Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
3

Part 2: Hamid Restaurant/Market & Nam Klonghae Floating Market


Lepas check-in hotel, kami rehat jap dalam bilik hotel. Dalam kol 2pm kami menuju ke Hamid Restoran untuk lunch. Dekat je ngan hotel kami. Sebelum ni pernah makan kt sini tapi makan hidang (order lauk-pauk), kali ni amik ala-carte je.Makanan kat sini agak mahal tapi agak terkenal dikalangan pelancong dari Malaysia. Pada kami kualiti makanannya kureng sket. Agak tawar & simple tak setanding harganya. Rasanya lepas ni kalau g Hatyai makan kt tempat lainla.


Nasi Goreng Sotong


Nasi Goreng Pattaya



Lepas makan, kami pon tahan tuk-tuk untuk pegi ke Market...ape nama ntah..just cakap market je pon diorang da tau. Bayaran naik tuk-tuk ni biasenya 20baht sorang @ lebih kurang rm2 untuk jalan2 sekitar bandar Hatyai. Kalau korang kena lebih dari tuh maknanya korang kena ketuklah..heheh

comel polisnya tempat duduk..tapi xde polis pon..



sampai Market je ada banyak orang jual makanan tepi jalan. Contohnya macam kat atas ni. Pisang bakar, ubi rebus. Kami cuma minum air kelapa je lepas jalan-jalan dalam market. Macam2 di jual kat market ni cuma kali nih tak terasa pulak nak membeli. Cuma beli gajus ngan perencah tom yam je. Oh lupa, sebelum balik kami beli t-shirt Hatyai sepasang sbg kenangan.





Kami survey harga naik tuk-tuk ke floating market, rata-ratanya mintak 400 ke 500baht untuk pergi-balik. Diorang akan tunggu kita kat sana pastu balik hantar terus ke hotel. Mahal jugak ehh..lebih kurang rm20-rm25 jugaklah. Mungkin sebab market ni agak terpinggir dari bandar Hatyai. So charge lebih sketla. So kami pon amik tuk-tuk yg offer 400baht ke Nam Klonghae Floating Market. Katanya floating market ni cuma ada Sabtu & Ahad je. Tapi ada jugak kata bukak Khamis sampai Ahad. Taktaulah mana satu yg betul. Masa kami datang pon lebih kurang kol 3 tapi banyak lagi yang belum bukak. Masih lagi setup. So kalau nak datang better kol 4 ke atas.


tak ramai lagi orang masa nih


telur puyuh kegemaran hubby
macam nilah urusniaga kt sini. diorang hulur makanan,kita pon letak duit dalam bakul.

8 ketul = 20baht/rm2

air yang dijual dalam buluh & tembikar. bole bawak balik tau!
harga 20-25baht aje

eskrem siap ada roti,kacang,jelly & nata de coco 20baht jugak


yiippiiii...


aku saje nak try tomyam kat sini sebab ramai gak orang beli. Pilih mane mee yg nak pastu dier letak sotong,udang ngan fish cake, harga rm2..murah kan?? makan dalam tempurung kelapa tau..


rasa tomyam diorang lain macam sket. Kombinasi ngan mee ni agak tak menepati citarasa aku. Last2 abiskan lauknya je..heheh


kami try jugak eskrem ni..letak dalam tembikar jugak..pada aku eskrem ni terlalu manis


hubby bersama eskremnya


abg jual air ni pon nak bergambar gak


lepas jalan-jalan kt bawah, kami naik atas pulak sebab banyak lagi kedai jual macam2 kat atas ni. Makanan, baju, buah, sourvenier pon ada.


yang ni mmg menarik perhatian kitorang sbb kami ni memang gila makan sushi. Comel2 je sushinya. Kalau tak silap harga 1 cuma 5baht je. Pasal da kenyang makan kt bawah tadi, kami cuma cuba satu biji je.

 
dessert berbentuk buah. sangat kreatif diorang ni..dalamnya ada isi kacang.


masak waffle pakai kayu arang! memang old skool habes!


more sushi!!!


jagung rebus & jagung mutan


orang ramai da mulai sesak


ondaway balik ke tuk-tuk ada lagi pasar malam


petai bakar???


ada satu gerai nih jual makanan exotic. segala jenis ulat & serangga ada. siap digoreng.
geli geleman aku tengok. ramai gak orang beli tau.


teka apakah ini???

to be continued..


3

PART 1: KL-ALOR SETAR-HATYAI

muka kami yg frusstttt...


Selepas ketinggalan flight, kami berdua dok pening nak wat ape pasnihh..ada gak terfikir nak pegi Pulau Redang ke, Perhentian ke...tapi kalau gerak time tuh smpai malam pulak..konfem boat transfer takde..lagi satu kalau nak pegi pulau2 nih selalunya kena book dulu..kalau main redah je tapi xde penginapan payah jugak..last2 pegi Hatyai jolahhh..costnya pon xdelah mahal sgt..

