jln2 kat Clark, Philippines dgn member opis.

Nothing much i can say bout our short trip to Clark/Manila/Makati, Philippines. Summary jelah ek:-

1) Pegi xde plan ape2. Main redah je sbb main purpose adalah nk jalan2 nengok negara org je.

2) Sib baek bini ade dpt beberapa info yg aku bole buat reference.
3) Member aku lgsg harap kat aku sbb dia first time jln jauh. T__T
4) Manila satu bandar yg sgt besar. Lagi besar dari KL nih (aku rase la).
5) Clark bukan berada kat selatan Philippines ye! Clark tu mcm kat Ipoh. Kalo korg bukak google maps, Clark ni kat area Angeles City (utara Manila).
6) Bandar2 yg org biasa pegi - Manila, Pasay dgn Makati. Manila cam KL, Pasay tu mcm kat Shah Alam/Puchong & Makati tu plak mcm kat Cheras/Hulu Langat/Kajang sana.
7) Kalo korg nk pegi sana, ability to speak English is a must. Atlis Muet kene band 3. hahaha... *okxkelakar* 
8) Public transport diorg bagus. Better than here. Sesetengah bas ekspress diorg ade wifi. Jeepney seawal jam 5.00pagi dah ada & up to 12.00midnight. LRT/MRT diorg lebih kurang mcm Star LRT sini. Teksi pon ok, xde masalah. 
9) Kepadatan penduduk sgt tinggi & since warna kulit kita lebih kurg sama dgn diorg, diorg akan expect yg kita ni pinoy. Except kalo pompuan pkai tudung. then dia tau org luar. Mana2 je aku pegi, aku kene ckp 'No, we're not local. We're not Pinoy. We are Malaysian.'..then br diorg ckp english dgn accent American.
10) Bau masakan 'kerbau pendek' sgt kuat. Kalo org yg xtahan, bole muntah sbb mmg terlalu kuat bau dia. Member aku mmg xbole blah bau dia, so kat setiap tempat, kami akan mengelak dr lalu kawasan kedai mkn diorg.
11) Mknan halal plak mmg sgt limited. Kene cari kedai mkn Arab br yakin halalan toyibban. Atawpon, korg kene pegi kat area Perkampungan Muslim kat Quiapo, Manila. Alhamdulillah, kat Quiapo pon ade kedai makan masakan Msia. Lps mkn singgah ke masjid dia, buat apa2 yg patut sbgai umat Islam.
12)  Kami x masuk sgt shopping mall diorg. Walaupon diorg ada the biggest mall in the world ie. SM Mall of Asia, SM Megamall, Greenbelt, Glorietta, etc..kami x teruja pon sbb 'a shopping mall is still a shopping mall'. Kat Msia pon belambak shopping mall ape.
13) Setiap tempat akan ada Security Guard siap dgn pistol/pump gun/AK47/M16. Even 7Eleven/McDonalds pon ade pakgad taw! Well, for security reason lah kan..tp agak menyusahkan pon ade sebenarnya. Sbb biler nk amik gambar pon susah. Diorg akan mintak kita delete gambar kalao kita amik gambar sebarangan. T__T
14) Hotel? Kami stay kat 'Inwangsan Hotel' kat area Makati Avenue. Aku rase the cheapest Bole la, buat tdo je pon. Depan hotel ade kedai mkn arab yg mahal, McD, 7E serta dikelilingi oleh pusat hiburan bar, pub, bar korek, disco, tiger show, etc. 'Ayam2' & 'kupu2 malam' bersepah kat area hotel tuh. Aku rase, dari semuda belasan thn ke setua 50an dok melepak tunggu org pickup. Alhamdulillah, xterasa lgsg nk masuk tmpat2 tuh/melayan sumer tuh.
15) Intramuros tmpat historical diorg. Mmg lawa dgn seni bina architecture yg cun melecun. Xcaya leh google. However, aku bpendapat that our history much more interesting from theirs. Well, masing2 ada pendapat mereka. 
16) Huarrrgghhh...Aduh, mengantuk plak tulis panjang2 camni. 
17) Clark? Bandar dia biasa2 je. Kawasan hotspot (area hotel) penuh ngan pusat hiburan semua. Bar/tiger show/club/etc..eh semualah.
18) To be honest, aku rasa trip ni biasa2 je. Aku rase better pegi island diorg. Lg best kot..esp Boracay island.   

