Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
0

Taman Negara Day 2

Maaf kelambatan sambung entry Taman Negara..sekarang ni mmg kena betul2 ada mood baru semangat nak menulis. Aiyohhh...stress dengan kerja agaknya.

Pada hari kedua, kami bangun awal untuk aktiviti yg dah dibooking semalamnya. Acara pertama Canopy Walk & Bukit Teresek. Masing2 berkumpul kat MamaChop & breakfast dulu. Dapatkan tenaga sebelum masuk hutan. Pegi Taman Negara nih xpayahlah nak lawa2 ye mcm nk pi shopping ye sbb kt sini korang akan  masuk hutan..basah bermandikan peluh.

makan maggi cup jek..sedapp ape...hehehe

semangat nih nak mendaki bukit...

foreigner's friend.....

sempat bergambar kt sini masa amik Robert ngan Mira. Diorang dok Mutiara Resort,seberang dari Mama Chop. Kalau korang nak ke sini kena naik boat RM1 ye.

Arrived at Canopy walkway entrance after 15-20mins journey by boat

Ketinggian Canopy Walkway ni 45meter & 510meter panjang menjadikan ia terpanjang didunia!!!
THIS PROJECT WAS STARTED IN OKTOBER 1992 & FIRST USED IN 1993 WITH COST OF RM 1 MILLION WITH THE FIRST LENGTH OF 250 METERS


Total 10 pitstop semuanya. Jarak antara satu sama lain mestilah 100m paling kurang. Kalau korang jenis takut tinggi xpayah naik kot sbb once dah naik no turning back okeh. 


baru ku tahu ini rupanya anai-anai..ku ingatkan semut merah..hehe

tetiba kena naik tangga pulak kan...perghhh seram mak mase ni...hihih


lepas dah melepasi canopy walkway, kami teruskan perjalanan ke puncak bukit teresek. Sepanjang perjalanan ada tour guide yg akan bagi penerangan. Sebenarnya kalau xnak pakai tour guide pon bole tapi for your own safety dinasihatkan amik jelah ye. Bagus juga ada tour guide sbb along the way dalam hutan tu macam2 knowledge kita dapat. Takdelah menonong je naik atas bukit.

Alhamdulillah sampai kami ke puncak...perghhh azab jugalah bagi aku yg kurang bersenam nih..memang menguji mental & physical.


The whole group is here...mmg best dapat group nih..


balik ke penginapan terus pi carik nasik untuk makan tengahari..akak kat Mama Chop tu cakap kalau nk pekena lauk kampung depan Agoh Chalet ada kedai makan. Kami pon terus ke sana, aku mmg nak makan patin tempoyak. Alangkah kecewanya kami berdua bila sampai je lauk sumer abis!!!!Tinggal telur dadar, kuah ngan sayur ulam aje..Baru kol 12tghari kottttt....

Frust betullah mase nih..kebetulan sebelum kami sampai tuh, ada group tapau nasik sampai 30bungkus tu yg lauk tinggal belen jek. Last2 kami makan nasik ngan telur dadar jelah...=(

Around pukul 2petang masing2 berkumpul balik kat MamaChop untuk aktiviti seterusnya Rapid Shooting ngan Orang Asli Settlement.

Masa Rapid shooting ni, camera tak bole bawak keluar..semua barang yg dibawa pon kena simpan leklok sbb prepare to get wet!!Those yg ada water proof camera tu bolelah bawak. Fun jugak rapid shooting ni walaupon tak extreme macam white water rafting tapi masing2 basah kuyup!

Rapid Shooting- Further up the Tembeling river from the headquarters are seven sets of rapids, which provide an exciting ride when the river is in full flood, but you must be prepared to get wet or for a thorough soaking. Main activities are river rapid shooting and rafting. Get wet on the Seven Rapids & also the gateway to inner Taman Negara.



Lepas rapid shooting, kami terus ke perkampungan Orang Asli. Ada jugak group lain datang masa ni.

The life style of the Orang Asli

ORANG means man, ORANG HUTAN or man of the jungle and ORANG ASLI are the original inhabitants of the jungle. The ORANG ASLI of Taman Negara called themself BATEK. The People of the Rainforest.

