Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
0

Mabul Day 3- Kapalai resort & dinner time!


Pada hari ketiga, kami ke Kapalai Island untuk bersnorkeling. Subhanallah! Sungguh indah, cantik & aman kat Kapalai nih..kalau korang ada lebihan duit silalah menginap disini ye..aku tak berani nak pi receptionist tanya berapa harga satu malam..konfem mahal!huhuh 



Untuk tetamu yg tak menginap kat sini, korang kena daftar nama dulu sebelum masuk jalan2 sekitar resort. 


kumpulan ikan kecil yang berenang membentuk seakan2 wau...eh?

yeayy!!we are here!!




pinjam lense wide screen Mr. Kong..maka terhasillah gambar di atas...SUPERB!




Dah puas jalan2 barulah kami dibawa ke kawasan yg sesuai untuk bersnorkeling. Masa snorkeling kat sini kitorg jumpa lagi penyu...baracuda...& paling best skali ikan buntal!!!

haa nampak nih???mula2 ikan ni kecik je..tapi lepas disentuh baru dier kembung jadi buntal


oleh kerana mereka ni dah expert berenang...main kejar2 dengan penyu jadi perkara biasa...kami observed dari atas sajorrr...



Pada malam harinya..tak sabar tunggu dinner nih..yelah malam terakhir kat Mabul kan..mengharapkan menu yang sedap2 belaka. Ternyata tak mengecewakan kami sbb malam tu kami dihidangkan dengan tuna bakar yang besar dipanggang atas bara api. Selain menu lauk-pauk & nasi...ada jugak terselit spaghetti!!perghhhh..memang terbaikk lah.


Ikan yang dipanggang khas untuk tetamu Arung Hayat


Lobster khas untuk KAMI...ihsan dari owner Arung Hayat, Hanif...TQ so much bro!!!

ni ketam yg aku beli awal pagi...akak kitchen masak kari..nyummmm...

itadakimassssss

malam tu ramai pulak yang join kami dinner...selain dari sekumpulan mat salih di atas (bikin kecoh mlm tu sbb mabuk minum rum), ada jugak student UKM kalau tak silap..diorang menginap kat Arung Hayat sbb besoknya nak pi diving kat Sipadan. Bestnyaaaa muda2 lagi dah jadi pro diver..pastu dapat dive kat Sipadan atas tanggungan Universiti!! (mode:nyesal tak join club diving masa zaman U dulu2,asyik berdating jek...heheheh)

Malam tu agak riuh-rendah sebab ramai orang..tak sedamai malam sebelumnya.Kami masuk tido awal sebab kepenatan.  


0

Another trip coming!


Alhamdulillah, syukran..kami baru je balik dari bercuti ke Ho Chi Minh, Vietnam...(entry mabul pon tak abes lagi nihh...uwakkkk). Percutian kali ni bukan kami berdua je tapi ditemani blogger Buzu & rakan CB Amin.Sebenarnya tengah tension nih, percubaan nak abeskan entry Mabul asyik tergendala akibat masalah teknikal nak upload gambar. Lain yang dipilih, lain yang kuar..banyak kali dah try..tatau pasaipa ntah.

Akan ku cuba lagi utk menghapdet entry Mabul & seterusnya HCMC pulak...Salammmm...

Mabul Day 3-Discovery Scuba Diving


Tiba hari ketiga, siap-siap untuk DSD (Discovery Scuba Diving) pulak. Sangat excited & neves jugak sebab first time cuba untuk dive. Fees untuk DSD ni cuma rm150/pax. Kalau nak amik open water course utk dapat lesen cost mungkin rm900++. Pagi tu,sempat lagi beli ketam dari orang bajau yang datang jual. Aku beli semua sekali 11ekor ketam pada harga RM30. Tu kira murah sangat sebab kat sini biasanya diorang jual 3ekor ketam RM10. Ketam-ketam ni aku pi hantar kitchen soh masak untuk makan malam. Kenduri ketam! Kalau korang nak beli seafood murah2 macam ketam,lobster,slipper lobster, sotong...make sure bangun awal pagi. Dalam kol 8.30-9pg camtu mesti ada je orang bajau lalu nak jual hasil tangkapan diorang. Pandai2lah korang bargain ye!





diorang tangkap belangkas

Sebelum start diving,kitorang attend 'class' dengan Alex & Fabiana. Diorang terangkan cara2 nak pakai alat-alat scuba,cara bernafas dgn betul dalam air, isyarat tangan, apa yg perlu dibuat kalau ada emergency. Benda2 ni semua kena penting untuk menjamin keselamatan & keselesaan waktu dive nanti. Since kitorang memang zero knowledge pasal diving, diorang terangkan dgn jelas & siap soh buat praktikal dulu sebelum terjun atas air. Bukan tu saje, kitorang kena amik test jugak untuk pastikan knowledge tu betul2 sampai.



macho with dive attire

Hanif, Alex, Fabiana



Sebelum start turun ke dasar, lagi sekali kami kena praktikkan apa yg dibelajar tadi kat permukaan air. Biasakan diri dulu bernafas guna regulator, kita kena pakai pemberat untuk senang nk ke dasar nanti. Mula2 tu memang aku neves sebab tak biasa lagi bernafas guna regulator, asyik tersedak je sebab tertelan air sekali. Mask pon kena make sure betul-betul selesa & ketat supaya air tak masuk. Semua tu korang akan belajar masa diving class nanti. For DSD, kedalaman yg dibenarkan cuma 10-15meter rasanya. Nak lebih dalam,wajib amik lesen dulu.

CB di guide oleh Alex

CQ pulak asyik melekat ngan Fabiana. Dok pegang tangan tak sudah kat bawah tu...hahahah 


sangat happy bila jumpa penyu live depan mata!!!

jumpa banyakkk sotong jugak!



school of fish!macam ika kembung pon ada

nampak benda putih panjang2 tu? ituler telur sotong..lembik je bila pegang

another turtles!!kitorang perasan penyu2 ni semua pemalas nak gerak..dok statik je kat satu tempat

yang ni cantik sangat...geram je rasa,macam nak pegang!tapi NO NO cikgu tak bagi pegang apa2 okeh dalam daut. Tengok dekat sahajor.




kecik je tau sebenarnya ikan2 atas ni...comel!!

rehat sebentar!

Hanif tunjuk sesuatu kat celah-celah ni

rupa-rupanya belut laut...GULP!?! macam ular pon ada!


explore dasar laut lebih kurang 50mins, its time to go up! Tekak pon dah rasa kering masa ni sebab asyik telan gas jek...nampak alex pegang tali? itu sebenarnya pelampong untuk alert orang yang ada kat atas. Boat akan pergi berdekatan dengan tempat kitorang nak naik tu.





peace! successfully enjoying our DSD lessons!





p/s: credit to Hanif sebab amik kan gambo kitorang masa kat dasar laut tu. Charge rm 50. Kalau nak video kan memory korang dalam laut pon bole, Fabiana mmg pro amik video,charge rm100 siap edit semua.

Adios!

Back to Top