“There is no better lesson than travel, for there is no better teacher nor school than the world itself.”
0

Mabul Finale & Sayonara!!

Oleh kerana kami takda apa2 aktiviti pada hari terakhir...jadinya kami decide nak buat diving lagi sekali..kebetulan kitorang dah 'racun' couple cina tu try jugak diving walaupon pada mulanya diorang hesitate jugak sebab takut..kami join skalilah ngan diorang...kitorang cuma tambah rm100 sorang je untuk dive kali nih..flight malam jadi masih banyak masa lagi..hehe





CB bangun awal & kuar sebelum sunrise sebab nak amik gambo..aku malas nak ikut..


pagi tu, ada lagi bajau laut datang jual seafood. Kami beli sotong ngan slipper lobster untuk lunch. Sotong tu besor gilerrr!!!Ada pulak lobster kali ni, tapi aku tak beli pon...huhu

offer at Arung Hayat


Diorang pon sama jugak macam kitorang,kena belajar apa yang patot dari tok guru Alex & Fabiana. So kitorang pon tumpang dengar jugaklah. Dive kali ni kami ditemani oleh Hanif, apa2 pon Hanif jaga kitorang sbb Alex & Fabiana kena sentiasa berada dengan Kong & Jo...









diving kali ni tak berapa best sebab air keruh & berpasir..tak taulah pasaipa sebab hari semalamnya elok je kami dive..crystal clear..sian kat kong & jo sbb diorang ada juga amik video sbg kenangan2 tapi Fabiana cakap video tak berapa clear masa kat dasar.


lauk tengahari kami di Arung Hayat

sotong goreng tepung yg mabeles!

nice jugak slipper lobster nih...

zulhuzaimy & diana danielle 

nabila pon pernah menginap kat Arung Hayat



Thanks alot Hanif,Alex & Fabiana

kitorang pon nak enterprame jugakkkk...huhuhu


bye2 Arung Hayat,moga ketemu lagi!!

Okeh,sampai je kami kat jetty Semporna, dah ada orang menunggu kami. Kalau tak silap masa tu kol 4/5. Jadi kami request nak ke pekan Tawau sebelum ke Airport. Mujur kitorg dah siap check-in, jadinya sempat lagi. Pak supir bawak kami terus ke pasar. Masa tu banyak kedai dah tutup. Adalah 2-3 kedai yg masih buka. Apalagi boronggggg...


Since kami tak beli apa2 pon kat Mabul/Semporna, jadi kat Tawau ni beli jelah untuk dibawa balik ke semenanjung as souvenier.

kuih bangkit kelapa

keropok emplang

kuih burasak

borong keychain kat sini...

Semuanya last minute shopping tapi alhamdulillah sempat beli apa yang patut & terus rushing ke airport. Trip kali ni memang berbaloi2...hubbyku sangat suka sebab more relaxing...dier dah gian nak datang sini lagi...insyaAllah one day kita repeat lagi yeh!!!!Aim kami nak amik diving license dulu & dive kat Sipadan!!!

Ohh budget utk trip kali nih lebih kurang seperti di bawah;

transportation tawau-semporna-tawau :RM200
penginapan di Dragon Inn:RM50
3H2M pakej di Arung Hayat(penginapan,food,snorkeling):RM400/pax
DSD(discover scuba diving):RM150/pax---2nd dive RM100/pax
under water camera: RM50 (shot by Hanif)

Anything regarding stay kat Arung Hayat, korang bole klik kat SipadanAdventures atau pon terus direct berhubung dengan owner Arung Hayat Hanif Ahmad. Hanif akan sedia membantu anda!!

Back to Top