Some still live a semi nomadic life, hunting and gathering lifestyle, within the park. Their settlements are along some of the forest trails or by the rivers. The BATEK are gentle race of people, short in stature, dark skinned, and with tight curly hair, SOMOKBERI have wavy hair. They have been some intermarriage with the neighbouring SOMOKBERI group. The BATEK depend largely on forest produce for their food supply – yams and small animals such as monkey & squirrels, are hunted by blowpipe. Their villages huts are simple, palm-thatched shelters, one for each family group, with several family groups usually staying together.


Tok Batin-masa ni dier tak berapa sihat tapi cuba jugak untuk entertain guest yg datang.
One of the foreigners Jayna tanya kami "they looks like African native aite??" We was like "Yalahhh..with the skin colour & curly hair similarities...keturunan sama kot...hahahha"

diorang ajar camna nak hidupkan api dengan cara semulajadi

tadaaa!!!after few seconds jek terus dapat api...hebat weyhhh..bukan senang tau sbb kena laju nak dpt percikan api tuh.

Selain daripada tu,ada jugak diorang tunjuk bahan2 untuk buat sumpit. Semuanya di ambil dari hutan seperti kayu, daun, gam (getah pokok). Memang impressivelah diorang dapat hasilkan sumpit yg berkualiti & tahan lama dari bahan2 dalam hutan jek.

next acara yang ditunggu-tunggu is menyumpit!

bear ni dijadikan sebagai target


kami berdua tak lepaskan peluang untuk cuba menyumpit..yelahh bila lagi nak cubakan. Bukan senang tau nak menyumpit rupanya. Kena ada teknik & strategi masa pegang kayu sumpit tuh.

penginapan Orang Asli open air okeh..pakai daun nipah je & ditutupi ngan kain PVC untuk elak bocor masa hujan nanti.

Gambar kenangan bersama Orang Asli tribe

Masa on the way balik kami singgah mandi jap. Alang2 dah basah baik terjun je terus kan. Ada pulak tali buaian ni, masing2 syiok tunjuk aksi terjunan.

Gambar kat atas tu Matej tengah dok hayun badan. Perghh bole tahan diorang nih.  Kuruih boleler..

Ni pulak Kelly. Kelly ni still belajar & dancer. Datang Malaysia pon sebab nak belajar tarian traditional Melayu. Pandai jugak cakap bahasa melayu tau!!

aku kena paksa ngan diorang sumer soh naik menatang nih...waduhhh memang xkonfiden langsung dengan badan berat mcm anak gajah nih camno nak imbang badan??!!ekekeke

hasilnya seperti diatas ye....ish ish ish sadisss

posing jap kat air terjun kecik nih. From left aku (Msia), Jayna (London), Indian girl, Kelly (Australia), Indian girl.

Dua org Indian girl nih aku lupa nak tanya nama diorang. They from India but not sure which part. Diorang cuma join aktiviti ni jek pastu rushing ke Melaka pulak. Perghhhh mmg travel abes diorang nih..

malamnya kami semua makan sama2 kat Mutiara Resort. Dapatlah makan sedap sket kat sini.
Amik buffet RM50 per pax & worth it! Lauk-pauk sedap gak..

Mereka2 nih dok minumlah beer tak sudah. Nasib baik tak mabuk...kami ayak kosong jelah...hehehe

Matej & his partner Sandrine. Both from Geneva Switzerland. Very sweet couple. Malam tu baru aku tau yg diorang ni tak kawen lagi. Tengah dok bercinta lagi. Aku ingatkan dah kawen, ada anak sbb nampak berumur skitkan.





We have fun that night!!Memang macam2 lah citer pasal negara masing2..At least we learn something from them also.

till then last day at Taman Negara will be continued

4

Taman Negara Day 1


Assalamualaikum semua!! Ok kami nak citer pulak percutian mengejut a.k.a last minute plan ke Taman Negara minggu2 lepas.. Actually ni mmg betol2 last minute plan & kerja gila namanya tapi mmg sempoi. Ceritanya camnih, kami berdua mmg plan nk pegi jalan2 tapi tak decide lagi biler & pegi mana. Pastu hubby cakap kalau nak pegi holiday kena cepat plan sblom opismate dier pi cuti bersalin. Last2 kebetulan aku dah start off day besok harinya tu yg tgh malam decide pegi Taman Negara.