Dalam kol 2pm kami sampai ke Stesen Bas Bukit Jalil, rupa2nya bas straight ke Hatyai cuma available pagi ngan malam je. So lepas termakan ngan kata-kata manis ulat-ulat bas kat sana, katanya naik je bas ke Alor Setar nnti dari sana bole naik teksi atau bas ke Hatyai. Aku pon tanpa fikir panjang setuju ajo..sebab malas nak tunggu lagi.


kami kelaparan sebab xmakan ape2 dari pagi..kol 4.30pm baru dpt makan(xde selera la konon,pastuh kebuluq)..hukhuk

Nak dijadikan cerita, sampai Alor Setar dalam kol 9pm. Survey bas ke Hatyai xde pon..isshhh camno nihh?? kalau ada pon naik teksi tp kna bayo rm60,mahal seyh!! depa cakap bas ke Hatyai akan masuk Alor Setar dalam kol 4-5pagi. Tu pon sebab nak drop passenger. Aduhhh..lama tuh nak menunggu..badan time tuh da kepenatan yg amat,rimas pon ade..Lepas makan kt Radix Chicken,kami decide nak tido kat motel berdekatan sementara nak tunggu kol 4pagi. Kebetulan byk je motel murah2 kt area Stesen Bas Alor Setar nihh.. Nasib baik Dikliy Motel ni bole ikot jam so kami amik bilik aircond lebih kurang 4-5jam dengan bayaran cuma rm20 ajo. Oklah tuh,at least dapat baring jap pastuh dapat mandi segarkan badan sebelum gerak balik ke Hatyai.






Border kt Bukit Kayu Hitam tu ditutup kol 12am smpai 6am. Sebab tuh bas akan gerak malam so bila sampai memang ngam2 je waktu border bukak. Kol 4pagi tuh mulalah kami menunggu bas ke Hatyai untuk tumpang. Setiap kali bas lalu,hubby yg akan tanya. Alhamdulillah tak lama lepas tu sampai bas KKKL yg memang nak ke Hatyai. Ape lagi kami pon tumpang lah. Tak ramai pon passenger dalam bas tu untuk ke Hatyai. Sepanjang perjalanan aku tido je..bas berhenti kt CTC Changloon. Kat sini ada money changer ngan kedai makan. Kira macam perhentian bas jugaklah. Sebelum turun, diorang akan collect passport sebab nak kena isi kad putih. Sempatlah kami tukar duit ngan bekfas kt sini. Memang ramai orang time2 nih especially orang Cina. Rasanya diorang sumer nak pi semayang kt temple2 yg ada kt Thailand tuh.

Sebelum ni masa g Hatyai kami tukar duit kat duty free je. Oleh kerana taktau yg kami akan stop kt sini,tu yang terus tukar duit kt CTC tuh..rupa2 nya kami rugi. Kat CTC ratenya RM100=980baht. Kat duty free pulak 985baht. Beza sikitla kat situ. Pastuh bila sampai Hatyai ratenya 988baht(ari minggu flat rate)!!cisss..rugi sungguhhh..pasni kalau nak pegi Hatyai tukarlah duit samada kt Duty Free tu atau kt Hatyai sendiri. Kena pandai2 survey for the best price ye!














ni kat Duty Free Shop


Alhamdulillah sampai jugak kami ke bumi Thailand. Bas akan berhenti depan kedai jualan tiket bas & tour agency. Dekat je ngan central attraction/tgh2 bandar. Kami beli terus tiket bas utk balik siap2 & kat situ juga diorang bole carikkan hotel ikut budget kita guna voucher. Kalau amik voucher from diorang harga hotel kurang sket berbanding kalau kita walk-in sendiri. So pasni carik je kedai ni untuk claim voucher hotel  ye!

Sebelum nih kami stay kat Indra Hotel which is very basic & agak lama hotelnya tapi harga satu malam rm50 je. Promoter agency tu dok promote Sakol Hotel. Katanya hotel baru & cantik. Kalau ikot brochure yang diorang bagi memang not badlahh..ratenya pon rm67 je. Bile survey lokasi hotel nih memang sangatlah strategic. Dekat je ngan Indra Hotel & yang paling penting dekat ngan kedai tour agency nih sebab balik nanti nak naik bas kt situ. Jalan kaki beberapa langkah je da sampai...hahahah..


di depan Sakol hotel

biliknya yg luasss...cuma katil ngan bantal agak keras.



sawadikappp...heheh


tp yg paling best kt hotel nihh..diorang guna sabun Lux ngan shampoo Sunsilk!!berbaloi beb!

sambung ke entri seterusnya.....


4

Ketinggalan flight ke KK!!



Minggu lepas patotnya kami bercuti ke Kota Kinabalu. Segala perancangan da tersusun rapi siap da booking hotel (full payment), booked kereta sewa..even itinerary pon dah siap..malangnya kami tersilap budget masa menyebabkan flight kami da terlepas tanpa kami di dalamnya...uaarrghhh..mase tuh betapa frustnya aku!! Walaupon da merayu banyak kali kt Special Counter AA tuh tp diorang wat dek je. Check harga flight utk masa seterusnya sorang kena rm700++..makk aiii cekik darah tol!! Check MAS lagi ler mahal!! Kami terpaksa redha & berserah. Mood utk berholiday masih ada..jadinya kami decide nak pegi tempat lain jelah!Redah ajo!!

Akhirnya kami ke sini....menaiki bas okehh..enjoy!



Back to Top