Nasib baik kami tau travel agency kat China town tu memang ada wat daily trip ke Taman Negara. Tu pon sebab kami pernah hantar Taichi few years back. Kalau korang berhajat nak pegi Taman Negara, better amik je ngan Han Travel nih. Macam2 pakej ada...full board ada..free&easy pon ada..Senang je carik travel agency nih...korang carik hotel 5 Elements berdepan dengan Swiss Hotel kt China Town tu terus jumpa.

Bas bertolak dari KL ke Kuala Tembeling Jetty kol 8.30am. Oleh kerana aku habis keje kol 7pagi tu so trus je ke sana naik STAR LRT ke Puduraya. Sampai sana lebih kurang 8.15am phewww nasib baik sempat!!Pagi tuh diorang sediakan van je sebab total 9 orang penumpang.

Perjalanan mengambil masa 2-3jam untuk sampai ke jeti. Kebanyakan tourist ke Taman Negara bole dikatakan 90% daripadanya orang putih. Dalam van pon cuma kami berdua je local. Sampailah kat Taman Negara pon mmg kami berdua jelah local yg datang free & easy. Kalau ada pon ramai yang datang ikot rombongan sekolah & company trip.

ni website diorang : http://www.taman-negara.com/main.htm 

ni dah sampai kat jeti..kami xbeli ape2 pon pakej mase kat KL..so kat sini baru nak cari tempat penginapan & book aktiviti. Korang bole jugak book semua ni mase dah tiba kat Taman Negara. Especially utk penginapan bole survey dulu mana yg berkenan. Kat sana lebih 20 chalet/resort yang bole korang pilih. Kami decide book je kat jeti nih lepas mintak pandangan kt receptionist sini. Masa book aktiviti pon kami dapat diskaun. Untuk penginapan pulak kami pilih Agoh chalet bilik standard aircond cuma RM50 satu malam. Cukup murahlah tuh kan???

Tips:lebih untung kalau korang amik asing2 instead of full board. Pilih penginapan & aktiviti sendri & bargain for best price. Banyak je tempat makan kat sana. Bole budget sket.

aktiviti2 yg korang bole buat sepanjang berada kt Taman Negara. Kami pilih 
-Canopy walk & Bukit Teresek
-Orang Asli Settlement
-Rapids Shooting


tak jumpa pulak orang utan kat sana...huhuh

ni dia tempat persinggahan kat Kuala Tembeling. Memang Han Travel paling besar kat sini. Paling menarik diorang ada juga sediakan bas untuk ke Cameron Highlands & Pulau Perhentian DLL. Kalau cuti lama memang kami dah pegi terus ke Pulau Perhentian!! 

sementara nak tunggu boat ke Taman Negara, kami lunch je kat sini. Mostly harga makanan kat sini RM6 ke atas. Fuh mahal ehhh sebab tourist luar ramai tu yang harga up kaw2. Kalau taknak makan sini pon xpe sebab berdekatan sini ada je kedai makan jual lauk kampung.

perjalanan naik bot ke Taman Negara lebih kurang 2 setengah jam. Jauh tuuuuu...macam perjalanan dari KL-JB pulak. Masa ni mmg no idea camne rupa bot yg kami nak naik nanti.


bila diorang kata bole turun barulah nampak bot2 ni menunggu untuk pick up penumpang. I was like "OMG!!Naik boat ni kah????" Selamat ke nih? Patotlah sampai 3jam perjalanan...hahahaha


Everybody safely seated & off we go!!

ohh bila dah naik bot ni barulah rasa selamat & agak terpegun jap. Pengalaman yang sangat2 best. Nampak sempoi je kan? Tapi memang syok..korang bole menikmati keindahan alam sambil hirup udara2 segar. Oleh kerana aku tak cukup tido jadinya tido dalam bot ni jelah..

bole nampak sekumpulan kerbau tengah makan rumput & mandi manda 


Alhamdulillah sampai jugak!!!ni lah dier perkampungan Taman Negara. Banyak floating restaurant kat tepi2 nih...harga agak mahal ye. Kalau local baik korang carik kedai2 tepi jalan. Murah sket.

untuk ke seberang ada jugak diorang sediakan bot dengan bayaran RM1. Mama Chop Restaurant ni mmg deal ngan Han travel. So kat sinilah tempat kami berkumpul untuk aktiviti seterusnya.

masa ni baru sampai,ada briefing sket dari local tour guide. Rupanya ramai lagi yang xde penginapan. So masing2 baru nak mencari. Dalam byk2 penginapan kat sini aku rasa yang paling kelas Mutiara Resort kot. Tapi resort nih terletak kat seberang. Setiap kali nak ke Mama Chop diorang kena naik boat. Resort2 & chalet lain kebanyakannya kat belah Mama chop. Bole jalan kaki ataupon naik van.

Lepas dah check-in chalet, kami berdua berehat dulu sampai ke malam. Malamnya xde aktiviti yg kami amik. Sepatutnya ada jungle night walk tapi hubby xnak so kami just ke Mama Chop untuk dinner jelah & layan Astro. Tourist lain pegi jungle trekking,kami ngadap TV. Okay, ada astro ehhh...diorang bukak 'bini-biniku gangster' malam tuh...hahaha Untuk makluman korang, most of chalet kat sini xde TV tau..kat resort pon xdak..datang sini masuk hutan je ehhh...kihkih


ni lah dier penginapan kami. Alhamdulillah seperti cakap receptionist kt jeti,chalet nih mmg bersih. Sebab tu dier suggest kami amik sini. Baru kami tau, akak kat Mama Chop tu mmg kenal ngan owner Agoh chalet nih. Akak tu cakap lain kali kalau datang nak dok Agoh bagitau sebab dier bole bargain lagi murah.


rumah kecik2 tulah chalet kami

ni dia Mama Chop Restaurant yang liase dengan Han Travel

to be continued....

Personalized Fridge Magnet

Aku ada grab offer kat Groupon aritu 6 Customised 4” x 3” Photo Magnets (RM72 value) harganya cuma RM29 sajorr...Oleh kerana kami nih pengumpul fridge magnet jadinya mmg xkan lepaskanlah peluang nih....Jom lihat hasilnyaaa








taaraaa!!ni lah hasilnya lepas di tampal kt fridge...besar kan??!!!memang puas hati!!TQ PhotoDelivery!

psssttt:order FM ni tak bgtau hubby pon..konon nak wat surpriselahhh..hahahah nasib baik hubby suke!
0

Adventure is fun!!

Just got back from a short holiday at Taman Negara...we had so much fun & meet friends from other countries as well...my leg still hurts sometimes..lenguh semacam jekk. Will share the trip with you guys later okay!


6

Craving for Naan Cheese???~RSMY House of Real Briyani~

Yes, kami ada 1 spot baikk punya kalau korang suka makan nan cheese. Terletak betul-betul di tengah kotaraya KL yg penuh sesak. Berdekatan dengan Jalan TAR & Maju Junction. Kedai ni namanya RSMY House of Real Briyani di Jalan Medan Tuanku. Senang je nak cari kedai nih..u olls perasan x ada satu kedai mamak lotus tepi jalan besar menghala ke SOGO tu...haaa kedainya sederet je ngan mamak lotus..kena masuk dalam sikit berdepan dengan Hotel Lotus.

Keistimewaan kedai nih? mestilah pada Nan cheese nya!Tapi Nan cheese cuma available from 6pm until midnight je tau...kalau korang datang tengahari bole try Briyani diorang..sedap gak..

Ok lets view the pic.. 



nampak x betapa besarnya cheese yg bakal masuk ke perut korang??muahahah

 tandoori pon sedappp tau..terasa spicy sbb ada rempah2 (RM10)


Kimma nih must try...ekceli ada jugak kuah kambing tapi dah abes...hubby cakap very nice!(RM10)

tetamu khas kami abam dzul & ahkak buju








Later on,kami jumpa Lily sekeluarga pulak,sepatutnya Lily join kami sekali,tapi atas sebab2 tertentu....lily agak kelewatan sket & jadinya kami jumpa Lily,Nurman & Nyla kat Uptown Dsara yg lama tuh...they had chicken chop as usual lah.heheheh


Nyla bermanja dengan Aunty Qis...

Selamat mencuba!!
Back to Top